Wednesday, 3 February 2010

Perkara-perkara Lazim Ketika Exam

Rasenye blog ni dah mula tumbuh lumut dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Maafkan saya, diri ini berjuang di medan bakti demi negara yang tercinta di dewan exam. Dari 20-28 Januari (dan beberapa hari sebelumnya) memang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti berfaedah. (kantoi selama ni dok buat benda tak berfaedah)


Gambar 1: Suasana ketika exam. Mug yang pernah berisi nescafe, mp3 player dan bahan yang ditelaah. (Ni pasal UV-visible spectrum kalau tak silap)

Gambar 2: File-file subjek ketika exam semester lepas. Bila disusun bersama nampak macam bendera LGBT. Apa tu? Try cari kat google.

Apa-apa pun, exam da habis dan kelas dah start balik. Ok dengan jadual yang padat seperti Komuter daripada KL Sentral ke Mid Valley pada hujung minggu, mungkin aktiviti berblog terpaksa diperlahankan. Tapi selagi boleh aku tetap akan update. Stay tuned bebeyh!

Hari ni I nak cerita tentang beberapa perkara yang memang selalu berlaku time exam, ni dari sudut pandangan aku la. Kepada yang ber-IQ 200 ke atas mahupun yang boleh beli degree, mungkin hidup anda tidak seperti ini.

Perkara-perkara Lazim Ketika Exam

1. Pengambilan gula dan caffeine yang berlebihan
Time exam segala plan diet nak dapatkn perut seperti Rain ataupun peha seperti Beyonce memang boleh campak keluar tingkap. Bila dah lama atas meja mula la mulut terasa pilu dan sepi. Time ni la segala cikedis-cikedis, cekelat-cekelat dan jajan menjadi sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan. Bila dah makan pula memang tak ingat nak berhenti sebab "khusyuk belajar". Lepas tu bila terfikir balik, alasan terbaik yang diberikan kepada diri sendiri ialah "Study perlu banyak tenaga". Namun kemungkinan input melebihi output adalah sangat tinggi.

Ah, caffeine. Orang kampung saya panggil 1,3,7-trimethyl- 1H-purine- 2,6(3H,7H)-dione. Drug addiction yang paling berleluasa di muka bumi. Untuk stay-up, caffeine adalah pembantu yang baik. 1-2 sudu nescafe ditambah dengan gula 2-3 sudu per mug (bersama creamer atau susu pekat manis), memang terbaik untuk memberikan "push" ke arah kejayaan. Yang lebih extreme mungkin beralih kepada kopi tongkat ali. Sekarang wanita juga menyalahgunakan tongkat ali.
Namun perlu diingat, caffeine adalah pemangkin, bukan motivasi. Tidak guna minum 1 jag kopi Cap Tupai jika akhirnya stay up tengok movie atau main Guitar Heroes.

2. Tekanan Perasaan dan Histeria
Mengaku sahaja, anda tentu akan terasa tekanan beberapa hari sebelum exam. Biarlah anda memang dah baca nota tu 100 kali dan hafal setiap lokasi huruf, anda tetap akan cuak bila tiba masanya. Biasalah jika terdengar sahabat seperjuangan anda tiba-tiba menyanyikan lagu Aliff Aziz - Sayang Sayang dengan suara penyanyi black metal. Tidak usah rasa terkejut jika terlihat mereka melakukan perkara-perkara aneh untuk menghilangkan stress sebelum meneruskan study.

Gambar 3: Perkara aneh yang dilakukan blogger ketika stress belajar : Tangkap gambar sendiri macam awek-awek suka buat.


3. Datangnya Masalah yang Tak Berkaitan
Time exam ni la benda remeh temeh jadi besar. Awek/balak lambat reply 1 minit da mintak clash. Masak kurang garam terus hempas kuali. Dan falsampah ada mengatakan bila masalah datang, masalah lain akan datang selepas itu bagaikan rombongan datang tengok konsert dangdut kat balai raya.

Aku pulak, pada 18 Januari, datang surat dari Dewan Bandaraya Manchester nak SAMAN AKU RM 4000 sebab TAK BAYAR CUKAI. Masalahnya ialah, international student TAK PAYAH BAYAR CUKAI dan aku da call diorang November lepas untuk bagitau yang aku student. What the heck wey dewan bandaraya manchester???!

Gambar 4: Inilah surat saman tersebut. Klik untuk melihat dengan lebih terperinci

Sebab kebengongan ini, aku terpaksa pergi bangunan dewan bandaraya untuk bagitau diorang aku student dan tunjuk bukti. Pada 19 Januari ye rakan-rakan. Sehari sebelum paper 1st aku. Siapa tak tension?

Oh, dan pada 17 Januari, rumah aku tak ada elektrik selama setengah hari, sampai aku terpaksa pergi library untuk study. Dan bila aku balik malam tu bila elektrik dah ada balik, ALARM DEKAT RUMAH AKU BERBUNYI DAN TIDAK BOLEH DIHENTIKAN SAMPAI TENGAH MALAM. It so happens, burglar alarm berbunyi bila ada gangguan dekat bekalan elektrik. Looks like I learned it the hard way.

Begitulah sediki sebanyak perkara-perkara "menarik" berlaku ketika exam. Apakah perkara yang berlaku kepada anda?

11 ulasan-ulasan tabloid:

miEmiE on 3 February 2010 at 08:59 said...

haha....
seronok....
mlshnye beta xde exam sem nie...
cmane tu ar??

Unknown on 3 February 2010 at 09:40 said...

hahaha
ader lebih teruk..
lmbt ge exam...tayar pancit...jadi terpaksa "jerit" tolong daripada kwn-kwn...

sadis nyer sampai hall buka pintu org dah mula exam dan semua org tgk...
hahaha

Anonymous said...

xbrape extrem 2...
pgi2 nk g exam bru sedar kunci kete tertinggl dlm kete...dlm berpakaian bju kurung yg penuh sopan sntun sambil memegang pisau dapur tuk pecah masuk kete sendiri...xdilupe, note lastminute study diketiak...dan diperhatikn org yg lalu-lalang...
bez wo...kenangn...:)

guess who i am....

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 3 February 2010 at 11:28 said...

miEmiE: eh mngape pula? exam itu bagus. suatu aktiviti yang tidak membawa risiko kecederaan fizikal. kan2?

tengku_fir21: adus, mmg sadis ak dgr. nsb ade kawan tlg dan org tu bg masuk lg weh. ade org sabotaj kete ape?

anonymous: anda ialah... seorang wanita berkereta? rase macam pnah dgr alkisah tu tp xmoe la main teka2. nnt i silap u putuskan hubungan persaudaraan lak. cian i.

fatinazierah on 4 February 2010 at 10:32 said...

i suke point tkanan n histeria tu..mmg slalu sgt jd..bila dh otak tu asyik pnuh dgn formula2 nombor2 maka kecendrungn untuk berfikir yang bukan2 pon berlaku tanpa diduga mcm yg u buat tu..=)amik gmbr senirik konon2 nk tunjuk kat dunia yg aku kuat study (itu selalu jd kat i..ahaha)

Jazlan said...

menarik saman itu...hm..g jela court..best sket..bleh tgk camne proceeding dieorg..

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 4 February 2010 at 17:18 said...

tintin: hehe, btol2. time dpan camera mmg kerajinan amat terserlah

jazlan: xmau ak. 2 februari tu ak ade kelas weh. kang kene anta absence form kat school of pharmacy kate ak x dtg kelas sbb gi court. rosak name ak. T_T

miEmiE on 5 February 2010 at 14:46 said...

risiko kecedraan fizikal xde?? hoho...
mse kt matrix kmi melihat 2 org student tgh bersilat mse exam... cmane tu??
explain2....

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 8 February 2010 at 07:04 said...

tu bukti kecederaan mental tu. ape kejadahnye pegi bersilat time exam? practical utk subject Intro to Silat ke?

miEmiE on 9 February 2010 at 03:48 said...

haha.....
mnela beta taw mental prob or nthing yg seangkatan dgnye.... but then kinda trk lew... hoho....
ces...... silat tu xde dlm kamus practical ku

hatim a.r on 14 February 2010 at 15:06 said...

hoih bila nak updet?aku menanti

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*