Monday, 22 February 2010

Pasangan Remaja Bercinta Dalam Pelbagai Ragam dan Aneka

Pernah bercinta? Sedang bercinta? Sedang ingin bercinta? Siapa sahaja anda, melainkan anda membiak melalui belahan dedua ataupun pertunasan, tentu ada keingingan bercinta. Hari ini kita melihat pelbagai ragam pasangan remaja bercinta yang pernah dilihat di dunia realiti.

Asexual Hardcore Porn


1. Pasangan Berpandangan Jauh

"Love and marriage, love and marriage

Go together like the horse and carriage

Dad was told by mother

You can't have one, you can't have none, you can't have one without the other"

Frank Sinatra - Love and Marriage

Ah, pasangan ini bercinta, dan objektif mereka adalah untuk mencapai jinjang pelamin. Tapi
bukan cinta memang sepatutnya membawa kepada kahwin ke?. Ye, betul, tetapi apa yang membezakan mereka ialah mereka berusaha ke arah itu. Berkenalan dan berbaik-baik dengan bakal keluarga mentua, turut serta dalam keluarga mereka dalam pelbagai urusan daripada menolong bakal adik ipar mengisi borang daftar Matrikulasi sehinggalah teman bakal nenek mertua beli jamu Sariayu Martha Tilaar. Juga tidak kekok menziarahi rumah walaupun setakat untuk berbual-bual tentang prosiding perbicaraan Anwar Ibrahim.

Kriteria Lelaki: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai suami. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga perempuan. Imej adalah sangat penting. Tak boleh letak gambar hisap shisha dekat FB, melainkan bersama bapa mertua.

Kriteria Perempuan: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai isteri. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga lelaki. Imej adalah sangat penting. Gambar FB dipenuhi dengan gambar masakan, pegang baby dan mengait.

Kriteria Tambahan: Keluarga kedua-dua belah pihak yang terbuka. Sesetengah keluarga tak suka ada orang lain dalam keluarga mereka. Sesetengah pula tak suka kecil-kecil dah gatal nak menikah.



2. Pasangan CUDIPT

"bangkit semangat keazaman
memburu cita dan impian

biar terpaksa merahsiakan hubungan
"
UNIC - C.U.D.I.P.T

Pasangan ini mungkin subset kepada "Pasangan Berpandangan Jauh"di atas. Pasangan ini adalah dua orang yang sama berpengaruh, sama berjawatan, sama berkarisma dan sama bersopan santun (atau mungkin, sama kontrol). Contoh, Presiden dengan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Sesetengah tengok diorang jeles sampai rasa nak gigit selipar. Sesetengah tengok diorang rasa meluat sampai rasa nak baling selipar.

Biasanya cinta diorang ni bukan dihebohkan diorang sendiri. Lebih kepada: "Eh, Senah. Kau tau Naib Pres kita tu si Melah tu, selalu betul dengan Presiden kita si Ujang tu. Diorang ada apa-apa ke?". Bagi mereka, cinta belakang-belakang sudah. Depan orang, profesionalisme kena jaga.

Juga selalu berlaku dengan gosip sebagai mangkin utama. Dulu sekolah rendah, ketua kelas tulis nama budak lelaki bising dekat papan hitam, penolong tulis nama budak perempuan bising. Itu dah kira habis romantik dah tu. Terus gosip.

Kriteria Lelaki: Kebiasaannya adalah Presiden MPP atau sebarang badan-badan yang berdaulat di situ. Presiden kelab-kelab yg chill tak kira, sebab isu utama di sini adalah sifat berhemah. Popular, skema, berkarisma dan baik dengan golongan atasan.

Kritera Perempuan: Tidak terhad kepada ahli jawatankuasa atasan sahaja. Setiausaha/bendahari dah boleh memenuhi kriteria ini. Kalau presiden juga, biasanya pasangan lelaki adalah presiden kepada badan lain yang sama berkuasa/berkuasa di tempat lain. Biasalah ego lelaki. Lagipun biasanya lelaki-lelaki yang tidak berjawatan tak berani nak ayat diorang ni. Ayu, popular, skema, berkarisma, idaman lelaki-lelaki nerd dan mangsa santau awek-awek yang lebih rough.

Kriteria Tambahan: AJK-AJK bawahan yang memang sangat supportive atau buat-buat tak nampak. Institusi pendidikan yang ada jawatankuasa-jawatankuasa yang berpengaruh. Kalau jawatankuasa kerja setakat tentukan jadual cuci tandas dorm tak kira la.



3.Pasangan Teman Tapi Mesra

"Aku punya teman
Teman sepermainan

Dimana ada dia selalu ada aku
"
Ratu - Teman Tapi Mesra

"Lafaz cintan-cintan? Uwek geli. Dating? Kitorang keluar jalan-jalan je la. Boyfriend? Die best friend I la...", kata Minah (bukan nama sebenar) kepada wartawan lokasi.

Pasangan yang dah berkepit macam belangkas yang digam UHU dan dipatri bersama dengan seperti timah di litar elektronik. Tapi bukan bercinta. Eh? Pasangan teman tapi mesra ialah pasangan yang dah macam couple, tapi tak mahu bercinta, masih belum melafazkan cinta atau memang tak pernah terfikir tentang bercinta.

Biasanya berlaku sesama best friend berlainan jantina (unless they're, you know, not straight). Juga fenomena biasa berlaku pada pasangan yang dah breakup, sudah berbaik semula macam dulu tapi tak mahu bercinta semula kerana "tak mahu luka lama berdarah kembali".

Membawa masalah agak besar jika salah seorang sudahpun mempunyai pasangan rasmi. Bayangkan girlfriend anda dating dengan anda sekali sebulan dekat times square, tetapi "best friend lelaki" dia "dating" dengan dia 2-3 kali sehari, dekat rumah dia. Haru beb, haru...

Juga bermasalah jika sebelah pihak memendam rasa. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, jadi tepuklah dahi



4.Pasangan Terlampau

"Jumpa dia Isnin

Bawa dia minum hari Selasa
Kita berzina hari Rabu
dan hari Khamis Jumaat Sabtu
tapi kita lepak hari Ahad"

Karim Daud - 7 Hari

"Jemari Tejo mulai piknik dari wajah sampai lutut Surti
Tanpa sadar sarung mereka pun jadi alas

Mirip demo memasak Tejo mulai berakting di depan Surti
Masang (masang) alat (alat) kontrasepsi"
Jamrud - Surti dan Tejo

Ok, sesetengah orang agak gagal membezakan seks dan cinta. Maka inilah hasilnya. Oh tidak, jangan sangka mereka tidak bercinta. Mereka sayang satu sama lain. "Cuma gua je boleh *censored* dia. Kalo lu nak cari pasal, try la kacau dia."

Pasangan ini tanpa segan silu memuaskan nafsu serakah tanpa hubungan pernikahan yang sah. Tipu la kalau korang tak pernah dengar. Time hari kantin sekolah menengah member aku pernah ternampak couple bercium kat celah-celah blok kelas. Time form 4 penah dengar senior kena tangkap khalwat kat tandas dewan. Pastu dengar ada Kolej Matrikulasi (dirahsiakan) terlampau terlepas kat internet.

Dan mereka jugalah bahan utama untuk video-video yang memang banyak di internet. Time handphone boleh rakam video. Tak percaya search la 3gp (dan sebarang keyword berbahasa melayu) di internet. Atau baca saja post ini. Juga penyumbang utama kepada gejala buang bayi.

Kriteria Lelaki: Nafsu macam orang yang makan pil kuda macam makan nasi. Bermulut manis macam Saccharin. Pandai memanipulasi.

Kriteria Perempuan: sama ada-
a) sama macam lelaki di atas. Mengalami pheromone poisoning.
b) mudah termakan ayat manis lelaki. submissive. Sanggup tak pakai underwear pada valentines day untuk membuktikan cinta. LOLWUT?



5.Pasangan PJJ

"Please please please
Kamu jangan nakal

Ku pergi sebentar

Bukan untuk curang

Please please please

Kamu jangan nakal

Nanti aku datang

Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu"
Aliff Satar - Jangan Nakal


Everyone together now: AAWWWWWWWWWWW...

Pasangan PJJ (pengajian jarak jauh) atau dalam bahasa kampung saya Long Distance Relationship adalah pasangan yang dipisahkan dengan jarak beratus-ratus atau beribu-ribu kilometer. Biasa disebabkan oleh belajar di tempat lain-lain. Lebih ummph kalau oversea.

Boleh menjadi sangat sweet kerana ini bukti kesetiaan yang mendalam. Juga boleh menjadi sumber keretakan rumahtangga sebab dah terlalu lama tak berjumpa dan kehadiran orang lain. Di sana menanti di sini menunggu?

Part paling heatwarming dalam hubungan ini ialah bila berjumpa semula selepas lama terpisah. Boleh buat hollywood love story atau drama korea. Siap sedia tisu sekotak dan popcorn jika anda berada di tempat kejadian.

Kriteria:
1. Kesetiaan yang tinggi. Anda kena setia dengan orang yang anda jumpa mungkin 2-3 kali sahaja setahun.
2. Internet yang bukan selaju siput yang sedang berjalan-jalan di taman. Untuk Skype, YM, dan apa sahaja cara berhubung di internet.
3. Kadar panggilan IDD yang rendah. Atau sebarang servis third party yang menjadikan bil telefon rendah. Jika sama-sama dalam negara, 8pax, Friends and Family dan Activ10 (juga Supersavers untuk yang dah mula makan maggi) banyak membantu.

Nah, he won't bite.

8 ulasan-ulasan tabloid:

Unknown on 23 February 2010 at 15:57 said...

u buat research dulu ke?
sgt hebat ini post.
i xleh LDR
i xleh yg jumpa tiap2 hari rimas.
i xleh ttm.
mcm mana ni?
i kena yg ade pasangan cool la.

hatim a.r on 23 February 2010 at 22:45 said...

eleh mesti kau PJJ kan kan?tu yg konon kategori tu plg suweet hehe

Kakak said...

(bace sambil gelak sorg2)
isk...kene pinjam anak member ni...nak post gambar kat FB...buat2 muke motherly sket...

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 24 February 2010 at 15:46 said...

d, ini berdasarkan pengalaman hidup semata-mata. 1st hand atau kisah hidup orang lain. memang ada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
define cool?

hatim, oh kau dapat perasan bias yang tidak disengajakan. ke kau pun mendambakan cinta jarak jauh? kami masih belum melihat sisi romantik anda hatim.

kakak, try letak atas bahu. bak kata abang, untung2 boleh dpt abg komando.

Unknown on 24 February 2010 at 21:58 said...

lol ayat u mmg ada kaitan tuuu.erm define cool? i xleh ngn org yg terlampau demand sgt and i kena org yg memahami setiap situasi. br lah okay kalau LDR mest gaduh slalu kalau TTM plak sgt x elok la kan sbb sakitkan hati org je and kalau jumpa tiap2 ari i boleh kill myself of boredom.

hatim a.r on 25 February 2010 at 01:18 said...

aku rasa sisi romantis aku tak wujud.haha mungkin belum jumpa true love cewah jijik sial jiwang jiwang rempit mcm ni adehh kau mmg bad influence ah amirul! ;p

mijaalan on 25 February 2010 at 17:25 said...

mirul...aku ske r cre ko describe cinta PJJ 2...tepat skali..sgt2 sweet..
hatim..kalau dah jumpa kang slp2 ko lg jiwengs dr c mirul neh..kan3x..

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 27 February 2010 at 19:46 said...

d, kdg2 kte kene tgk gak org nk kte camne. ble same2 fulfill each other baru bleh jd serasi. (ok, tat is soooooooooo not me)

hatim, ah kau nak blame ak lak. terima lah wei yang kau pn jiwang ferum oksida gak. jgn x ngaku nnt jd cam rooomate ko bon.

tq mieza. eceyh, tentu anda PJJ kan? gemar kamu ye.

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*