Monday 28 December 2009

Manchester Revisited : MAKAN, shopping, tido, repeat...

24-28 Disember, segerombolan samseng2 Kg Dusun cawangan Dublin telah turun mengganas di tanah kesayanganku Manchester. Maka dgn ikhlas dan mngharapkn balasan pahala ak pn mmberikan tmpat tinggal dan khidmat tour guide kpd mereka. Yeah right, padahal ak nk enjoy gak. Maka ini adalah minit2 mesyuarat yg dicatitkn dlm buku nota Blues Clues. Skang tgh duduk kat Thinking Chair utk tulis blog.

Gambar hiasan : org yg wat ni konpem da kene panah petir

24 Disember 2009: Subuh2 lg bilik housemate ak didatangi 2 muke yg tidak asing lg iaitu saudara Thariq dan saudara Haizie. Setelah bersalam2 mesra seketika, ak sarung baju 3 lapis utk bergerak ke manchester airport utk menjemput 2 org lg. Dlm 10.30 pg waktu tempatan, muncul 2 lagi manusia drpd arrival gate terminal 1. Saudara Hatim dan saudara Redza. Lepas wat scene syahdu sahabat lame tidak lame berjumpa, kami meneruskn perjalanan ke rumah sambil berlagak kat org2 Dublin yg xde snow tatkala melihat dr luar tingkap bas. Gembira melihat wajah jakun mereka. (padahal dlu time baru2 turun, ak gak yg terlopong 15 minit dpan umah).

Lepas letak beg dan bersiap2, ktorg gerak gi city lak. This time nk usha baju utk boxing day. Boxing day tu kre cam year end sale la kat malaysia. Tp cume sehari je, iaitu 26/12. So dgn smangat mmbuak2 utk shopping (ape ko igt pompuan je ske shopping?), kami menggagahi cuaca 3 degrees, lapisan snow yg da rupe cam Slurpee perasa tanah dan beberapa kali dpt ice skating free.

Gambar 1 : Gambar disonglap tanpa segan silu drpd blog saudara Hatim (hujung kanan) dan kamera encik Haizie (yg menerima nasib malang seorg photographer, tiada dlm gambar). Turut serta dlm Geng Pengembaraan ialah saudara Redza (hujung kiri), saudara Thariq (dua dr kanan) dan Yours Truly. Sugar mummy mane2 nk booking ktorg bleh amek borang kat ak.

Lunch kami ditaja(-lah sgt) oleh restoran Little Aladdin yg berada di city. 3 curries and rice hanya £3.90 shj. (ak da promo, next time ak dtg ak nk mkn free ha!)

Gambar 2 : Little Aladdin, low profile je rupe. Not bad though.

Lepas sakan berjalan, agenda diteruskn dgn sesi bual bicara seketika lalu meneruskn sesi makan di Krunchy Fried Chicken yg menjual Lamb Ribs. Lepas mkn terus terasa tekanan darah naik. Lalu diteruskn dgn sesi "mmbasuh" segala lemak dgn milkshake kat new moo... eh silap, Moonlight. Guilty pleasure at its best.

25 Disember 2009 (White Christmas) : Bgn pg badan rase x sdap. The weather's getting into me. So ak menyorok dlm duvet sementara gerombolan itu pegi ke Platt Field utk bermain salji. Xde ape sgt yg dibuat selain mkn lg mlm tu (Kashmiri Spice). Tp mlm itu saudari Francesca menjemput kami sekeluarga ke xmas dinner. Spanjang hidup br skali merasa xmas dinner. Baru mlm tu terasa kat oversea. Kpd pihak penganjur, kami ucapkn ribuan terima kasih. Terutama cheese cake yg bak kate z**i, rase cam cheese cake. =P

Gambar hiasan 2: Ptt la ak x dpt hadiah xmas, diorg gi konvoi.

26 Disember 2009 (Boxing Day) : Woh hari ni smgt berkobar2. Biase bgn subuh time dekat2 nk syuruk, hari ni bgn time br masuk waktu. Pkol 7.00 pg da naik bas pegi Arndale kat city. Bukan kami shj nmpknye, kerana terlihat satu battalion south asian, chinese dan melayu (cam 1 Malaysia lak) tgh tunggu bas, lbh awal drpd kami. This is it. Boxing day.

Sampai2 Arndale tgk2 kedai Next da dipenuhi manusia. Nsb baik bkn peminat Next, so ktorg relakan shj perebutan baju berlaku tanpa kami di sisi. Kami berkumpul di hadapan River Island yg blom bkk pintu pn lg, tp da ramai org tunggu. Bile pintu bukak je, sume rush in. Segala nilai yg blaja time pendidikan moral bleh tolak tepi. Yg penting shopping dlu.

Gambar 3 : Muke anxious tunggu River Island bukak. Detik2 terakhir sebelum nilai2 murni manusia hancur berkecai.

Tapi agak hampa, kemeja purple yg ak nk die x wat discount. Terus xde mood nk browse benda lain kat River Island. Maka dgn harapan yg masih tinggal, ktorg beralih ke stop seterusnye, kedai penaja. Topman.

Akhirnye nafsu shopping ak dipuaskn di Topman. Cukup nk lengkapkn style yg ak idam2kn. Maka dgn muke bangga dan puas, ktorg meneruskn perjalanan ke Zara.

Masuk Zara kami sedikit hampa. Dtg lmbt sgt, size sume da L-XL. One fun thing ialah, Zara kat KLCC tu cam eksklusif gle, hanya Mak Datin bleh masuk dgn muke slumber. Zara kat cni, baju berterabur je atas lantai lpas diserbu org ramai. Mydin pn x camtu. Org ramai gle. Oh, n did i mention Zara tu 3 tingkat? Nothing to see, move along...

Maka sebelum blk saudara Hatim mengeluarkn kata2 mutiara : "beli la kasut, amirul". Since ak blom capai limit budget dan kekecewaan mmbuak2 dgn River Island dan Zara, ak terus capai Schuh terdekat, jatuh cinta pandang pertama dgn satu kasut Fred Perry, lalu terus ka-ching debit card. Kalo mak ak tgk konpem kene lecture dr pg smpai ptg.

Gambar 4 : Maka inilah die hasil perjuangan sy. Skang tgh kre2 duit nk beli maggi.

Santapan tengahari diteruskn dgn Restoran Afghan Cuisine. Disertai dgn lagu arab (bkn lagu Terima Kasih Cinta mahupun Sadis) dan ambiance middle east.

Gambar 5: Tutup mulut tu, x manis org pandang. Lap air liur yg menitik tu skali.

Gerombolan meneruskn pengembaraan di Old Trafford dan Trafford Centre. Ak lak smbunyi dlm duvet lpas baru sedar yg ak masih lg x sihat. Malam lak sambung mkn lg. Igt nk gi buffet tp knyang sgt, so ktorg split, ada gi buffet, ade gi fine dining kat Red Chilli (chinese restaurant) dgn harapan portion lbh kecil. Big Mistake.

Gambar 6: Shredded Chilli Beef + Claypot Seafood + Vegetarian Dumpling + Egg Fried Rice + Boiled Rice + 2 Orange Juice + Orange Slices = £28.80 (for 2 people). Peluang dpt member utk fine dining? Priceless.

27 Disember 2009
- Separuh drpd geng pengembaraan meneruskn perjalanan ke London. Lg 2 stay. Since arini xde ape yg diplan, so ktorg berjalan2 dgn snang lenang smbil sambung gastronomy adventure. Lunch? Rice Flamebar & Grill. Asian seafood stir fry dlm kotak chinese restaurant takeaway. Disambung dgn 3rd trip ke Arndale. Jalan kejap da mlm. Potong stim btol.

Gambar hiasan 3: Ni la Arndale yg digembar-gemburkn

Mlm sambung mkn kat Jazeera. Tmpat mkn wajib melayu Manchester. Ok since ak sndri pn blom bekfes ak xnk ltak gamba makanan da. Be grateful.

28 Disember 2009 - Awal pg lg before subuh, 2 org yg tinggal bertolak ke airport utk pulang ke Dublin. Dan skarang, pkol 9 waktu tempatan, ak tgh tulis blog sambil telan panadol, kuis2 tabung utk terus hidup dan tgk mascot tayar Michelin kat dpan cermin.

Gambar hiasan 4: x mampu berkata apa2 lg...

p/s: nasib baik jeans ak beli muat lg. skang tgh fikir occasion ape nk pakai baju2 tersebut. wait a minute, ade ke?

Sunday 20 December 2009

Edisi menyelit : kenapa sy x tgk twilight

Diambil drpd website official Stephanie Meyer
http://www.stepheniemeyer.com/twilight_faq.html#bella

What does Bella look like?

I left out a detailed description of Bella in the book so that the reader could more easily step into her shoes. However, so many people have asked this question, I have decided to tell you what she looks like to me. But I want to stress, Bella's looks are open to interpretation.

In my head, Bella is very fair-skinned, with long, straight, dark brown hair and chocolate brown eyes. Her face is heart-shaped—a wide forehead with a widow's peak, large, wide-spaced eyes, prominent cheekbones, and then a thin nose and a narrow jaw with a pointed chin. Her lips are a little out of proportion, a bit too full for her jaw line. Her eyebrows are darker than her hair and more straight than they are arched. She's five foot four inches tall, slender but not at all muscular, and weighs about 115 pounds. She has stubby fingernails because she has a nervous habit of biting them. And there's your very detailed description.

Terjumpa kat google

Itulah sebabnye sy x tgk Twilight. I rest my case

Pendedahan khas : pelajar2 oversea

Kelas dah habes. Hou yee~! Tp exam dlm mase sebulan lg. Bile otak baru nk rev up utk study, salji turun dan suhu jatuh ke -7 darjah celcius. Maka sy dgn snang hati makan utk kumpul lemak dan tdo 10 jam sehari tanpa mnghiraukn dunia luar. Xpe gemuk pn. Long coat besar. Tp nnt ble masuk spring mula la risau ble baju x muat.

Gambar hiasan : Winter coat sy tahun ni. Domo~

Hari ni kte ckp psl isu sensasi. Oh, isu2 sensasi ni mmg mnjadi kegemaran ramai. Pelajar2 Malaysia di oversea mmg terbahagi kpd pelbagai group. Kepada ibu, bapa, tok, nenek, makcik, mak lang, pak long, apek kedai gas, muthu jual putu mayam dll yg berada di kampung, bukakan mata anda terhadap pendedahan ini. Kepada pelajar2 oversea yg lain, mayb korg bleh tgk korg masuk group mane. Juga utk mmberikan sedikit in-sight kpd lepasan2 spm agar tidak culture shock dgn rakyat negara sndiri.


1. Golongan "hujan emas di negeri orang"
Golongan yg mnjadikan culture shock sbg penggerak utk mnjadi lbh funky dan mngikut peredaran negara baru mereka. Golongan ini tidak kekok utk menikmati segalanya smntara peluang di depan mata. Sebut saja ape unsur2 hedonisme yg tiada di negara sndiri ttp ada di sini, diorg mesti da try. Disco? Check. Pub? Check. Gay Club? Check. Foam Party? Check.
Lbh mmbantu apabila diorg mmg da mcm ni sejak kat negara sndiri. Mereka mungkin penghuni tetap Zouk dan Star Hill di Malaysia.
Kpd setengah org mereka kelihatan spt kacang lupakan kulit yg menginggalkn adat ketimuran, cukup utk dijadikan topik mengutuk oleh makcik2 di kampung tatkala terserempak di kedai runcit utk mmbeli santan.
Kpd sesetgh org (dan diri mereka sndiri), itu kebebasan diorg. Mereka sudah mncapai umur akil baligh dan mampu menjaga diri sndiri. Pedulikn kata org. We gonna party all night long!
Ape2 pn, biar la berpada2 enjoy tu. Bkn xleh tp biar mati adat jgn mati agama.

Gambar 1: Blindfold tu protection kalo org sblh wat move yg same.


2. Golongan "pemegang panji Kingdom of Heaven"
Ahh, golongan yg wat tok siak masjid berdekatan dgn anda tersenyum dgn hati tenang. Golongan yg mengambil culture shock sbg force utk melawan blk dan meneguhkn pendirian. Biasa berada dlm pelbagai jemaah2 yg ak sndri pn da xleh catchup name die. Time golongan 1 br blk pkol 6 pg pas all-nighter party, diorg plak br kuar utk solat subuh berjemaah. Usrah adalah medium utama perjumpaan.
Junior2, rest assured golongan ini akan mmberikan bantuan kpd anda ketika anda br smpai ke bumi yg serba asing. Kpd senior2 yg tolong ak dlu:

"Masak roti pakai ragi, baik hati tolong lagi. "


Gambar 2 : Girls just wanna have fun

Malang group ni dicemari oleh golongan yg x layak berada dlm group ni.
Unsur assabiyah adalah antara faktor2 yg merosakkn sbahagian drpd golongan2 ini. Ala, mcm politik malaysia la. Sama2 muslim tp fahaman berlainan bleh wat masam2 muka.
Dan sebahagian drpd mereka juga terpengaruh dgn bahana jumud. Oh yeah. Nk ckp ngan opposite sex? Pastikan jarak plus minus 100 meter. Lebih afdhal jika berbual dgn loudspeaker shj. Oh x bleh juga, suara wanita itu aurat. Winter/spring/summer camp? Laki pompuan lain2 tarikh sbb takut ade yg bercumbu kat tgh2 ceramah agama.
X dilupakan yg hipokrit. Dpan2 wat muke senyum manis laga2 pipi. Blakang kutuk/sumpah/fitnah/cerca masing2 mcm org xde agama.
Satu lg masalah ble ade yg ske kontrol hidup org len. Nasihat elok2, I dont mind. Tp kalo nk tegur2 kasar2, kondem2, kutuk blakang, wat baik harapkn balasan atau psyhco2, ak x rase ko cth yg baik.

Jika anda ingin mnjadi golongan ini just remember, one size doesnt fit all. Dan jauhkn diri drpd perkara2 di atas. God bless ya mate.


3. Golongan "ahli kabinet"
Ntah kenape, ble da smpai oversea, society jd byk gle. Walaupn society tu mmbawa visi dan misi yg same. Antara sbb yg dikenalpasti adalah kbnyakan org yg fly pernah ade jawatan walaupn sekadar tukang susun kerusi di skolah lame beliau. Maka dgn galaknye mereka mnubuhkn society2 yg beraneka ragam mcm kuih raya kat katalog makcik jah aidilfitri tahun hijrah yg lpas.
Dan kpd yg beruntung (dan x beruntung), mereka akan mnjadi group 3 ini. Mempraktiskn skil debat peringkat negeri dan tulis minit2 mesyuarat, mereka mnjadi golongan yg dgn lbh usaha dan dedikasi, mampu mnjadi pelapis golongan pemimpin kelak.


Gambar 3: Abg KJ tgh naik syeh, sila amati ekspresi muka mamat yg kene siku tu. Group 3 sekalian, sayangi anak buah anda.


4. Golongan "negara2 berkecuali"
Golongan berkecuali. Pedulikan komuniti2. Ak dtg cni mau blaja/enjoy. Golongan ini mmg jenis chipsmore kalo ade event ape2. Plg2 pn stakat ade number phone 2-3 org yg berada dlm komuniti besar.
Mereka memilih mnjadi begini ade beberapa sebab. Pertama mmg dr dlu diorg ni x ske join komuniti. Kedua diorg ade pngalaman/firasat buruk ngan komuniti yg diorg tgk kat tmpat diorg.
Boleh jd diorg ahli dlm group 1, ttp mustahil dlm group 2 dan 3 (for obvious reasons). Jika dlm group 1, diorg ade possibility jd "warganegara asing". Join org tmpatan lbh drpd negara sndri. Well, kate fly gi negara org. Tok se ah kecek klate doh.
Subset kpd golongan ini adalah golongan loner/anti-social. Yeah, you're reading his blog now. Blame the 1.0mbps torrent.


Sunday 13 December 2009

Gempar : Benda2 aneh di UK

Mungkin peminat2 mastika atau bermacam2 majalah mistik yg lain teruja melihat title ini. Tidak, sy bukan nk crite psl benda2 paranormal. Sy lbh rela vakum rumah drpd dok terpacak dlm bilik gelap smbil pegang kamera pastu lari x cam x cukup tanah ble nmpk cahaya putih (yg mungkin hanya flashlight tok imam tgh wat ops cegah maksiat).

Tp sy nk cter pasal benda2 yg sy iktiraf sbg pelik di bumi UK drpd sudut pandangan seorang rakyat Malaysia yg dibesarkn bersama sambal belacan, kopi cap tupai dan tarian mak yong.

Gambar 1: Die stay up marathon tgk gossip girl kot mlm tu?


1. Harga stationery yg x munasabah
Yes, benda kecil spt ini amat pnting kpd student. Tp mungkin kerana org UK gemar mencekik darah student yg dahagakan ilmu, harga stationery agak melampau di sini. Bukti di bwh:

Gambar 2 : sumber - http://www.ryman.co.uk/Ryman-Leads-Pack-of-40-05mm-2B-0805012562.asp

Lead pencil 40 batang = £2.89 = Rm16.00. Kalo beli jenama buncho kat msia, Rm16 ko bleh dapat 384 batang. Cukup utk wat supply drpd orientasi smpai grad. Satu lg cth, drawing pen 0.1mm = £2.00. Kat msia Rm2. Hilang ghairah melukis ak.

Dan oleh kerana ini juga lah, mmbawa kontena alat tulis drpd negara kelahiran anda adalah tindakan yg lbh bijak. Atau mungkin anda bleh wat bisnes? Mahasiswa msia bleh jual topup, mahasiswa UK bleh jual stationery lak.

2. Larangan pnjualan pisau etc kpd bwh 16 tahun

Menurut Criminal Justice Act, 1988. Section 141A:
It is an offence for any person to sell to a person under the age of 16 any knife, knife blade, razor blade, axe or any other article which has a blade or is sharply pointed and which is made or adapted for causing injury to the person.

Kenapa ia aneh? Pertama, cuma above 16 boleh beli benda2 simple cam gunting kertas.
Setau ak time ak darjah 1 pn gunting tu da jd peralatan wajib di sekolah. Koperasi jual rilek je. Yg lebih macho adalah pisau lipat yg nipis tu. Ak rase time tu sape ade bnda tu mmg macho abes, dan spt biase, bleh didapati di kedai2 runcit berdekatan dgn anda. Tp xde pn ak tgk ade kes pelajar mati tertikam ke ape. Plg2 ganas pn kete cikgu dpt "racing stripe" je. So ak terfikir, bdak2 UK ni potong kertas pakai ape? Pembaris? Ke diorg gigit? Hurmmm...

Kedua, somehow shopkeeper kat cni ade masalah dgn logical thinking ttg menilai umur. Kalo da jambang cam Hugh Jackman atau janggut cam Mahmoud Ahmadinejad, xkn la nk kene tunjuk ID gak kalo nk beli gunting dapur? Cmon la, xkn nk pegi kedai pn kene bwk passport? Tu la pasal ak ske shopping kat kedai pakistan. Diorg lbh bijak.


3. Kedai tutup awal

Ak sndri bkn jenis yg kuar malam. Mak ak x bg sejak kecik lg. So smpai ke cni ak terbawak2 habit tu. Eloklah. Kalo ckp psl nightlife, apa yg ada kat cni adalah nightclub, disco dan kelab gay. Xde ape yg fun bleh wat mlm2 selain drpd itu. Xde shopping midnight, xde lepak kat starbuck, xde lepak borak2 tepuk meja kat mamak smbil layan teh tarik dangdut. Since ak bkn org clubbing, mlm2 ak dipenuhi oleh usrah facebook dan tadarus lagu SOAD.

Gambar 3: Pakcik ni bisnes x malam2?

Satu lg problem adalah lambakan org mabuk di waktu mlm mmbuatkn ak x selera nk kuar jalan malam2. Masuk bas je bau arak. Kalau arak tu harum mcm Fabuloso xpe gak. Serius ak ckp, ak pening ble terbau arak. Skang br ak tau knape tokey arak kaya.

Nota Kaki: Lokasi Setarbak Kopi telah dikenalpasti berada di area Beranang - Mantin. Sumber diperoleh drpd wartawan yg menyiasat tmpat kejadian. Menurut beliau, kedai tersebut tidak pernah beroperasi. Orang2 nogori sekalian, sebarang maklumat lanjut amat dihargai.



Wednesday 2 December 2009

Netiquette : benda2 yg tidak ptt dilakukan di facebook demi kesejahteraan awam

Facebook. Bukumuka. Kegilaan remaja masa kini (dan juga mak bapak remaja tersebut). Tidak dinafikan kekerapan blogger ini sendiri membuka facebooknye lebih drpd bilangan beliau membuka fail drug toxicology beliau.



Namun keindahan fenomena facebook ini agak dicemarkan dgn manusia yg x reti menjaga ketenteraman awam dan keselamatan sendiri. Semua semata2 org x nmpak ko, ko x nmpak org. Same teori mcm driver bawak kereta macam jalan itu didaftarkan di bawah nama suami ibu mereka. Lebih2 lg dgn fungsi news feed, setiap tingkahlaku anda akan dipampangkan tanpa segan silu di homepage rakan2 anda.


Berikut adalah benda2 yg tidak ptt dilakukan di facebook (dan social site yg lain):

1. Set "who can view this album" as "everyone"
Begini. Sy x kisah anda nk tgkp gambar mcm poolshot mangga. Sy juga x kisah anda nk tangkap gambar anda ber-ehem2 dgn teman lelaki/wanita. Tp tlg la kenalpasti siapa yg ptt lihat gambar tu. Anda mungkin x kisah gambar anda dilihat rakan anda. Tp "everyone" bermaksud semua org di facebook. Sy kenal beberapa facebook stalker. Dgn sedikit putar belit (tagging cthnye), gambar anda akan dpt dilihat rakan kpd rakan anda, rakan kepada rakan kepada rakan anda dan rakan kepada rakan kepada... well u get the idea. Plg bez ble ntah sape2 tgk gambar anda. Analogi die mcm anda tgkp gamba, pastu anda fotostat dan edarkn dekat tgh2 shopping complex. Artis pn x wat camtu.

2. Mencarut/ mengeluarkan kata2 kasar
For some reason, sume segan silu manusia mmg terhakis ble xde org nmpk. Ok chill la stgh org mmg mencarut sesama mmber. Tp sy x rase anda sbg lelaki berasa selesa mencarut dpan TLC (tudung labuh club). Dan juga kaum wanita yg dah elok2 control ayu kat luar, kat dlm fb mulut cam minta dicili. Cuba bayangkn seorg yg syok kat anda, tbe2 terlihat status anda yg kurang enak dipandang. Habis jatuh saham. Berkata2 kasar di fb bagaikn mmanggil sume rakan anda di dalam dewan serbaguna, kemudian berkata2 kasar mnggunakan loudspeaker.

3. Publish gambar2 yg tidak sedap dipandang
Ok, ni agak berkait dengan point 1. Tp anda bijak anda letakkan privacy setting sbg "just friends". Malangnye pemilihan gambar anda tidak bijak. Ok sy tahu bapa anda gadaikn vespa kegemarannya utk menghantar anda ke universiti terkemuka. Anda nk tunjuk kepada sume org yg anda tgh wat kursus yg anda ingin2kn. Tp meletakkan gambar cadaver (mayat), organ2, dan segala benda2 lain lg bukanlah cara yg baik. Jika anda spt saya yg makan dpan komputer, tentu anda pnah hilang selera sbb bnda2 cani. Juga stgh org yg letak gambar injury sndri (yg fresh atau tidak dibandage dgn smpurna) pastu publish. Tlg la, xde nye awek nk kate ko macho sbb ko pnah luke gtu. Mak ko x pnah pn publish gamba die bersalin ko kat facebook. Setengah org juga meletakkn gambar tidak mmakai baju atau berpakaian tidak lengkap. Lets see apa yg mereka bangga2kn... bdan yg memerlukan rawatan intensif oleh pakar kulit? kthxbye.

4. Mempamerkan number dan email address.
Ini kesilapan yg agak slalu dilakukan tanpa sngaja. Lets face it. Spammer dan prank caller masih byk di muka bumi. Sy tahu org2 yg penah jd mangsa prank call. In fact, sy sndri pnah dpt prank call yg berunsur 18SX drpd seorang LELAKI. (of course, ak hang up ASAP dan capai bilik air yg terdekat utk proses reverse peristalsis). Kesalahan ini biasa dilakukan ble org lupe nk set utk "dont display" email address dan phone number. Tp kpd yg publish number kat wall "sy dah tukar number, sila hubungi sy di nombor...", seriously, wat r u thinking man? Anda yakin yg rakan anda x bukak facebook di tmpat umum spt cyber cafe? Anda yakin xde mata2 liar yg mmndang skrin mereka?

anda ade kenalpasti perangai yg anda x berkenan lg? sila hantarkn msg ke number 014-tekan2 x dapat. atau tulis je kat comment bwh ni.