Sunday 29 March 2009

Pakcik Trafford yang Tua

Yuhuuu. Sempena menyambut cuti easter 3 minggu yg bakal dipenuhi dengan kebosanan, ak pn stat la smbung blk blog yg da ade tanda2 terbengkalai cam projek perumahan pakcik ak nih. Okeh, mari kte selongkar benda yg ak da letih dikaitkn dgn tmpat blaja ak, manchester. Inilah dia. Rumah kpd Setan2 Merah. Old Trafford.

Gambar menunjukkan ape yg superman (bkn faizal tahir) nmpk ketika melintasi ruang udara Manchester.

So sbb sumer org da suh ak wat post psl infrastruktur nih, ak pn cter la sket. Mcm stadium biase ia berbentuk bujur dan bukan segi enam mahupun segi lapan. Kalo drive, 10 minit daripada pusat bandar Manchester. Kalau jalan kaki dgn kelajuan yg tetap tanpa berehat utk minum kopi atau usha awek, 59 minit baru sampai. Jgn tanye ak, Google Maps yg cakap.

Maka dgn itu org pn bertanya. "x gi tgk match ke?". Maka jawapan ak, "hang igt pak ak kerja cop duit ka?". Bukan ape, tiket match bukan jual cam sayur kat pasar malam, sepinggan singgit. Satu match mau smpai £50 atau mengikut tukaran semasa, Rm 250. Cukup utk makan selama 3-4 minggu kalau wat beli brg dapur atau beli 50 kotak sabun basuh baju. Tp alang2 kepalang da smpai kan, nnt2 la ak try tgk satu match. Once in a lifetime la katekn. Walaupn ak langsung x minat bola.

Tp sbb nk blagak ngan fan2 Man U kat msia, ak pn follow la tour die. Terbang £17 (kalo x silap). Dapat la masuk stadium time xde match, tgk dlm ade ape, dgr tour guide berceloteh sakan, etc3.

Pakcik tour guide tgh wat kuliyyah subuh. Abaikn matahari yg mmancar menandakn masuk waktu zuhur itu. Ni la rupe dalam stadium tu.

Ni plak laluan yg player masuk before match. Time ni kre da lewat ar kalo ade player yg trase nk pegi tandas tbe2. Sekali lagi pakcik ni tgh berceramah.

Ni plak tmpat coach melalut kat player time nk wat strategi. Sekali lagi muka pakcik ni. Serius ak kene claim dari pakcik ni sbb ak advertise muke die.


Ni plak rupe tmpt duduk player kat time dgr coach melalut. Ni tmpat encik Ronaldo duduk. Namun yg tgh duduk tu bukanlah Ronaldo. Jgn hampa ye.


Ni la sket sbyk rupe dlm time ak join tour tu. Dah masuk, die siap bagi sijil lg. Tp yg menarik, sijil tu sign sendiri. Makan gaji buta btol org2 stadium nih.

Ha maka itulah sedikit sbyk psl Old Trafford, atau org cni panggil OT. Walaupn ak dok gle dekat ngan benda alah ni, ak still x minat bola. Keh3. Tp bola bg org UK kre cam politik bg org Malaysia la. Makan-tidur-mandi-blog sume cakap psl tu. Tp diorg boleh bangga sbb bola diorg mmg world class. Ha FAM, renung2kn dan selamat beramal...



Wednesday 18 March 2009

Selera Ramadhan bersama Minyak Masak Cap Kapal Terbang- episod 1

Yaaa tuan2 dan puan2. kite bertemu lg dlm rancangan Selera Ramadhan yg ditaja oleh Minyak Masak Cap Kapal Terbang! Pilihan tok wan saya sejak tahun 1935.


Hari ini kita akan menyediakan sebuah juadah yg x asing lagi di kalangan rakyat seluruh dunia. Haa jgn xtau cik jah. Kita org laki ni kene blaja masakan2 cani, kang kalo org rumah pening2, senang kite boleh bg die makan. Haa, masakan hari ini x lain x bukan...

PARACETAMOL

Haa, juadah ni ade pelbagai name lain. Panadol la, Uphamol 650 la, acetaminophen, dan bermacam2 lg lah cik jah. Sesuai dimakan sbg pencuci mulut selepas makan malam. Masakan ni snang je cik jah. X perlu skill memasak tinggi2. Kita lihat dulu bahan2nye ye.

Bahan2:
2.2 gram 4-aminophenol

20 cm
3 air suling
2.5ml acetic anhydride

Sedikit air panas


Haa, senang je bahan2nye tu. Boleh didapati di kedai runcit Pak Kudin kat simpang 4 nk masuk ke Kg. Gajah Menyelam. Kita lihat cara penyediaannya-

1. Campurkn serbuk 4-aminophenol dan air suling dalam kelalang kon 100cm3. Biarkn die terampai kat atas air.

2. Tambahkan acetic anhydride ke dalam kelalang kon tadi perlahan2. Jgn laju2 cik jah. Meletop kang. Abis x lawa muka kang kaler itam.

3. Kacaukan bahan2 kte tadi sehingga sebati.

4. Panaskn di atas steam bath (org kg sy panggil) dalam 10 minit atau sehingga semua bahan2 larut ye. Bila dah siap anda akan nmpak bahan2 kita akan jadi macam kaler kuning2 jernih gtu. Jgn minum, x siap lagi.



5. Bila bahan2 kte da larut, kte sejukkan dalam bekas berisi ais. Peti ais pon ok cik jah. Biarkn dalam 10-20 minit, shingga nmpak ade kristal2 kat dlm bahan kte td.

6. Bila da siap disejukkan, kita tapis bahan2 td pakai kelalang dan corong turas Buchner. Ha, ni alat masak simple yg mesti ada di dapur. Martha Stewart ngan Rachael Ray yg rekomen kat sy masa sy melawat diorg 3 minggu lpas. Ni la rupe die...


Pasang radas... eh, alat2 masakn kte spt rajah... eh, gambar di atas. tu getah oren tu sambung ke vakum. kalau xde, vakum lantai pon boleh digunakan sgb ganti. (Gambar buchner ini adalah ihsan www.chem.yorku.ca. X smpat tgkp sndiri.) Turas smpai la kering spt gmbar di bwh.

7. Tuangkan sedikit air panas masa kite menuras. Biar bersih hasil turasan kte. Jgn byk sgt, x baik mmbazir.

8. Haa ble dah siap, kte keluarkn serbuk putih tu dan tuangkn ke atas piring kaca.

9. Masukkan adunan kita td ke dalam oven pada suhu 60 darjah celcius selama 30 minit. Jgn lame2 cik jah. Rentung kang I x tau...

10. Ha, inilah masakan kte yg sudah siap. Hidangkan panas2. Sesuai dimakan beramai2 bersama keluarga dan sahabat handai. Dgn bahan2 td, boleh la dapat dalam 1.6274g paracetamol. Cukup nk wat 3 biji panadol.


(Nama lab partner sy di-blurkn atas permintaan beliau. Biase la anak dara sunti gtu. Malu2 kucing. Auuuw! Jgn maraaa~)

Haa, tuan2 dan puan2. Snang kn resipi kte ni. Haa, ape lg, berasap la dapur cik jah lpas ni. Baiklah, kte bertemu lg pd episod akan dtg. Baiiiii~~~

Thursday 12 March 2009

Sebuah bandar di koordinat 53°28′N 2°14′W

Haluu. Org2 tua ade kate, "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung", so meh ak cter sket pasal tempat ak berada skang, bandaraya Manchester. Bandar yg dok berebut status UK 2nd city dgn Birmingham ni la tempat ak menimba ilmu dan pengalaman yg beribu2 lemon banyaknyer...

Gambar menunjukkan pemandangan yg dipancarkn ke retina seekor Columba sp. (atau dlm bahasa kg sy, burung merpati) pada tahun 2007. Burung tersebut mungkin telah tiada lg.

Bandar manchester mmg la besau. Ak sendiri x abes explore. Kalau nk dikira, bandar ni cam KL la gak. Ade shopping complex cam mid valley, ade chinatown cam kat chow kit, ade ferris wheel cam Eye on Malaysia.




Wheel of Manchester, sebuah ferris wheel yg agak baru dipasang. Mayb diorg jeles tgk Eye on Malaysia. Aku masih blom smpai seru nk naik. £6 wooo. Baik ak beli sabun basuh pinggan.

Ini gerbang Chinatown. Kat sini la leng lui dan leng cai mencari rezeki mereka dgn menjual barangan runcit dan mmbuka restoran2 cina. Juga tmpat ade dijual kicap Kipas Udang dan serbuk kari Adabi.
Ini Canal Street. Juga dikenali sebagai Gay Village. Tempat kaum gay bergembira dgn pelbagai bar dan kelab malam. Namun time siang diorg x beroperasi. Sbb tu ak berani tgkp gambar...

Gambar menunjukkan Primworks, di mana terletaknye Odeon, panggung wayang. Tiket wayang = £5. Sabun basuh pinggan = tidak ternilai. Kerana itulah adanya Mastercard.

Dah2, kalo ak dok sumbat ngan gambar, baik aku wat akaun flickr instead of blogspot.

Cume satu je ak x penah jumpe, Mat Rempit. Alasan die simple, org cni xley bawak motor ala2 Honda Cub. Motor wajib yg CC kaw2. Tu pn kene berbalut dgn macam2 safety jacket. So motor mmg spesis terancam la kat cni. Lgpn sini transport masyuk. Bas berderet2. Kadang2 sampai boleh pilih nk naik bas yg mane satu sbb 2-3 bas yg ke tmpat yg sama dtg serentak kat bus stop.

Gambar menunjukkan 2 daripada 5-6 buah syarikat bas yg mmg menjadi pujaan penduduk2 Manchester (dan kawasan sewaktu dgnnya). Magicbus ngan Finglands. Namun diingatkn bahawa bos Magicbus bukanlah Dumbledore dan bos Finglands tidak berasal dari Finland.

Manchester ni bandar yg tido awal. Kalo weekend, pkol 5 shopping complex da ttp kedai. Starbucks tutup pukul 6. Mungkin para pembaca bertanya. APAKAH??? Ya, mereka lbh gembira berseronok di kelab2 dan bar. Sama ada minum arak atau berdansa. Aishh, xde life btol diorg nih. Cube la layan midnight movie ker, mamak ker, etc.

Dari segi kebersihan, ak boleh kata agak memuaskn ar. Diorg nyer Dewan Bandaraya mmg wat keje btol2 la. Cume kalo da start mabuk, botol berterabur gak.

Shopping? Waaah, kalo anda shopaholic, tentu anda x kecewa. Shopping complex diorg mmg besau2, ala mid valley. Kedai pn byk. Harga pn buleh tahan. Berhati2 jika mmbawa org rumah anda ke sini. Anda mungkin akan pokai dalam masa sehari.

Manchester Arndale (luar dan dalam). Tempat muda mudi menghabiskan fulus tanpa segan silu. Dilihat di sini pemandangan ketika weekend.

Hurmm, ape lg? Tu je kot utk skang. Oh diingatkn. Ape yg ak cter kat atas ni terhad kepada city centre je. Blom masuk area2 lain mcm Rusholme ngan Old Trafford. Yg tu post lain la plak. Sabar2... Tata~ ^^

Wednesday 11 March 2009

MPharm? Apa itu? Sejenis kuih?

Haa, sebelum kite masuk topik2 yg tidak mendorong malaysia mencapai wawasan 2020, mari kita bercerita topik serius sket. Adakah anda seorg student? Saya student. Meh ak story sket pasal ape ak blaja kat muka bumi UK yg menggunakan time zone GMT nih...

Gambar 1 : Skrin menunjukkan usaha staff school of pharmacy utk mengurangkn stress pelajar2nya. Tp apsal ak x penah nmpk benda ni dlm real life?

Sesetengah orang mungkin da blur setengah mati tgk tajuk blog ni sambil mempersoalkn kewarasan blogger ini. Ini la course yg aku amek. Pharmacy MPharm. Degree 4 tahun kat University of Manchester. Yaaa, dgr tentang farmasi, nenek ak kat kampung pn tahu ak blaja pasal ubat.

So basically ape ak blaja ialah benda2 yg berkait ngan ubat mengubat. Wat ubat, bagi ubat, simpan ubat, buang ubat, makan ubat, segala2nya ubat lah. Cume ape yg ak blaja dlm 1st year ni sgt gile2 kentang nyer detail pasal physical ngan chemical properties. Sampai kadang2 ak rase nk gi jumpe head of school, Prof D. Clarke, cakap kat die yg ak apply utk pharmacy, bukan chemical engineering...
Gambar 2 : Antara buku yg menjadi kegilaan di kalangan pelajar2 pharmacy kat sini. Penulis die jd lecturer faveret ak kat sini.

Ni subjek2 yg ak blaja utk 1st year nih...

Semester 1

Organic and Pharmaceutical Chemistry
Foundation Biology (Practicals)
Academic Literacy
Physical Pharmacy 1
Information Technology
Core Tutorials and Practical Skills

Semester 2
Pharmaceutical Chemistry - EBL
Introductory Cell Biology, Biochemistry and Microbiology
Physical Pharmacy 2
Orientation to the Practice of Pharmacy
Pharmaceutical Calculations
Core Tutorials

Nampak cam susah? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Nampak cam senang? Hang mai sini, try sat...

Tp ape2 pn, ni baru 1st year. Senior2 sume pakat kate kesusahan akan bertambah pada kadar eksponen. Ak 1st year pn da terkapai2. Mampukah diri terus bertahan? Kita tunggu dan lihat...

Prologue - merepek itu rempah kehidupan...

Blog? Oh kenapa ak wat benda nih? Ak bkn rajin baca blog orang pon. Tibe2 nk wat blog nih. Oh well, kire ok ar drpd ak dok tekan button WSAD je tiap2 kali kn? Nnt button2 keyboard aku yg lain jeles lak. Cian diorg. (Yg x paham tu wat2 paham la yer...)
Orait2, byk btol ak merepek dlm intro nih. Ape2 pn, slamat melayan blog nih. Kalo bez, tinggal comment. Kalo rase merepek, silakan bace blog org lain. Have fun guys. (^_^)