Wednesday, 13 July 2011

Sehari menjadi Mat Bunga




Summer Night
Gambar-gambar lain ada dekat Flickr I.

Kadang-kadang sebagai penghuni KL, terasa agak diskriminasi. Kenapa event best-best mesti dekat putrajaya. Hot air balloon, Fireworks, etc. Dah la putrajaya tu dekat hujung dunia sebelah kutub selatan. Nak naik public transport kena naik ERL.

But as Avril Lavigne said, what the he**. Dengan semangat kental, dapat juga ke floria 2011. Basically floria ni kira flower exhibition lah. Tahun ni tema Roses are Forever.

Dulu walaupun diri ini lelaki tulen, ada la jugak minat-minat bunga ni. Dulu time jiwang-jiwang dulu ada juga membaca pasal flower language. Tahukah anda, anda perlu bagi 15 roses just to say "I'm sorry?". 108 roses untuk propose marriage? 999 roses untuk "my love will last till the end of time"? Jika anda nak buka bisnes IKS sila buka bisnes ros. Time valentine konpem lagi kaya dari bisnes kerepek ubi atau kapsul makjun. Lebih-lebih lagi jika nama anda Roslinda Samsu atau Rosyam Nor

Teringat juga masa kecil-kecil umur 5-6 tahun pernah berkenan dekat orkid kaler purple. Mak belikan satu pasu, siap name the flower after me lagi cheewah. Tapi tu cuma trick untuk menyuruh I siram pokok tu. Mum, that's cheap!

Berbalik kepada Floria 2011. Maybe sebab I datang awal. Dan time tu weekdays. So pameran pun macam segan-segan silu je nak keluar. Nasib baik masuk free kalau tak I dah call kementerian perdagangan dalam negeri. But then again mane lagi nak tengok bunga banyak-banyak. I bukan duduk mansion sebelah rumah Yusof Haslam boleh tanam bunga banyak-banyak.

Dia punya pameran ada indoor dan outdoor. Memang merata-rata la bunga. Rasa macam nak kaut satu bakul bawak balik buat mandi bunga untuk menaikkan seri wajah dan meningkatkan keremajaan kulit. Boleh I berlakon pegang-pegang macam iklan sabun.

Ada satu part untuk pertandingan taman sekolah. Memang cantik. Teringat kolam ikan sekolah I dulu, keruh sampai ikan pun dah tak nampak. Tu pun nasib baik ada ikan kalau tak dah lama sekolah kena saman sebab buat sarang nyamuk aedes. Bunga pulak habis kena rembat budak-budak guna buat main. Tsk tsk zaman sudah berubah.

Yang indoor pulak tunjuk gubahan bunga. Satu part penuh wedding arch. Ingatkan time tu da sesat masuk pameran perkahwinan dan andaman. Dah la pameran macam tu setiap hari ada. Risau juga. Nasib baik masih berada di jalan yang benar.

So 2 jam dekat sana dah habis pusing. Taklah besar mana pun. Tapi lepas la gian nak tengok dan tangkap gambar bunga. Balik terus cari lagu Misha Omar - Bunga-bunga Cinta. Gua nak layan jiwang sat.

Mat Bunga part-time,
Amirul Afiq

Saturday, 8 January 2011

Entry Tangkap Leleh : Tragedi Januari

Penaja Utama: Tisu Premier

Januari 2011. Dengan hati separa rela, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada BFF merangkap kembar siam saya, my handphone Sony Ericsson w910i. Serius terasa nak buat tembakan meriam 3-4 das untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Malang meriam dekat A-Famosa tidak boleh digunakan lagi jika tidak tentu saya sudah rembat. Melaka Maju 2010. Eh takde kaitan langsung.

Gambar 1: Inilah beliau.

So sebagai mengenang jasa dan pengorbanan beliau, post ini akan didedikasikan kepada beliau. Sila pasang lagu Mariah Carey – Bye Bye sambil baca post ini. Lagu Puff Daddy – I’ll Be Missing You pun boleh. (Tapi jangan tengok video klip dia, takut anda tergelak tengok P. Diddy rempit sampai jatuh motor). Kepada yang lebih berjiwa retro boleh pasang Sudirman – Salam Akhir.

So bermula 8 Mac 2008. Kepada mat-mat politik debat sambil hentak meja kedai mamak mesti ingat tarikh ni macam tarikh harijadi nenek masing-masing. Ya ia adalah tarikh pilihanraya umum ke 12. Memandangkan masa tu umur masih setahun jagung dan belum layak mengundi, maka dengan slumber badaknya seorang anak muda pergi ke Low Yat dengan semangat berkobar-kobar beli handphone. Sumpah macho gila. Family semua pergi mengundi, saya seorang pergi merayau ke kota raya Kuala Lumpur.

Dalam kepala memang dah ada idea samar-samar. Nak rembat nokia expressmusic yang kaler putih tu. 5300 kalau tak silap. Memang masa tu tengah kemaruk nak hiburan agaknya. Exam A-Level tinggal lagi 3 bulan. Bawa laptop time tu pun dengan hati tabah cuba sedaya upaya untuk kunci sahaja dalam locker dan hanya guna untuk main game lawan-lawan baca soft copy nota. Sumber hiburan lain time tu hanya mp3 player dan radio zaman jepun peninggalan rakan yang dah ambil A-Level lebih awal. Dan radio tersebut tentu akan meningkat volumenya secara tiba-tiba bila ada lagu Maroon 5. Ada die hard fan dalam bilik. Oh dan satu lagi, Vaio rakan yang dijadikan wayang GSC kecil-kecilan dan sumber mp3 download internet. Eh tiba-tiba banyak pula sumber hiburan. Ok, point ini cancel.

Sati lagi sebab kerana handphone pertama Motorola C390 hanya ada ruang cukup untuk simpan satu lagu je. (guna buat simpan lagu Rain – In My Bed untuk buat ringtone dan alarm). Memang tidak kondusif untuk hiburan. Lebih-lebih lagi handphone berikut telah pun agak old school time tu. Dapat hadiah lepas SPM. Time tu dapat handphone skrin kaler pun da rasa macam jadi jutawan Power Root. Tak sampai 3 tahun dah mula kompelin macam-macam. Berat tahap baling anjing pun mati la, takde mp3 la, takde kamera la, kaler hitam tak sexy la. Kufur nikmat betul.


Gambar 2: C390 saya. Keypad menunjukkan penggunaan maksima

Okeh berbalik kepada hari pembelian Mac 2008. Usha punya usha, apek dekat kedai tu rekemen la satu handphone ni. Sony Ericsson w910i. Sekali tengok terus tergoda I tell you. Orang kampung awak cakap love at first sight. Skrin 2 inci meh. Time tu handphone 2 inci tu sama vogue dengan tv leper 32 inci. Sekarang handphone da 4 inci lebih, tv dah 60 inci LED 3D tipis macam roti tisu watever entah lagi. Berbalik kepada point yang kena cancel tadi, nafsu berhibur mendorong saya membeli secara impulsive. Uh-oh bad boy. Memang kalau Oprah Winfrey tengok time tu mesti dia menangis tak berlagu.

Apek tu memang berbuih mulut la bagi diskaun macam-macam. Memandangkan dekat 30-40% dia tolak, diri yang naif dan polos masa tu memang meleleh air liur tadah pakai baldi. So zas, turun ke ATM, ambil duit nak bayar cash. Memang tu pengeluaran paling besar pernah dibuat dalam sekali transaksi to date. Lepas keluar duit memang jalan macam makcik nak pergi kedai cuci rantai emas pusaka. Paranoid weyh!

So berlakulah jual beli sah di kedai terbabit. Dengan muka bangga buat-buat call depan member yang baru sampai time tu. Padahal battery kena caj 8 jam dulu baru boleh pakai. Poser gila. Member kata “apasal rupa plastik sangat?”. Saya hanya mampu membisu seribu bahasa. T-T

Hati kekal girang, sehinggalah sampai rumah. Tengok-tengok memory card patut dapat 2Gb, apek tu tukar jadi 1Gb. Lepastu dia tak bagi earphone. Patutlah murah. Takpe apek, ada ubi ada kuih bingka ubi batas. Nasib baik handphone ada stiker Sirim. At least tahulah bukan handphone underwater. Kalau tak mungkin sekarang saya sudah jadi aktivis hak pengguna.

Memang lepas tu pergi kelas dan lepak bilik dengan senyum mencecah paras telinga. Walaupun bukan paling canggih-manggih, tetapi tetap model latest. Member-member perempuan memang puji sebab cantik. Kaler meRRRah I tell yu. Design pun memang chic. Tiba-tiba terasa diri ini setaraf Heidi Klum walaupun I tak pakai bra victoria secret dengan bulu-bulu pelepah.

Masa tu Sony Ericsson tengah buat satu daya tarikan untuk handphone diorang. Kalau pasang mp3, bila goncang ke kanan boleh forward ke next song. Goncang kiri boleh rewind. Goncang banyak kali boleh shuffle (tidak, bukan shuffle tarian anak muda itu). Dari iklan memang mengundang kagum. Tapi secara praktikal, itu adalah antara idea Sony Ericsson yang paling karut. Untuk berfungsi, ada button khas yang harus ditekan sambil anda menggoncang phone. Sedangkan button forward dan rewind yang normal sudah disediakan bersinar bling bling di bawah skrin. Cuma perlu sebuah sentuhan lembut sahaja. Tak perlu goncang-goncang sehingga mendedahkan diri kepada risiko Carpal Tunnel Syndrome. Sony Ericsson, sila bersyukur tiada artis atau ahli politik yang memfailkan saman malu ke syarikat anda.

Mula-mula pakai, video player handphone ni agak slow. Video dengan sound tak masuk. Terasa agak down tiba-tiba. Nasib baik ada update untuk betulkan problem tu. Saya bukan tauke lombong berlian nak beli handphone sebulan sekali.

Lumrah kehidupan, bila kau dah beli, time tu la semua orang nak ada jugak. Mula la nampak remaja-remaja pakai handphone sama. Siap ada seorang member pakai sama lagi. Tapi dia beli lambat sikit, dapat kaler gold putih. Dan dia kata tu handphone adik dia. Tentu adik dia comel macam saya. Bila tengok selebriti, hati mengharapkan Leonardo DiCaprio atau Johnny Depp pakai handphone yang sama. Tengok-tengok, Azwan Ali yang pakai...

Lama juga pakai. Walaupun tahap penjagaan memang bagaikan baby menjaga mainan, tapi beliau bertahan juga. Sampailah tahun lepas, dia mula meragam. Kadang-kadang restart sendiri, kadang-kadang hang. Paling best sekali nak charge dia punya connection memang tak ketat, kena ikat getah baru boleh.


Mula la kufur nikmat datang balik. Housemate sorang pakai iPhone, sorang pakai xperia x1, sorang pakai blackberry. Hati panas je nak rembat handphone baru. Tapi sebab ingat yang maggi dan biskut kering bukanlah sumber nutrisi yang baik, niat itu dibatalkan.

Sampailah minggu lepas, dia dah mula tak respon. Dalam seminggu je terus kronik. Memang ala-ala barah otak dalam cerekarama. Macam time tu dah director kata nak kena koma, sehari sebelum tu nak masuk sukan olimpik acara marathon pun tak apa. Seminggu terakhir bersama beliau memang macam tengok 1 Litre of Tears. Menyayat hati.

Selebihnya saya dah tak mampu cerita lagi. *Sob* *Sob*

So kepada my w910i, I love you forever. Thanks for being there when i needed you the most. Through the happiest and saddest days of my life. Dan entah kenapa mp3 komputer ni tiba-tiba pasang lagu Glen Fredly – Januari. Mungkin laptop ini juga ada hati dan perasaan dan memahami tuannya. *Hugs my laptop*

“Kasihku,

sampai di sini kisah kita,

jangan tangisi keadaannya

bukan kerna kita berbeda

Dengarkan lagu,

lagu ini

melodi rintihan hati ini

kisah kita

berakhir

di Januari... ”

(Backup singer Jiran) Woi diamlah orang nak tidur ni!!!


Abang yang baru nak mula tabiat menabung,

Amirul Afiq

Monday, 20 December 2010

Kenapa saya suka koc wanita?

Kepada pengguna setia KTM komuter anda tentu tahu kewujudan koc wanita kan? Kewujudan koc wanita ni lebih glamour sebagai penguji mentaliti pengguna KTM berbanding untuk mengurangkan kes geli-geleman. Tak percaya? Tengok berapa banyak berita muka lelaki kena censored sebab masuk koc wanita. Atau dengar saja kisah seram rakan lelaki anda yang tak sengaja termasuk koc wanita.


Gambar 1: To all those ladies that hate the colour pink, banyakkan bersabar.

Dari luar mungkin pengaplikasian koc wanita itu bercorak seksis dan diskriminasi kepada golongan adam (tu dia ayat B.Melayu Kertas 2 SPM). Tapi jika anda pengguna KTM komuter yang agak kerap, anda akan merasakan yang koc wanita is a win-win situation. Kenapa?

1. Kurangnya kesesakan di koc biasa

Bila ada koc wanita, semua wanita, yang merasakan diri mereka ada peluang diapa-apakan akan memasuki koc tersebut tanpa peduli sesaknya koc tersebut. Kemudian, golongan ibu yang membawa anak, Kemudian, warga emas wanita. Dengan ini, yang tinggal hanyalah golongan lelaki remaja dan dewasa, yang mungkin paling banyak pun merangkumi 40-50% daripada total pengguna komuter. Dan bilangan koc biasa melebihi koc wanita. Its not rocket science. Math sekolah rendah pun cukup for you to get the idea.

2. Kurangnya kanak-kanak yang memekak
Siemens UK buat survey kepada 6 juta penduduk Britain tentang top 20 bunyi paling annoying. So apa kata surveyyy???


NUMBER 1 - SCREAMING CHILDREN

sumber: http://www.hearingaidforums.com/showthread.php?t=105

Gambar 2 : I feel ya

Macam yang saya cakap tadi, ibu-ibu yang bawak anak akan masuk koc wanita. Dan mungkin yang bapak ikut pun, ada false impression yang kanak-kanak lebih selamat dalam crowd wanita daripada crowd lelaki. So mungkin bapak masuk koc biasa sorang-sorang. The result? Tiada kanak-kanak dalam koc biasa. Keamanan telinga.

3. Kurangnya keperluan untuk menjadi orang mulia
Listkan golongan mereka yang harus diutamakan tempat duduk: warga emas, OKU, kanak-kanak, wanita mengandung, wanita yang membawa anak kecil, wanita yang baru balik pasar, wanita yang baya-baya mak kita, wanita yang cun sebab nak ambik hati. Sekarang tolak golongan wanita dan kanak-kanak sebab mereka dah ada di koc wanita. Selagi tiada golongan yang tinggal (yang possibility jumpa agak rendah), seat memang jadi free for all. Have fun.

4. Kurangnya peluang terbatal wudhu' (untuk yang muslim)
Dengan semakin kurangnya kain yang dipakai wanita zaman sekarang, peluang tergesel kulit ke kulit tu memang amat tinggi. Ape ko ingat pompuan aje ke yang nak kena make up balik lepas ambil wudhu?

5. Kurangnya peluang kantoi dengan awek ketika anda curang.
Couple memang kena duduk koc biasa. Now, bayangkan anda tengah dating dengan spare part anda. Anda kena duduk di koc biasa. Bayangkan awek anda juga keluar dengan kawan-kawan wanita/mak/ adik kecik dia. Tentu dia duduk koc wanita. So tidaklah terserempak dan kantoi. Tapi jika awek anda keluar dengan ahli keluarga lelaki, pandai-pandai la cabut lari. Tapi jika dia pun keluar dengan spare part dia, er well...

So my peeps! Jangan risau dengan koc wanita. Only break the rules if they don't benefit you. This time, it benefits us, way more than you'd think!

Tapi ingat wahai Keretapi Tanah Melayu Berhad. Mewujudkan koc wanita macam mengubati AIDS dengan panadol. Buat la koc wanita, koc opah, koc kucing parsi sekalipun, kalau dah tren yang patut 15 minit sekali datang 1 jam sekali, tak guna juga.

Abang yang selalu bersesak ke Mid naik komuter,
Amirul Afiq

Monday, 6 December 2010

Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia

Saya dan pagi weekend bukanlah rakan baik. Selalunya bangun-bangun sudah tengah hari, dan sarapan cuma sempat makan dalam mimpi. Tapi pagi ni datang seru untuk menjadi rajin.

Seminggu lepas ternampak signboard tulis pasal Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia. Daripada duduk termenung sehingga menyerupai ikan termenung, baik juga kalau pergi melihat apa yang ada di sana. Malam tu mula lah panik nak cari battery spare, charge battery, siapkan barang bagai (tiba-tiba jumpa battery charger dalam almari sependa baju bergantung, get organized Amirul T-T).

Maka selepas menerima taklimat keselamatan, saya pun bergerak lah ke arah dataran merdeka seawal 8 pagi. Sebab pergi seorang diri, serius terasa sangat berdedikasi. Too bad masih belum ada bakal mak mertua untuk di-impress. Siapa-siapa mahu jadi boleh apply. Intake December dibuka sekarang. Bukan apa tak mahu ajak, takut nanti you all's tak tahan panas. Rosak skin complexion I tell you. See, I tetap sayang korang. Dah jangan merajuk. Nanti I belanja eskrem traffic light.

Jalan pegi dataran merdeka, tengok ramai orang berbaju kalerful di merata-rata tempat. Ni apasal semua dah tapau roti canai sambil layan teh ni. Takkan event da abes omaigod. Dengan degup jantung kencang saya terus up sket kelajuan berjalan. Sampai-sampai nampak ini

Gambar 1: Sekali tengok macam funfair pun ada.

Fuh, nasib baik belum start pun lagi. Sekali tengok ramai gila orang daaa. Ok VIP belum sampai (as usual lah). Sempat cari spot. Maka bergeraklah seorang budak comel dengan rambut David Beckham Arumugam ditutup topi dan memakai baju putih lengan panjang sambil memikul bagpack, menyusur di celah-celah khalayak ramai.


Ok patut lah ramai 15,333 orang penari. Ini sebuah acara REMPUHAN REKOD (aka record breaking, sila jangan gelak). Semua pakai baju macam baru lepas pakai Breeze Colour you, kotoran pun hilang, warna lebih bersinar.

Dalam 10-15 minit lepas sampai, VIP kita Datin Rosmah denga Dato' Ng Yen Yen. Ok, tak kisahlah berapa ramai orang tak suka beliau, tapi bila beliau muncul, semua orang nak tangkap gambar beliau macam nak tangkap gambar Britney. Tak percaya, berikut merupakan percubaan saya menangkap gambar beliau:

1st Take : Berebut macam nak beli karipap dekat kantin sekolah rendah

2nd Take: Dapat belakang je. Tekanan!

Ok Amirul Afiq, ingat pesan pakguard depan taman, orang tekun mesti berjaya. So sabar, tunggu time Negaraku. So sebagai seorang yang sangat tak patriotik, saya dapat gambar ini:

3rd 4th 5th Entah ke berapa entah Take: Sekali dengan Dato Ng Yen Yen. Hambik ko puas hati aku.

Ok, enough with VIPs. Mari kita story pasal the event itself. 15,333 orang menari dengan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Tak lah sampai full dance dengan kostum-kostum macam persembahan budaya. Ni lebih kepada senamrobik bercorak tarian melayu. Sangat kreatif. Sila bagi pengiktirafan Dato' kepada tuan punya idea ini.

Tarian dia memang nampak simple, tapi bila beribu-ribu lemon orang buat serentak dengan penuh dedikasi, menyertai dan menganjurkan tidaklah semudah yang disangkakan. Kudos.

Gambar 2: Definisi sebenar beribu-ribu lemon


Gambar 3: Chinese Dance.

Gambar 4: Joget kak joget!





(p/s: sori video tak cun. rumah I pakai berukband biasa-biasa je. nak tengok HD datang rumah I, jangan lupa bawa satu barrel KFC sebagai pengeras)

Selepas habis berdansa, adalah cabutan bertuah dan persembahan. Oleh kerana ini event 1Malaysia, penyanyi mesti multicultural. So kita ada this fella from Malaysian Idol. Siapa-siapa kenal tolong bagitau. Lupa dah nama dia. Ini leng cai nyanyi versi cina lagu JYP - Honey dan Peterpan - Mungkin Nanti (dalam bahasa asal). Its ok Ariel peterpan, sekurang-kurangnya lagu anda masih diminati.


Lepas tu this Indian singer daripada realiti TV mana entah. Dia nyanyi lagu sendiri so I tak ingat tajuk dia. Bila dia nyanyi lagu tamil rentak-rentak upbeat semua pakat nak join menari. Nasib tak runtuh stage you. Dua kali ada lelaki naik stage bagi bunga. Sila jeles.



Then you have this singer, jeng jeng jeng. Amylea AF3. Dia nyanyi Justin Bieber - Baby dan Aku Sindarela (See, jangan ingat aku tak sokong industri muzik tempatan). Ada satu lagu baru lagi. Lupa tajuk lagi. Aih daya ingatan saya memang setanding ikan emas. Tapi memang priceless ah dapat duduk atas stage tangkap gambar artis sampai beliau kena jaga step dance untuk tak terpijak anda.


Dalam pukul 11.30 gitu cuma tinggal cabuatan bertuah. So apa lagi angkat kaki blah. Sampai rumah terkam nasi goreng lebihan sarapan (tak sempat sarapan sebelum pergi). Then pengsan berjam-jam sambil tersenyum. So, bila nak pergi event lagi ni?

Salam 1Malaysia
Abang teruk kena sunburn,
Amirul Afiq

Tuesday, 12 October 2010

Tips Pengurusan Wang Berhemah

Bak kata pepatah, money can't buy you love. But love can make you lose (a lot of) money. Agak effort memulakan esei dengan peribahasa. Teacher english I masa SPM dulu kata kalau letak idiom dalam essay dapat markah ekstra.

Ok, tadi sedikit sebanyak buat belanjawan dan list hutang. Oh saya mengaku ia lebih sukar daripada belajar buat nasi goreng pattaya. Dan sebab itu jugalah saya tidak mengambil akaun dan kursus-kursus yang sewaktu dengannya. Itu lah dulu kecil-kecil kawan masuk kelas mental arithmetic tak nak join sebab nak tengok Istana Takeshi.

Tapi bila start mengira, dengan bantuan sempoa 3-4 papan, mula terasa pengurusan wang sendiri kurang bijak. Patutlah tak pernah nak merasa kaya. So dengan semangat Donald Trump dalam diri, mari kita perkenalkan beberapa tips pengurusan wang berhemah.

1. Jika anda ada duit, tidak bermakna anda perlu gunakan semuanya.

Gambar 1: Tergamakkah anda memecahkan ba.. khinzir secomel ini?

Ok, anda dapat elaun bulanan Rm100++. Belum kira elaun "ayah nak duit beli buku" dan elaun "mak nak pergi pasar malam kejap". Atau anda memang ada income yang steady, freshgrad baru dapat kerja dengan sebuah syarikat projek juta-juta. Dalam akaun bank anda ada sejumlah wang yang nampak sangat menyelerakan.

Tapi ingat, menghabiskan semua duit dalam akaun anda bukanlah matlamat yang baik. Ok, fine, anda memang banyak duit. Tapi pernahkan anda yakin bahawa esok anda mungkin perlukan duit itu? Mungkin tiba-tiba nenek anda perlukan wang untuk kenduri kahwin beliau yang ke-14? Atau hamster kesayangan anda diculik dan anda perlu membayar wang tebusan?

Simpanlah reasonable amount dalam bank anda. Tapi janganlah sampai semua anda simpan. Kerana gelaran Haji yang paling mudah diperolehi ialah Haji Bakhil.

2. Jika kawan anda ada sesuatu, tidak bermakna anda perlu ada juga.

Ya, kawan anda baru sahaja membelanjakan sebulan gaji untuk iPhone 4. Dan makhluk takabbur itu memang gemar menunjuk-nunjuk. Seolah-olah iPhone tersebut menggunakan bateri solar dan perlu didedahkan ke persekitaran untuk recharge.

Gambar 2: Jika ini iPhone kawan anda, sila kenalkan dia kepada saya. Saya mahu kahwin dengan anak beliau.

Tapi ingat, jangan terperangkap dalam dakyah konsumerisme dan kapitalisme. Fikirkan adakah ianya keperluan sebelum bertindak membeli sebuah 12 biji iphone untuk menyaingi kawan anda. Dan satu kata pujangga yang saya cipta, "Bragging rights is not a necessity". (Ok, teacher, dah 2 idiom dah). Jika anda perlukan phone hanya untuk telefon ibunda di rumah, message awek dan bermain game Snake, nokia 3310 (AKA tiga-tiga-sekupang) sudah cukup untuk anda.

Dan sentiasa ingat, prioritize. Mercedes sebiji tidak lebih penting daripada makanan berkhasiat 3 kali sehari. Biarkan kawan anda makan maggi dan tak kahwin-kahwin sampai tua kerana habis duit membela kereta, sementara anda makan malam romantis bersama isteri anda di rumah. Take that, sucker!

3. Jika anda seorang dermawan, tak semestinya anda perlu menderma kepada semua orang.

Sentiasa berhati-hati dengan hutang. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibayar body dibawa mati.

Ingat, jika memberi hutang, pastikan si peminjam seorang yang mempunyai kredibiliti dan integriti selaras wawasan 1Malaysia. Jika anda tahu dia memang jenis janji nak bayar esok, tapi sampai alaf depan habuk pun tarak, tak payahlah anda berhati mulia. Learn to say NO. Dan kalau makhluk ini kata anda kedekut dan tak mau kawan, biarkan. Tak habis punya orang nak dibuat kawan dekat mukabumi ini.

Dan jika memberi hutang, pastikan anda merekod segala urusniaga dengan jelas dan dapatkan saksi sekali. Bukan apa, kita fikir baik lah, manalah tahu anda dua-dua terlupa pasal detail-detail hutang tu. Kalau anda jumpa raja putar belit alam tu lain lah cerita.

Gambar 3: Rekod itu penting, lebih-lebih lagi jika anda meminjamkan wang kepada superhero yang hilang setiap kali selesai mengalahkan raksasa.

4. Jika anda ingin berseronok, tidak semestinya anda perlu berbelanja sewenang-wenangnya untuk merasa puas.

Benar, banyak cara untuk bersuka ria dengan menggunakan wang. Tengok wayang perlu wang, pergi taman tema perlu wang, makan besar perlu wang. Cis, sedangkan menakutkan diri sendiri (dengan roller coaster dan filem seram) juga memerlukan wang. Manusia memang bijak mencipta cara menghabiskan duit spesis sendiri.

Tapi belajar berpada-pada. Tak semestinya anda mesti makan Haagen Dasz setiap kali mengidam aiskrim. Tak semestinya tengok wayang mesti tengok 3D. Tak semestinya nak melancong kena pergi Mauritius. Look at it this way, nikmati pelbagai variety keseronokan yang berpatutan daripada menghabiskan segala fulus pada satu keseronokan yang mahal. Fokus pada menikmati apa yang ada, daripada apa yang ada untuk dinikmati.

Dan jika anda lebih kedekut tahi hidung masin bijak, pergi bersuka ria di tempat yang tak payah bayar. Berjalan-jalan di taman agak seronok jika anda tahu caranya. Bermain alat permainan kanak-kanak juga merupakan idea yang bernas. Cuma pastikan anda tidak over jika anda tidak mahu dipandang serong.

Gambar 4: Contoh orang yang akan dipandang serong

4. Jika anda ingin melabur, ingatlah bahawa duit tidak jatuh dari langit.

Bila duit dah mula nak stabil, tentu terdetik dalam hati nak melabur. Ye lah siapa tak mahu duit kopi mahupun duit teh dan duit neslo. Sekarang dah banyak skim-skim pelaburan. Tapi berhati-hati, bukan anda seorang yang gemarkan duit. Penipu juga gemarkan duit, lebih-lebih lagi duit anda.

Gambar 5: Walaupun bersuara mantap, beliau juga tidak terlepas.


Malas lah nak cerita pasal skim cepat kaya, MLM, skim piramid mesir purba atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Benda ni dah lapuk, tapi bilangan orang kena tipu tak pernah kurang. So nasihat ni ditujukan bukan kepada orang yang ingin menjebakkan diri sendiri, tapi kepada orang yang sibuk promo untuk skim masing-masing. *cough*...

Eh jijiklah tengok kau pegang duit tebal-tebal lepastu main tangkap-tangkap gambar depan kereta mahal lepas tu post dekat facebook dan tag orang. Lepas tu buat slogan-slogan sengal macam "Jangan cari duit, biarkan duit datang kepada kita" atau "saya kerja makan gaji tak pernah kaya, main skim ni terus ada ferrari 3 biji". Kalau kau kaya sangat apasal ko rajin sangat jaja diri nak promo? Blah la kalau kau kata nak bagi orang lain kaya jugak.

*cough*... sori ter-emo sedikit. Tapi macam apa yang saya kata tadi, duit ada sumber. Dan kepada yang ambil peduli, tak semua sumber itu bersih dan suci murni macam minyak masak seri murni. Bila duit keluar dilabur, mesti ada kontrak dan huruf kecil-kecil yang memerlukan kanta pembesar untuk baca. Baca betul-betul jangan main hantam keromo saja. Tak pasal-pasal anda sign kontrak suruh anda jadi badut sarkas tak ke haru biru?

Dan kepada yang buat pelaburan untuk diri sendiri, beli benda mahal dengan tujuan konon-konon boleh buat duit pakai tu, sentiasa jujur dengan diri anda. Kalau memang benda tu guilty pleasure atau beli lepas tu simpan dekat stor buat pusat pengumpulan habuk, sila mengaku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan dan batalkan niat tak berapa suci anda.

Kesimpulan
Kalau cakap pasal duit memang boleh cakap panjang lebar. Ahli Parlimen pun boleh tertidur time belanjawan dibentangkan. So saya sudahi dengan contoh cara paling tak berhemah untuk membelanjakan wang, didemonstrasi oleh encik obama.






Abang yang tengah makan maggi asam laksa,
Amirul Afiq