Saturday 31 October 2009

Nasi Ayam Madu yg berjaya...

Akhirnya, tatkala malam yang sangat indah dan cahaya bulan menembusi awan-awan, terdengar ketik-ketik bunyi papan kekunci ditekan. "Wat the heck, apsal ak tulis cam novel cintan melayu ni?", kata Amirul sang blogger, tatkala dia menghentakkan kepala ke dinding seperti sudah hilang akal.

Maka tujuan dia berblog malam ini ada dua. Pertama, dia hendak stay up supaya tidak terlepas bas ke Nottingham pada jam 4.45 pagi. Kenapa begitu dini hari sekali bas itu? Biarlah itu menjadi persoalan retorik buat sementara ini. Kedua, dia hendak berlagak tanpa segan silu atas kejayaan beliau menyediakan nasi ayam madu yang sangat menyelerakan, atas penilaian beliau sendiri. Mengingatkn rakan2 serumahnya yang "hanya tolak batu dan kayu", seperti kata-kata anak muda zaman sekarang, beliau tidak mengambil inisiatif menanyakan mereka. Hanya periuk kosong menjadi saksi bisu.
Gambar 1: Kuali Tefal kepunyaan rakan serumahku. Gambar ihsan Tefal. "woi Tefal ak promote utk ko ni, bg la voucher utk ak beli periuk baru!", kata Amirul.

"Oh, aku tidak harus kedekut ilmu, aku harus berkongsi ilmu ini. Lebih-lebih lagi resipi ini bukan resipiku." kata Amirul. Maka ketikan papan kekunci semakin laju. Sebelum ini beliau hanya mnghabiskn masa melayari laman sesawang Facebook yang terlalu popular di kalangan remaja dan stalker-stalker.

Tanpa melengahkan masa, jari-jemari beliau mula menaip.

(Nota: resipi ni mengambil kira yg korg da ade basic memasak tahap x bunuh org dgn masakan korg. Jgn tanye boleh x basuh beras pakai Hydrochloric Acid 5M, perlu atau x nk kupas bawang atau camne nk turn on periuk nasi)

Nasi Ayam Madu Perantau

Bahan-bahan:

Stok Ayam
1. Ayam
2. Serai
3. Halia

Ayam Madu
1. Ayam
2. Kicap
3. Sos Tiram
4. Madu

Nasi Ayam
1. Nasi
2. Stok Ayam (lihat di atas)
3. Garam
4. Serbuk Kunyit

Sup
1. Stok Ayam (lihat di atas)
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Garam

Sayuran
1. Kobis
2. Timun
3. Tomato
4. Daun Salad

Cara-cara:

Stok Ayam:
1. Rebus ayam bersama halia dan serai. Anggarkn air supaya cukup utk dibuat memasak nasi dan utk sup. Gunakan api sederhana kecil.


2. Rebus sehingga ayam masak. Keluarkn ayam untuk diperap.

Ayam Madu
1. Perap ayam dengan kicap, sos tiram dan madu. Ketepikan selama sekurang-kurangnye 15 minit sebelum dimasak. (sementara menunggu boleh masak nasi & sup dulu)
2. Goreng ayam secara deep fry atau bakar dlm oven selama 30-45 minit dgn suhu 220-250 darjah celcius.

Nasi Ayam
1. Campur beras dengan stok ayam td. Ambil perhatian bahawa stok ayam bukanlah air semata-mata dan lebih pekat, maka anda mungkin memerlukan lebih stok berbanding air yg digunakan semasa memasak nasi biasa. (saya gunakan nisbah 2:1 utk stok:nasi)
2. Tambah secubit kunyit sebagai pewarna dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Masak nasi dengan Rice Cooker


Sup
1. Tumis bawang merah dan putih yg ditumbuk halus.
2. Selepas naik bau, masukkan stok ayam.
3. Letakkan garam secukup rasa.
4. Tambah air untuk tentukan kepekatan sup ikut kesukaan anda.
5. Masak sehingga mendidih
6. Hias dengan bawamg sup, bawang putih dan bawang goreng.


Menghidang
1. Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam, kicap, sos dan sayuran yang telah dipotong.
2. Tepuk bahu anda sambil berkata "tahniah2". Ambil masa untuk mengambil gambar supaya boleh tunjuk dekat mak (dan bakal mak mertua).
3. Basuh tangan, baca Bismillah/Grace before meal/ ittadakimasu/ etc2 dan makan.
4. BASUH PINGGAN. Oh, itu sgt penting. Jangan buang terus cam mat salleh kat flat lama ak dlu.

Penghargaan kepada Nurul Fadila Bt Amad Bistomam, tuan punya resipi.
Kepada yang belum pernah cuba, selamat mencuba. Kepada yg da pro, jangan kutuk belakang kalo ak ade wat silap. Meh cter kat comment, bagitau part mane yg bleh improve. X baik kedekut ilmu, Tuhan marah.

Oh, jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Masih ada 3 jam untuk Amirul berjaga. Lagu DBSK - White Lies ini memang tidak membantu. "Zzzz...", Amirul berkata sambil kepalanya lentuk ke atas kekunci Z di atas komputer ribanya.

Tuesday 20 October 2009

Bilik anak bujang jomblo

Arini kepala ak agak blur. Ye sebenarnye setiap hari pn blur. Tp arini lebih sket. Time kelas td ak tbe2 terpikir ape jd kalo ade UFO dtg kidnap lecturer ak. Mungkin kelas akan tamat lebih awal.

Semua ini berlaku sbb hujan yg mengejut di kota manchester telah membekukan otak ak seperti daging lembu dari New Zealand yg boleh didapati di pasaraya Giant (peneraju harga terendah) yg terdekat dgn anda. Mula2 ak igt nk tulis blog ak pakai pen dan kertas, sperti yg terlihat di video di bawah:


What do you mean it's not awesome?

Dan bile ak sedar blogspot adalah sebuah servis online, ak mula kembali waras.

Oh btw y'all, arini ak nk cter pasal bilik ak. Yang ak da rasmikan dlm sebulan lepas. Ha, ni pendedahan khas ni. Even mak ak pn x tgk lg ha. Korg digalakkan berasa kagum. Tahniah2.

Umah ak yg ade 5 bilik tdo tp cume ade 4 penghuni ni merupakan hasil penat lelah ktorg berempat mencari separa mati semasa 1st year. Setelah pelbagai kontroversi suam2 kuku ala Sharifah Aini mngutuk Siti Nurhaliza yg kami lalui, akhirnye dpt jugak kami tmpat utk berteduh drpd cuaca Manchester yg nyaman dan sepoi2 bahasa... lah sgt.


Gambar 1: Tangga ke Kerajaan Langit Ayah Pin

Selangkah masuk ke rumah ktorg, 22 Rusholme Place, anda akan nmpk tangga yg tidaklah setinggi tangga Batu Caves, namun cukup hebat utk wat ak tpakse exercise pagi2. (Lantai bawah adalah keras walaupn disaluti karpet, so berguling adalah tidak dinasihatkan). Tingkat bawah menempatkn 2 bilik tdo, dapur dan ruang tamu.

Gambar 2: Pintu bilik yg yg agak boring utk taste I. Mungkin kayu yg lbh sesuai adalah kulit kayu manis.

Pintu di gambar 2 mmpunyai lapisan fireproof yg boleh tahan selama 30 minit. So ak smpat la bukak facebook, minum teh dan print nota utk esok sblom ak terjun keluar tingkap. Namun jika x boleh keluar atas sbb2 trtentu, ak ade 30 minit utk bertaubat. Pintu ini juga berfungsi sbg dumbell kerana beratnya yg cukup utk mnyeksa biceps dan triceps ak.

Gambar 3: Katil DOUBLE, Pintu Suka Hati , laci yg ade Mesin Cahaya Masa dan radiator utk nuclear powerplant yg dicuri drpd sisa2 di Chernobyl.

Maafkn pemilihan warna yg sgt bosan. Diingatkn ini adalah rumah sewa. Sebarang kerja mengecat adalah dilarang. Lgpn ok wat putih, drpd die letak belang2 jingga dgn hijau beserta tompok2 pink? Ak bkn nak wat nursery. Oh, dan katil double tersebut adalah penjenayah utama yg mnyebabkn ak TERlepas beberapa sesi kelas Drug Toxicity pd pkol 9 pg. Duvet 10.5 tog itu bagaikan Batu Belah Batu Bertangkup tatkala ak tgh kempunan nk cuti.


Gambar 4, dan 5: Meja study (yg tidak digunakan utk study) dan rak buku (utk mmperagakan buku supaya pengunjung dpt false impression yg blogger adalah seorg yg rajin)

Demi mmberikan nuansa serba romantis dan sentimental, ak tgkp gamba 4 dan 5 hanya disinari lampu GRÖNÖ yg dibeli khas dr Ikea Manchester. Kpd mamat/minah swedish yg design benda tu, ak kirim salam syg. Meja yg disusun atur utk mnghadap tingkap ini mmbantu ak utk mengelamun dan mengusha minah salleh kat blakang umah. Blonde tu beb. Ak tau korg tgh amek teropong dan binokular. Ye saya sdg bercakap dgn anda.


Gambar 6: Lampu GRÖNÖ. £4.99 hanya di Ikea. Sesuai dipasang utk melayan syahdu dan mnyilaukan mata.

Oh, kerana saya seorang yg sayangkan alam sekitar dan slalu trharu ketika mendengar lagu Michael Jackson - Heal The World, sy telah mnyahut seruan Greenpeace utk menanam pokok di dalam bilik saya. Oleh kerana di sini tiada pokok durian mahupun pokok buah naga, sy mmilih utk menanam bunga2 dan kaktus sahaja. So kre ade la sumber oksigen tatkala ak tgh dok bilik. Jika bapa saya, pesara Jabatan Pertanian tgk, tentu beliau berasa amat bangga seraya berkata "Dah besar anak bapak".


Gambar 7: Kaktus2 yg comel. Kotak coklat diletakkan di blkg utk mnghalang kanak2 kecil.

Gambar 8 dan 9: Pokok bunga Kalanchoe blossfeldiana (sila terbelit lidah) dan ros merah (yg ak gunakan utk wat sirap ros)

Akhir sekali, bilik mane yg tiada hiburan? Demi memenuhi nafsu muda mudi yg inginkn Rentak Muzik Terkini yg Lebih Hangat Daripada Biasa, laptop yg telah menemani kesunyian hidupku tatkala 1st year mnjadi centre of attraction di bilik I.

Gambar 10: Asus G1sn, main culprit ak malas nk keluar bilik. Oh, Altec Lansing VS4221 dan Buffalo 1 TeraByte tu, jgn nk wat muke innocent. (sila klik gambar trsebut utk mlihat wallpaper yg dipilih khas utk post kali ini)

Terima kasih kpd pintu yg diberitahu di atas, sy dapat melalak dan menari lagu 4U2C tanpa mnganggu housemate. Sy berckp ttg video ini. (Credits kpd Saudara Hatim yg mnjumpainya)


So ape pndapat anda? Cozy x bilik I? Walaupn tidak mndapat sentuhan Eric Leong mahupn krew Deko Idaman, bilik ni mmg berjaya mmbuatkn ak xleh kuar slain utk makan, mandi dan pegi kelas.

OK, da malam. Berjumpa lg di post akan dtg. Maaflah Joe. Mlm ni Fiona sibuk, Fiona kena belajar.

p/s: Slamat mngkomen. Oh, dan pintu putih itu bukan pintu bilik, kerana pintu bilik berwarna coklat. I told u, itu Pintu Suka Hati. Jgn melawan ckp org tua.

Tuesday 13 October 2009

Aidilfitri seorang perantau. (Edisi ketinggalan zaman)

Maka aku yg pemalas nk update blog ni bermula la lagi skali mengarut. Haiyo, nk blogging pn malas, ni pn saje nk cari alasan xnk study arini.

So sambil melangsaikan hutang bil air dgn United Utilities, mari ak story sket sbyk pasal cane ak sambut raya kat cni. Sbb raya sebulan, so tanpa segan silu ak bukak topik yg berhabuk smpai tahap kene sapu pakai bulu ayam atau org kampung saya panggil feather duster.



Raya kat tmpat muka bumi Manchester ni pelik sket. Tak macam kat Malaysia. Semangat ttp ade, walaupn xde la smpai nk wat meriam buluh (dan hilang 3-4 jari dlm proses), tukar langsir dan sofa dan perabot (pastu smpai syawal tahun depan blom tentu abes bayar) dan buat kuih raya macam nk bg makan seluruh negara anggota NAM. Da name student. Tp yg bestnye ble ade yg rajin nk wat open house. Kadang2 student wat. Tp lg masyuk ble postgrad student yg da ade anak bini (atau anak suami) wat. Aku? Tukang makan la. Kat umah pn seumur hidup x penah wat open house.

Gambar 1: Suasana di sebuah open house di daerah Old Trafford (bkn dalam stadium, alex ferguson sambut xmas, bkn raya).

Gambar 2: Suasana di sebuah open house di sebuah rumah student di Rusholme. Sweet and simple gtu. Cheewah.

So dgn pengangkutan yg terhad dan kebergantungan kpd ajakan senior, dpt la gak ak gi 3 open house kat Old Trafford dan 2 kat Rusholme (kpd penghuni umah 28 Rusholme Plc, korg masak mmg sdap). Dan x dilupa, MCOT (sebuah perbadanan pelajar2 melayu kat manchester) pon ada wat open house.

Gambar 3: Open House Mcot. Sume tgh lapar dan x sabar nk tunggu makan

Gambar 4: Ni la namanye makan smpai mak mertua lalu sebelah pn x prasan

Gambar 5: Pelajar2 Manchester yg hadir ke jamuan Mcot hari tu. Ramai lg Malaysian kat cni, ni baru sbahagian kecik. Aiyoh, ni pn da cukup nk wat riot kat tgh bandar.

Gambar 3, 4 dan 5 adalah ihsan ikhlas saudara Dzul Najmi Sirozi. Lawati flickr beliau di http://www.flickr.com/photos/betul2_bosan/

Ini la adat org melayu smbut raya. Baju cantik2, makan sdap2, berjumpa2 sesama sahabat handai (dan bg yg bertuah, saudara mara). Tp bagaimana org Manchester sndri mnyambut aidilfitri?

Start 2nd year ni ak dok area Rusholme. Sebuah daerah kecil dlm Manchester yg femes dgn gelaran Curry Mile. Cni majority pnduduk adalah South Asian. (Belah2 pakistan, india, etc). So cni mmg ramai muslim.

Time raya kat KL jalan lengang kan? Time raya kat Rusholme sbaliknye. Traffic jam setiap malam selama 3 mlm berturut2. Diorg ni ske berarak time raya. Yg stakat berarak tu ok lg. Yg sewa kereta mahal2 (lamborghini, etc), telan arak, buat bising pakai trompet dan buat benda2 bahaya ni yg wat ak rase nk bantai sekor2. Tp sbb diorg lg besar dr ak, so ak batalkn la niat separa suci murni tersebut. Nasib baik ada polis jage kat cni. Dalam selang 100 meter akan ade 2 org jd pak pacak. X pasal2 diorg pn kene tgk anak bulan gak sbb nk plan ble nk wat patrol.

Gambar 6,7 dan 8: Kesibukan kota raya Rusholme pada malam raya ke-3. Mat salleh berpakaian spt polis itu tidak lain tidak bukan adalah polis.


Ha, utk menambahkn pening kepala kami rakyat2 malaysia, di park berdekatan juga ada Funfair smpena raya. Ha, jgn tergezut. Igt kat taman perumahan korg je ade funfair? Cni ade gak u~

Gambar 9: Poster funfair di Whitworth Park. Sila ambil perhatian pada frasa "HAPPY EID FESTIVAL" dan tarikh funfair tersebut beroperasi. (hari2 terakhir Ramadhan dan minggu pertama Syawal)

Gambar 10: Sgt meriah kan sinaran neon ini?

Gambar 11: Blogger mengambil gambar di tgh2 funfair. Ye ar, kecik2 dlu mak x bg pegi.

So ape pndapat anda ttg funfair tersebut? Ia menambahkn aura2 kemeriahan syawal yg agak twisted. Tp ak x naik satu ride pn. Satu ride £0.99 (mengikut tukaran smasa, RM5.40). Ape ko igt mak ak Queen Elizabeth ke?

So settle la kisah raya di Manchester. Pelik, menarik dan tak terlalu terikat dgn budaya melayu. Ada hikmah la gak beraya kat negara orang. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin kalo ade tersilap dan terkasar bahasa atau sape2 yg trsinggung dgn post2 sblom ni dan yg akan dtg. Kosong2 ye~

p/s: sape2 nk masukkn duit raya, sila transfer ke akaun Lloyds TSB, number account: 23998860, sort code: 30-95-42. Terima kasih.