Sunday 10 January 2010

Buku cerita kanak-kanak: Kisah Bob Sang Itik

(Diambil daripada himpunan kisah-kisah teladan karya A. Afiq Zainuri [nama pena tak kreatif langsung]

Gambar ditangkap sendiri oleh penulis di Platt Fields Park dan Whitworth Park, Manchester (sengkek sgt xde duit nk upah photographer. gamba sendiri tu member tangkap, poyo+loner gile nk wat self-timer). Snow paling lebat sejak 30 tahun dicatatkan di Manchester tahun ni, dengan rekod suhu terendah, -17.6 darjah celcius.

Pada suatu hari, seekor itik bernama Bob (bukan nama sebenar) baru sahaja tamat kuliah. Daripada belakang, girlfriend Bob, Melah (juga bukan nama sebenar) memanggil Bob. "Abang Bob mai la balik sama-sama~ boleh kita singgah pekena cucuq udang kat gerai pak mat", kata Melah.
"Err, hari ni tak boleh sayang, abang ada hal nak pi library sat. Sayang balik la dulu na", sahut Bob. Melah terdiam sahaja melihat Bob pergi semakin jauh.



Bob berniat jahat. Dia sebenarnya ingin berfoya-foya dengan perempuan lain. Setibanya ke destinasinya, dia mula meng-usha awek-awek di sekitarnya. "Pheewit~" siulan nakal Bob melihat seorang awek pan-asian iras-iras Maya Karin berlalu di sebelahnya.



Untuk mendapat sudut pandangan yang lebih baik, Bob lantas naik ke atas sebuah bongkah ais. Seronok melihat, Bob tidak sedar yang bongkah ais itu mula hanyut dibawa arus. Setelah jauh barulah Bob sedar yang persekitaran telah menjadi asing baginya.




"Omak kau! Kat mana aku nih? Awat tak penah tengok pun tempat ni?", kata Bob dengan nada gusar. Bob mula berasa risau. Bob mula berenang ke arah daratan terdekat dan berjalan dengan harapan untuk berjumpa sebarang petunjuk untuk pulang.

2 jam Bob berjalan, masih tidak bertemu sebarang petunjuk, peta mahupun kaunter pertanyaan. Semua tempat sama sahaja, diselimuti salju putih. "Aih, camna nih. Pi mai pi mai, tang tu juga. Mak, Bob takut mak..." keluh Bob. Tiba-tiba Bob terserempak penulis. Er, saya lah tu. Macho kan?



Bob cuba mendekati saya, *ehem*, penulis untuk bertanya arah. Namun x smpat Bob mengeluarkan sepatah kata pun, si penulis tiba-tiba pengsan.



"Woi woi! Jangan hibernate sekarang!", marah Bob sambil menyepak-nyepak kepala penulis. Kecewa kerana gagal membangunkan si penulis yang dikenali ramai kerana mampu tidur walaupun berlaku letupan bom atom di sebelahnya, Bob meneruskan perjalanan.

Akhirnya Bob terlihat satu lembaga putih dari jauh. "Lembaga apa tu? Takkan Lembaga Hasil Dalam Negeri kot?" kata Bob. Mungkin seseorang yang boleh memberi bantuan, Bob segera berjalan ke arahnya. Setibanya di situ, beliau terlihat seekor kucing yg dibuat dari salji. Bob mengeluh "Ceh, ak ingat kucing betoi tadi, baru ingat nak tanya jalan".



Tiba-tiba kucing salji itu mengeluarkan suara. "HAI ANAK MUDA... SIAPA KAMU???". Terkejut bukan kepalang, Bob melatah "omak kau suka naik motokar pegi bulan beli lengkuas!!! Wah, salji berkata-kata!" (nota: mungkin kucing bercakap sudah cukup untuk membuatkn manusia normal melatah, tapi kerana Bob adalah seekor itik yang boleh bercakap, expectation beliau lebih besar). Sang Kucing Salji meneruskan ayatnya. "KAMU DI SINI TENTU KERANA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN. AYUH MENGAKU!!!"

Bob angkuh, "Ah, mana ada aku buat salah! Aku budak baik! Innocent!". Sang Kucing Salji mula berasa marah. "KERANA KAMU TIDAK MENGAKU, AKU SUMPAH KAMU MENJADI...." Zas! Kilat sabung menyabung mula muncul di ufuk langit. Bob yang ketakutan bertempiaran lari, tetapi oleh kerana kilat bergerak dengan kelajuan 130,000 mph (sumber: wikipedia), Bob tidak dapat lari daripada terkena sambaran itu.

Bob membuka mata, melihat badannya. Seraya jeritan terdengar. "Oh My God!!! Pa jadi kat aku ni?!!" Bob telah bertukar menjadi PAPAN TANDA!



Bob mula menangis. "Uwaaa, ya aku buat salah, aku tipu awek aku. Waaa, maafkan aku! Tobat dah tak mau buat lagi!". Sang Kucing Salji berasa simpati. "ELOKLAH KAMU SUDAH SEDAR, AKU MAAFKAN KAMU, TAPI INGAT, JIKA KAMU BUAT LAGI, AKU SUMPAH KAMU JADI MAGGI PERISA ITIK PULA!".

Dengan kuasa bulan, *ehem*, dengan magis Sang Kucing Salji, badan Bob pulih seperti sediakala, lalu dihantar dengan khidmat Pos Laju ke tempat asal beliau.




Setibanya Bob di tempat asalnya, beliau segera menelefon girlfriend beliau Melah. "Sayang jom pekena cucuq udang. Abang lapaq la. Abang mai jemput dekat umah na? Nak bawak mak ngan pak sekali pon takpa. Angkut sekali tok, nenek, mak sedara, pak sedara, sepupu ipar, ketua kampung, bidan kampung, bla3...".
And they live happily ever after. Sekian.

Moral of the story:
1. Jangan tipu awek, tak baik.
2. Kalau dah buat salah jangan tak mengaku pulak
3. Kalau nak jugak buat dua perkara di atas, pastikan anda membawa GPS.