Monday 20 December 2010

Kenapa saya suka koc wanita?

Kepada pengguna setia KTM komuter anda tentu tahu kewujudan koc wanita kan? Kewujudan koc wanita ni lebih glamour sebagai penguji mentaliti pengguna KTM berbanding untuk mengurangkan kes geli-geleman. Tak percaya? Tengok berapa banyak berita muka lelaki kena censored sebab masuk koc wanita. Atau dengar saja kisah seram rakan lelaki anda yang tak sengaja termasuk koc wanita.


Gambar 1: To all those ladies that hate the colour pink, banyakkan bersabar.

Dari luar mungkin pengaplikasian koc wanita itu bercorak seksis dan diskriminasi kepada golongan adam (tu dia ayat B.Melayu Kertas 2 SPM). Tapi jika anda pengguna KTM komuter yang agak kerap, anda akan merasakan yang koc wanita is a win-win situation. Kenapa?

1. Kurangnya kesesakan di koc biasa

Bila ada koc wanita, semua wanita, yang merasakan diri mereka ada peluang diapa-apakan akan memasuki koc tersebut tanpa peduli sesaknya koc tersebut. Kemudian, golongan ibu yang membawa anak, Kemudian, warga emas wanita. Dengan ini, yang tinggal hanyalah golongan lelaki remaja dan dewasa, yang mungkin paling banyak pun merangkumi 40-50% daripada total pengguna komuter. Dan bilangan koc biasa melebihi koc wanita. Its not rocket science. Math sekolah rendah pun cukup for you to get the idea.

2. Kurangnya kanak-kanak yang memekak
Siemens UK buat survey kepada 6 juta penduduk Britain tentang top 20 bunyi paling annoying. So apa kata surveyyy???


NUMBER 1 - SCREAMING CHILDREN

sumber: http://www.hearingaidforums.com/showthread.php?t=105

Gambar 2 : I feel ya

Macam yang saya cakap tadi, ibu-ibu yang bawak anak akan masuk koc wanita. Dan mungkin yang bapak ikut pun, ada false impression yang kanak-kanak lebih selamat dalam crowd wanita daripada crowd lelaki. So mungkin bapak masuk koc biasa sorang-sorang. The result? Tiada kanak-kanak dalam koc biasa. Keamanan telinga.

3. Kurangnya keperluan untuk menjadi orang mulia
Listkan golongan mereka yang harus diutamakan tempat duduk: warga emas, OKU, kanak-kanak, wanita mengandung, wanita yang membawa anak kecil, wanita yang baru balik pasar, wanita yang baya-baya mak kita, wanita yang cun sebab nak ambik hati. Sekarang tolak golongan wanita dan kanak-kanak sebab mereka dah ada di koc wanita. Selagi tiada golongan yang tinggal (yang possibility jumpa agak rendah), seat memang jadi free for all. Have fun.

4. Kurangnya peluang terbatal wudhu' (untuk yang muslim)
Dengan semakin kurangnya kain yang dipakai wanita zaman sekarang, peluang tergesel kulit ke kulit tu memang amat tinggi. Ape ko ingat pompuan aje ke yang nak kena make up balik lepas ambil wudhu?

5. Kurangnya peluang kantoi dengan awek ketika anda curang.
Couple memang kena duduk koc biasa. Now, bayangkan anda tengah dating dengan spare part anda. Anda kena duduk di koc biasa. Bayangkan awek anda juga keluar dengan kawan-kawan wanita/mak/ adik kecik dia. Tentu dia duduk koc wanita. So tidaklah terserempak dan kantoi. Tapi jika awek anda keluar dengan ahli keluarga lelaki, pandai-pandai la cabut lari. Tapi jika dia pun keluar dengan spare part dia, er well...

So my peeps! Jangan risau dengan koc wanita. Only break the rules if they don't benefit you. This time, it benefits us, way more than you'd think!

Tapi ingat wahai Keretapi Tanah Melayu Berhad. Mewujudkan koc wanita macam mengubati AIDS dengan panadol. Buat la koc wanita, koc opah, koc kucing parsi sekalipun, kalau dah tren yang patut 15 minit sekali datang 1 jam sekali, tak guna juga.

Abang yang selalu bersesak ke Mid naik komuter,
Amirul Afiq

Monday 6 December 2010

Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia

Saya dan pagi weekend bukanlah rakan baik. Selalunya bangun-bangun sudah tengah hari, dan sarapan cuma sempat makan dalam mimpi. Tapi pagi ni datang seru untuk menjadi rajin.

Seminggu lepas ternampak signboard tulis pasal Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia. Daripada duduk termenung sehingga menyerupai ikan termenung, baik juga kalau pergi melihat apa yang ada di sana. Malam tu mula lah panik nak cari battery spare, charge battery, siapkan barang bagai (tiba-tiba jumpa battery charger dalam almari sependa baju bergantung, get organized Amirul T-T).

Maka selepas menerima taklimat keselamatan, saya pun bergerak lah ke arah dataran merdeka seawal 8 pagi. Sebab pergi seorang diri, serius terasa sangat berdedikasi. Too bad masih belum ada bakal mak mertua untuk di-impress. Siapa-siapa mahu jadi boleh apply. Intake December dibuka sekarang. Bukan apa tak mahu ajak, takut nanti you all's tak tahan panas. Rosak skin complexion I tell you. See, I tetap sayang korang. Dah jangan merajuk. Nanti I belanja eskrem traffic light.

Jalan pegi dataran merdeka, tengok ramai orang berbaju kalerful di merata-rata tempat. Ni apasal semua dah tapau roti canai sambil layan teh ni. Takkan event da abes omaigod. Dengan degup jantung kencang saya terus up sket kelajuan berjalan. Sampai-sampai nampak ini

Gambar 1: Sekali tengok macam funfair pun ada.

Fuh, nasib baik belum start pun lagi. Sekali tengok ramai gila orang daaa. Ok VIP belum sampai (as usual lah). Sempat cari spot. Maka bergeraklah seorang budak comel dengan rambut David Beckham Arumugam ditutup topi dan memakai baju putih lengan panjang sambil memikul bagpack, menyusur di celah-celah khalayak ramai.


Ok patut lah ramai 15,333 orang penari. Ini sebuah acara REMPUHAN REKOD (aka record breaking, sila jangan gelak). Semua pakai baju macam baru lepas pakai Breeze Colour you, kotoran pun hilang, warna lebih bersinar.

Dalam 10-15 minit lepas sampai, VIP kita Datin Rosmah denga Dato' Ng Yen Yen. Ok, tak kisahlah berapa ramai orang tak suka beliau, tapi bila beliau muncul, semua orang nak tangkap gambar beliau macam nak tangkap gambar Britney. Tak percaya, berikut merupakan percubaan saya menangkap gambar beliau:

1st Take : Berebut macam nak beli karipap dekat kantin sekolah rendah

2nd Take: Dapat belakang je. Tekanan!

Ok Amirul Afiq, ingat pesan pakguard depan taman, orang tekun mesti berjaya. So sabar, tunggu time Negaraku. So sebagai seorang yang sangat tak patriotik, saya dapat gambar ini:

3rd 4th 5th Entah ke berapa entah Take: Sekali dengan Dato Ng Yen Yen. Hambik ko puas hati aku.

Ok, enough with VIPs. Mari kita story pasal the event itself. 15,333 orang menari dengan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Tak lah sampai full dance dengan kostum-kostum macam persembahan budaya. Ni lebih kepada senamrobik bercorak tarian melayu. Sangat kreatif. Sila bagi pengiktirafan Dato' kepada tuan punya idea ini.

Tarian dia memang nampak simple, tapi bila beribu-ribu lemon orang buat serentak dengan penuh dedikasi, menyertai dan menganjurkan tidaklah semudah yang disangkakan. Kudos.

Gambar 2: Definisi sebenar beribu-ribu lemon


Gambar 3: Chinese Dance.

Gambar 4: Joget kak joget!





(p/s: sori video tak cun. rumah I pakai berukband biasa-biasa je. nak tengok HD datang rumah I, jangan lupa bawa satu barrel KFC sebagai pengeras)

Selepas habis berdansa, adalah cabutan bertuah dan persembahan. Oleh kerana ini event 1Malaysia, penyanyi mesti multicultural. So kita ada this fella from Malaysian Idol. Siapa-siapa kenal tolong bagitau. Lupa dah nama dia. Ini leng cai nyanyi versi cina lagu JYP - Honey dan Peterpan - Mungkin Nanti (dalam bahasa asal). Its ok Ariel peterpan, sekurang-kurangnya lagu anda masih diminati.


Lepas tu this Indian singer daripada realiti TV mana entah. Dia nyanyi lagu sendiri so I tak ingat tajuk dia. Bila dia nyanyi lagu tamil rentak-rentak upbeat semua pakat nak join menari. Nasib tak runtuh stage you. Dua kali ada lelaki naik stage bagi bunga. Sila jeles.



Then you have this singer, jeng jeng jeng. Amylea AF3. Dia nyanyi Justin Bieber - Baby dan Aku Sindarela (See, jangan ingat aku tak sokong industri muzik tempatan). Ada satu lagu baru lagi. Lupa tajuk lagi. Aih daya ingatan saya memang setanding ikan emas. Tapi memang priceless ah dapat duduk atas stage tangkap gambar artis sampai beliau kena jaga step dance untuk tak terpijak anda.


Dalam pukul 11.30 gitu cuma tinggal cabuatan bertuah. So apa lagi angkat kaki blah. Sampai rumah terkam nasi goreng lebihan sarapan (tak sempat sarapan sebelum pergi). Then pengsan berjam-jam sambil tersenyum. So, bila nak pergi event lagi ni?

Salam 1Malaysia
Abang teruk kena sunburn,
Amirul Afiq

Tuesday 12 October 2010

Tips Pengurusan Wang Berhemah

Bak kata pepatah, money can't buy you love. But love can make you lose (a lot of) money. Agak effort memulakan esei dengan peribahasa. Teacher english I masa SPM dulu kata kalau letak idiom dalam essay dapat markah ekstra.

Ok, tadi sedikit sebanyak buat belanjawan dan list hutang. Oh saya mengaku ia lebih sukar daripada belajar buat nasi goreng pattaya. Dan sebab itu jugalah saya tidak mengambil akaun dan kursus-kursus yang sewaktu dengannya. Itu lah dulu kecil-kecil kawan masuk kelas mental arithmetic tak nak join sebab nak tengok Istana Takeshi.

Tapi bila start mengira, dengan bantuan sempoa 3-4 papan, mula terasa pengurusan wang sendiri kurang bijak. Patutlah tak pernah nak merasa kaya. So dengan semangat Donald Trump dalam diri, mari kita perkenalkan beberapa tips pengurusan wang berhemah.

1. Jika anda ada duit, tidak bermakna anda perlu gunakan semuanya.

Gambar 1: Tergamakkah anda memecahkan ba.. khinzir secomel ini?

Ok, anda dapat elaun bulanan Rm100++. Belum kira elaun "ayah nak duit beli buku" dan elaun "mak nak pergi pasar malam kejap". Atau anda memang ada income yang steady, freshgrad baru dapat kerja dengan sebuah syarikat projek juta-juta. Dalam akaun bank anda ada sejumlah wang yang nampak sangat menyelerakan.

Tapi ingat, menghabiskan semua duit dalam akaun anda bukanlah matlamat yang baik. Ok, fine, anda memang banyak duit. Tapi pernahkan anda yakin bahawa esok anda mungkin perlukan duit itu? Mungkin tiba-tiba nenek anda perlukan wang untuk kenduri kahwin beliau yang ke-14? Atau hamster kesayangan anda diculik dan anda perlu membayar wang tebusan?

Simpanlah reasonable amount dalam bank anda. Tapi janganlah sampai semua anda simpan. Kerana gelaran Haji yang paling mudah diperolehi ialah Haji Bakhil.

2. Jika kawan anda ada sesuatu, tidak bermakna anda perlu ada juga.

Ya, kawan anda baru sahaja membelanjakan sebulan gaji untuk iPhone 4. Dan makhluk takabbur itu memang gemar menunjuk-nunjuk. Seolah-olah iPhone tersebut menggunakan bateri solar dan perlu didedahkan ke persekitaran untuk recharge.

Gambar 2: Jika ini iPhone kawan anda, sila kenalkan dia kepada saya. Saya mahu kahwin dengan anak beliau.

Tapi ingat, jangan terperangkap dalam dakyah konsumerisme dan kapitalisme. Fikirkan adakah ianya keperluan sebelum bertindak membeli sebuah 12 biji iphone untuk menyaingi kawan anda. Dan satu kata pujangga yang saya cipta, "Bragging rights is not a necessity". (Ok, teacher, dah 2 idiom dah). Jika anda perlukan phone hanya untuk telefon ibunda di rumah, message awek dan bermain game Snake, nokia 3310 (AKA tiga-tiga-sekupang) sudah cukup untuk anda.

Dan sentiasa ingat, prioritize. Mercedes sebiji tidak lebih penting daripada makanan berkhasiat 3 kali sehari. Biarkan kawan anda makan maggi dan tak kahwin-kahwin sampai tua kerana habis duit membela kereta, sementara anda makan malam romantis bersama isteri anda di rumah. Take that, sucker!

3. Jika anda seorang dermawan, tak semestinya anda perlu menderma kepada semua orang.

Sentiasa berhati-hati dengan hutang. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibayar body dibawa mati.

Ingat, jika memberi hutang, pastikan si peminjam seorang yang mempunyai kredibiliti dan integriti selaras wawasan 1Malaysia. Jika anda tahu dia memang jenis janji nak bayar esok, tapi sampai alaf depan habuk pun tarak, tak payahlah anda berhati mulia. Learn to say NO. Dan kalau makhluk ini kata anda kedekut dan tak mau kawan, biarkan. Tak habis punya orang nak dibuat kawan dekat mukabumi ini.

Dan jika memberi hutang, pastikan anda merekod segala urusniaga dengan jelas dan dapatkan saksi sekali. Bukan apa, kita fikir baik lah, manalah tahu anda dua-dua terlupa pasal detail-detail hutang tu. Kalau anda jumpa raja putar belit alam tu lain lah cerita.

Gambar 3: Rekod itu penting, lebih-lebih lagi jika anda meminjamkan wang kepada superhero yang hilang setiap kali selesai mengalahkan raksasa.

4. Jika anda ingin berseronok, tidak semestinya anda perlu berbelanja sewenang-wenangnya untuk merasa puas.

Benar, banyak cara untuk bersuka ria dengan menggunakan wang. Tengok wayang perlu wang, pergi taman tema perlu wang, makan besar perlu wang. Cis, sedangkan menakutkan diri sendiri (dengan roller coaster dan filem seram) juga memerlukan wang. Manusia memang bijak mencipta cara menghabiskan duit spesis sendiri.

Tapi belajar berpada-pada. Tak semestinya anda mesti makan Haagen Dasz setiap kali mengidam aiskrim. Tak semestinya tengok wayang mesti tengok 3D. Tak semestinya nak melancong kena pergi Mauritius. Look at it this way, nikmati pelbagai variety keseronokan yang berpatutan daripada menghabiskan segala fulus pada satu keseronokan yang mahal. Fokus pada menikmati apa yang ada, daripada apa yang ada untuk dinikmati.

Dan jika anda lebih kedekut tahi hidung masin bijak, pergi bersuka ria di tempat yang tak payah bayar. Berjalan-jalan di taman agak seronok jika anda tahu caranya. Bermain alat permainan kanak-kanak juga merupakan idea yang bernas. Cuma pastikan anda tidak over jika anda tidak mahu dipandang serong.

Gambar 4: Contoh orang yang akan dipandang serong

4. Jika anda ingin melabur, ingatlah bahawa duit tidak jatuh dari langit.

Bila duit dah mula nak stabil, tentu terdetik dalam hati nak melabur. Ye lah siapa tak mahu duit kopi mahupun duit teh dan duit neslo. Sekarang dah banyak skim-skim pelaburan. Tapi berhati-hati, bukan anda seorang yang gemarkan duit. Penipu juga gemarkan duit, lebih-lebih lagi duit anda.

Gambar 5: Walaupun bersuara mantap, beliau juga tidak terlepas.


Malas lah nak cerita pasal skim cepat kaya, MLM, skim piramid mesir purba atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Benda ni dah lapuk, tapi bilangan orang kena tipu tak pernah kurang. So nasihat ni ditujukan bukan kepada orang yang ingin menjebakkan diri sendiri, tapi kepada orang yang sibuk promo untuk skim masing-masing. *cough*...

Eh jijiklah tengok kau pegang duit tebal-tebal lepastu main tangkap-tangkap gambar depan kereta mahal lepas tu post dekat facebook dan tag orang. Lepas tu buat slogan-slogan sengal macam "Jangan cari duit, biarkan duit datang kepada kita" atau "saya kerja makan gaji tak pernah kaya, main skim ni terus ada ferrari 3 biji". Kalau kau kaya sangat apasal ko rajin sangat jaja diri nak promo? Blah la kalau kau kata nak bagi orang lain kaya jugak.

*cough*... sori ter-emo sedikit. Tapi macam apa yang saya kata tadi, duit ada sumber. Dan kepada yang ambil peduli, tak semua sumber itu bersih dan suci murni macam minyak masak seri murni. Bila duit keluar dilabur, mesti ada kontrak dan huruf kecil-kecil yang memerlukan kanta pembesar untuk baca. Baca betul-betul jangan main hantam keromo saja. Tak pasal-pasal anda sign kontrak suruh anda jadi badut sarkas tak ke haru biru?

Dan kepada yang buat pelaburan untuk diri sendiri, beli benda mahal dengan tujuan konon-konon boleh buat duit pakai tu, sentiasa jujur dengan diri anda. Kalau memang benda tu guilty pleasure atau beli lepas tu simpan dekat stor buat pusat pengumpulan habuk, sila mengaku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan dan batalkan niat tak berapa suci anda.

Kesimpulan
Kalau cakap pasal duit memang boleh cakap panjang lebar. Ahli Parlimen pun boleh tertidur time belanjawan dibentangkan. So saya sudahi dengan contoh cara paling tak berhemah untuk membelanjakan wang, didemonstrasi oleh encik obama.






Abang yang tengah makan maggi asam laksa,
Amirul Afiq


Friday 1 October 2010

Happy Birthday Mama

30 september (Tahun dirahsiakan. Pompuan sensitif dengan tahun lahir nih) merupakan hari lahir the number one lady in my life forever, bondaku. Syahdu hari ni lagi sekali tak boleh bangun pagi dengan air liur basi di mulut, terus melawat mak dekat dapur yang tengah basuh kangkung untuk wish happy birthday. Biasanya ibu akan jawab terima kasih, lepas tu terus sambung dengan sound suruh mandi sebab dah tengahari. Memang bujang gila.

Ibu saya tak kisah pasal birthday-birthday. Dia tak mintak perfume CK, sama ada Calvin Klein mahupun Cik Kiah. Dia tak mintak handbag Prada, cap Prada Rantau Panjang pun dia tak mintak. Keluar makan dekat restoran pun dia tak pernah mintak. Bila aku kata nak bagi handbag pun, dia kata dia dah ada banyak (walaupun dah putus sana sini).

Bila-bila masa ibu saya bagi hint nak sesuatu, bila ada can saya try cari. Selagi ada dana nak dikeluarkan time tu. Dan sebab bank asyik overdraf, selalu boleh cater untuk benda kecil-kecil je. Bila ibu kata teringin hand mixer mulut mula ternganga. Nasib baik hint tu ditujukan kepada my sis. Kalau tak, mungkin dah ada Along simbah cat merah dekat depan bilik saya. When someone is so precious, giving a gift once per year is so cheapskate hokeyh? (Sila vote saya untuk anugerah anak mithali)

Tapi nak bagi hadiah dekat my mum kena surprise, sebab saya sebagai orang yang belum ada gaji memang dia susah nak ambil apa-apa hadiah dari saya. Pusing-pusing jadi die yang bagi dekat saya. Dan kalau bagi hadiah surprise pun dia akan offer nak bayar balik. That's my mum for ya. So kepada anak-anak dia yang dah ada gaji tu, selalu-selalu la dengar cue apa yang dia nak okei?

Sedikit tentang beliau. My mum is both tomboyish and girly depending on the situation. Silap besar la kalau nak mengadu nangis-nangis dengan dia. Dia tak layan, and instead give a smack to your head (fortunately, metaphorically) to pull yourself together. Choice drama pun dah makin ganas sekarang. Dulu tengok mamat korea jambu rambut perang bercinta di dalam salji. Sekarang tengok drama Thai bunuh-bunuh.

Tapi bila time lain, she's just your sweet lady of the house. Channel faveret, Asian Food Channel (berjangkit kepada/dari saya). Walaupun selalu tension banyak kerja, masakan beliau tetap tiptop. Asam pedas dia, memang boleh buat bisnes juta-juta wa cakap lu. Walaupun dia tak makan pun sebab dia anti rasa hanyir ikan. Bila sis ada event, dia yang laju tolong setup-kan mekap, jewellery dan handbag. Bila fashion sense saya kelihatan agak so-last-week, dia akan sound dulu.

Just so you know Mum, walaupun saya tak tau anda akan baca ke tidak. Afiq minta maaf kalau tertinggi suara, emosi tak tentu pasal atau ada sebarang kata-kata yang cakap tak serupa bikin. Semoga terus panjang umur dalam keberkatan dan murah rezeki dan maintain vogue. Dan jangan malas pergi klinik! =(

I dedicate lagu budak hitam ensem ni spesel for u mum. Enjoy.



p/s: Sori tak letak gambar beliau. Dia ni camera shy, tak suka publisiti murahan. Nak gambar dia kena mintak dekat manager dia dulu.

Monday 27 September 2010

Kajian kes: Fantasi tentang lelaki

Media hiburan sekarang dipenuhi dengan pandangan pelik tentang lelaki. Fiksyen sibuk menunjukkan lelaki-lelaki perfect macam boleh jumpa merayau-rayau di pasar malam beli keropok lekor. Ya, ini bukan lelaki "baik", tetapi lelaki "perfect" di pandangan mata pengarang dan penulis skrip.
Kepada pembaca novel Senjakala, Cinta Baru dan Gerhana, take note of this!

Dibiarkan begitu sahaja, gadis-gadis baru mumaiyiz mula mendapat tanggapan aneh tentang lelaki dalam hidup mereka. Pastu bila dah clash sekali mula jadi sexist dan benci lelaki. Atau percaya kata-kata manis sampai tinggal anak dekat Baby Hatch. Kalau tak pun lelaki realiti akan diiktiraf sebagai "tak menepati standard" walhal standard itu tidak relevan sama sekali.

Jadi sebagai pejuang nasib pria-pria dan jejaka-jejaka kacak bergaya (cheewah), mari kita lihat sedikit sebanyak tentang ciri-ciri konon-konon "perfect" yang menjadi kegilaan ramai ini.

1. Tiada Life
Ya, lelaki yang "perfect" ini seolah-olah tiada life. Tiada komitmen lain selain wanita yang dicintai. Dan jika ada pun, komitmen ini boleh ditinggalkan dengan sekelip mata. Awek mengidam nak makan gulai tempoyak? Tinggalkan meeting projek juta-juta di tempat kerja anda! Mata awek masuk habuk? Tinggalkan pesakit yang anda tengah separuh mati di wad kecemasan!

2. Tiada ahli keluarga
Siapakah yang sentiasa berada bersama seorang lelaki dalam kehidupan seharian? Keluarga. Siapa wanita paling utama dalam hidup lelaki? Ibu mereka (at least for me, saya tidak derhaka). Siapa yang selalu jadi watak jahat dalam drama? Ahli keluarga lelaki. (Peh, plot tipikal)

Penyelesaian? Hapuskan mereka.

Lelaki "perfect" biasanya anak yatim piatu, tinggal jauh dengan keluarga (termasuk planet lain), ada masalah komunikasi dengan ahli keluarga, atau dilahirkan dari buluh betung. Jadi lelaki tersebut tak perlu nak buat pilihan yang tidak menyebelahi awek tersebut. Tak payah berebut balik kampung. Tak payah jealous mak mertua dapat kain buat baju lagi vogue dan bling-bling dari anda.

3. Sentiasa kelihatan smart tanpa mengira waktu
Lelaki-lelaki perfect ini seolah-olah tidak mempunyai baju yang lebih sempoi. Tak boleh pakai singlet dan seluar pendek sambil garu-garu perut. Yes hero drama korea I'm talking to you. Mereka sentiasa berpakaian smart (tuxedo, blazer, tie) walaupun untuk siang ikan bilis. Sindrom ini dah makin menular di kalangan drama asia tenggara juga.


Sebab saya cool dan kahwin dengan Posh Spice, saya main bola pakai tuxedo. Kalau kahwin dengan Normala Shamsuddin tentu saya main bola pakai baju melayu bersama tengkolok.

Mungkin mereka ada peralatan dry cleaning di rumah mereka, ataupun blazer tu jenis pakai buang dan biodegradeable, kita tidak tahu. Dan kepada yg lebih *cough* gatal miang *cough*, lelaki tersebut tidak memakai baju langsung. Oh awek makan gulai tempoyak comot, bukak baju! Oh awek luka kat jari pulak, koyak baju! Harus diingatkan ciri-ciri ini perlu disertakan dengan badan 6-pack. Kalau setakat 1-pack tak payah lah.

4. Kesetiaan tak munasabah
Kadang-kadang hero macam tak boleh berfikiran waras. Setia macam heroin adalah satu-satunya wanita yang valid dijadikan pasangan di dunia. Yang lain semuanya dicemari bahan radioaktif dan menjadi zombi kampung pisang. Atau bukan wanita tulen. Awww~

Jadi lelaki tersebut tak kisah perempuan tu perangai macam mana pun. Perempuan tu memang tukar-tukar lelaki macam span cuci pinggan pun lelaki tu tetap setia. Perempuan tu ber-memori daun pisang dengan lelaki lain di khalayak ramai pun lelaki tu tak kisah. Watdehek wey?


5. Kerja cop duit
Ya, duit! Money makes the world go round baby! Dan apa kriteria terbaik untuk seorang lelaki duniawi? Kaya nak mampus!

Hero mesti ada bisnes. Billion-billion. Bawak kereta mesti Lamborghini atau Rolls Royce. Satu lagi Mercedes tu takat simpan buat bela hamster je dekat rumah. Rumah mesti banglo 13 tingkat dekat atas bukit, swimming pool boleh muat 100 orang.

Dan berbalik kepada point 1, hero macam tak payah buat apa-apa untuk menjadi kaya. Macam duit merupakan spesis baru lalang. Kata ahli lembaga bla, bla, bla. Tapi setiap scene mesti candlelight dinner dengan awek. Mungkin hero ni ejen Bio Aura kot.


"Inilah rumah kita bang"... "Hm, ya"...


6. Mempunyai kelebihan yang (hampir) mustahil diperoleh
Hero mesti top student di universiti Al-Azhar. Atau mewarisi bisnes Donald Trump. Dan biasa disertai dengan kesopanan tahap pijak semut tak mati. (Sebab tu semut suka dia. Sebab kedua ialah sebab dia ALAAWWW SHUUUWWIIITTT~)

Atau mempunyai keupayaan superhuman. Oh yeah. Superhuman I tell you! Boleh berlari laju untuk menyambut anda dari rumah! Boleh membaca fikiran anda yang nak order teh tarik tak pakai teh dan susu! Boleh melontar pak guard yang kerek dengan anda sejauh 100 meter dengan satu tangan! Ho yeah!
Walaupun gua pakai spender kat luar, gua tetap jadi rebutan ramai masa dekat Smallville dulu. Apa lu kecoh?


So apa-apa pun, post ni bukan nak condemn sesiapa. Tapi time tengok drama, movie, baca novel, etc, ingat-ingatla sikit tu bukan realiti. Tak salah tengok cerita-cerita "perfect man" ni. Tapi tak payah lah nak heboh sekampung yang anda gilakan watak polan bin polan dalam cerita tersebut, atau mengharapkan lelaki dunia sebenar sama seperti itu. Rasa nak bagi penampar supersonik bila dengar. Tiada makhluk sempurna di dunia, bukan kami, bukan juga anda. Jangan cari yang sempurna, tapi cari yang padan. Sebelum mengharapkan pasangan yang elok, tengok cermin dulu. Kalau tak, mungkin anda menjadi seperti ini...


Peace y'all
Abang vampire kulit kelabu asap,
Amirul Afiq


Sunday 26 September 2010

Lawatan khas Aduan Rakyat TV3

Baru-baru ini blog ni kena serbu oleh Karam Singh Walia dan rakan-rakan sebab, er, well, terbengkalai.

Hutan di belakang beliau adalah rupa blog ini sebelum dikemaskini beberapa saat lepas.


Dulu kecil-kecil mak pernah kata, saya memang susah nak fokus kepada sesuatu tugas dan beristiqamah. Tak tau dah besar perangai ni tak hilang lagi. Exam, balik rumah, puasa, raya. Mana ada masa nak update blog. Anda tentu bersetuju dengan saya kan? Kan? Kan? Tak setuju tak mahu beri duit raya.

Tapi pelik juga, bila tak update ni tiba-tiba ade 2-3 orang baru follow. Apa-apa pun sokongan tidak berbelah bahagi anda amat dihargai. Nanti pilihanraya jangan lupa undi saya ya.

Pejam celik dah pertengahan Syawal. Aura raya tak habis lagi. Sambil menaip ni sempat juga mengunyah kuih raya kegemaran peribadi, Almond London. Walaupun rasa dah macam biskut kering sebab tersimpan dekat tempat sejuk. Hari tu ada juga berbual dengan Queen Elizabeth, tanya dia ada tak Almond London di London. Selepas ini nak telefon Pak Susilo Bambang Yudhoyono bertanya tentang asal-usul Mi Bandung dan Mi Jawa. Dan juga Obama, tentang asal-usul Nasi Goreng USA.

Raya hari tu pun kami sekeluarga sambut ala kadar sahaja. Dan tahun ni juga kali pertama saya berjaya menghasut mak untuk buat makan-makan kecil-kecilan. Kenapa tak ajak? Dana tak cukup la nak buat besar-besaran. Tunggulah kalau saya berjaya jumpa lombong minyak dekat tengah-tengah lebuhraya DUKE.

Maka hidup mungkin akan berubah sedikit drastik dalam tempoh masa beberapa bulan ni. Mungkin makin sedikit benda untuk dimerepekkan. Mungkin makin sedikit masa untuk diluang untuk berblog-blog ni. Tapi tak apalah.

Tapi selagi mood masih ada dan jiwa masih kental berblog, usaha akan diteruskan selagi boleh. Tapi jujur saya cakap, idea sudah kering. Oh pembaca sekalian, apakah yang patut saya tulis? Sila tuliskan cadangan anda di ruang komen di bawah. Siapa yang bagi cadangan sila datang claim Nasi Kukus Ayam Berempah dekat saya. Hubungi saya di talian bebas tol 014-tekan-tekan-tak-dapat.


Hugs and kisses, (untuk aweks-aweks sahaja, gay saya tak mahu)
Amirul Afiq.

Tuesday 4 May 2010

Harap Maaf


Blog ditunda seketika untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembelajaran dan penyiapan assignment. Sebarang kesukaran adalah untuk kemudahan di masa hadapan.

Projek di bawah kelolaan Terbengkalai Selalu Sdn. Bhd.

Wednesday 21 April 2010

Post ala kadar: Mahu nampak cool?

Sumber: http://zotaku.com

Sebuah survey diadakan di kalangan wanita jepun untuk "Bagaimana untuk lelaki kelihatan cool di hadapan wanita". Berikut adalah top 10 hasil survey. (Pergh macam rancangan Famili Ceria yang diacarakan oleh Chef Wan dan Helmi Harun. Apa kata surveyyyy~?!!)


1. Treat girls to things

2. Carry things which are too heavy for her

3. Make flashy plays in sports in front of girls

4. Treat your kouhai [subordinates, etc] to things

5. Sing a ballad at karaoke

6. Gaze off distantly

7. Store up miscellaneous knowledge and suddenly disclose it

8. Undo the top two buttons of your shirt

9. Make sure you have a slanting forelock/bang

10. Languidly loosen your necktie



*Tengok cermin...*

No 1: Tengah pecah piggy bank. apsal syiling 1 sen ada lagi ni?

No 2: Message member, nak pinjam dumbbell

No. 3: Tsk, gua da la fail bab sukan ni. Harus segera practice lari dalam guni. Untuk menambah ke-flashy-an bolehlah lari dalam guni sambil tumbuk sambal belacan.

No.4: Mula merangka diet maggi dan biskut kering

No.5: *cough*. Minum air asam jawa. Lagu ni ballad tak?




No.6: Pergh ini memang aku pakar. Tapi sebab nak bagi lagi effort aku tengah search binocular kat ebay.

No.7: Buka tab baru dekat browser. Sedang membaca wikipedia tentang pendapatan per kapita rakyat Iceland

No.8: Dulu semasa kecil gemar butang sampai atas. Sekarang buka satu butang sahaja. Ni kena buka 2 butang pula?

No.9: Tak sia-sia cakap dekat orang potong rambut tu jangan potong fringe. Tapi bila dah langgar tiang sebab tak nampak depan, mula menyesal pula.

No.10: Universiti saya tak ada peraturan berbaju smart setiap hari Isnin, jadi memakai necktie bukanlah idea baik. Mungkin tahun depan bila dah mula masuk hospital baru boleh buat begini. Bowtie boleh?

"Kono blogger wa sugoku kakkoi!" (Cool betul blogger ni!), kata beliau. Dia yang cakap ok, bukan saya.

Tuesday 13 April 2010

Pasangan Remaja Bercinta Dalam Pelbagai Ragam dan Aneka Bahagian 2



Part 1:
http://amru-afiq.blogspot.com/2010/02/pasangan-remaja-bercinta-dalam-pelbagai.html



6.Pasangan "The Reason"

"I've found a reason for me, to change who I used to be
a reason to start over new, and the reason is you"
Hoobastank - The Reason

Ok anda sampah masyarakat. Ganja adalah makanan ruji anda. Perfume anda ialah gam. Ubat batuk ialah air kosong anda. Sukan kegemaran anda ialah sepak kucing. Nama anda memang famous di kalangan Persatuan Mengumpat Pasar Besar Gombak. Bila orang nampak anda diorang terus buat U-turn sambil kepit handbag kuat-kuat. Ketua kampung anda dah daftar nama anda untuk dihantar ke kutub selatan.

And then, entah dari langit ke berapa tiba-tiba ada seorang anak dara sungguh suci sungguh murni macam minyak masak Seri Murni ni terjatuh hati dekat anda. Entah la part mana yang dia nampak dekat anda. Dia percaya yang anda masih mampu berubah menjadi pemuda harapan bangsa. Dan anda yang selama ni tak ambil kisah pasal cinta tiba-tiba angau pasal dia 24 jam macam kedai serbaneka terkemuka yg menjual Slurpee.


Gambar 1: T-shirt rasmi anak dara tersebut, cuma lebih labuh dan berlengan panjang


Dan kerana cinta anda berubah. Jeng jeng jeng~

(ok, bunyi macam plot typical drama swasta but it really happens wokeyh)

Dan si anak dara manis rupawan tadi pun berusaha sedaya upaya memberi sokongan moral. Ajar anda serba serbi. Anda pun mula la berusaha balik serba serbi. Slowly but surely. Or is it?

Ada 4 ending untuk kisah cinta ini:-

Best Ending: Anda berubah. Nama anda tersohor di kalangan penduduk kampung. Bidan kampung pun gunakan nama anda sebagai cadangan kepada bayi-bayi baru lahir. Dan si dia bersama anda ke jinjang pelamin. And live happily ever after.

Good Ending: Anda berubah. Tapi atas sebab-sebad tertentu dia tidak dapat bersama anda. Mungkin si dia dah dipasangkan dengan seorang lepasan Al-Azhar. Tapi anda kekal dengan sifat baik anda yang baru. Dan anda berterima kasih kepada si dia kerana mengubah anda dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Ok gua dah start nangis. Pass tisu weh!

Bad Ending 1: Anda dalam usaha untuk berubah, tapi atas sebab tertentu si dia tidak dapat bersama anda lagi. Zas, anda terus kembali ke diri anda yang lama. Anda terus apply untuk jadi midfielder untuk kejohanan sepak kucing sedunia. +10 point jika perpisahan berlaku kerana pergaduhan. Kira revenge dengan merosakkan diri sendiri la.

Bad Ending 2: Anda cuba untuk berubah, tetapi ternyata anda tak mampu, atau tak cukup tabah. Baru lalu kedai hardware je dah tapau gam 3-4 tin. Si dia fed up dan tinggalkan anda. Dan anda kembali kepada diri anda yang lama.

Nota: Setakat ni saya tak pernah tengok Best ngan Good Ending tu, mungkin hanya karya fiksyen semata-mata. Tapi yang Bad ending tu memang selalu. Jadi jika ingin berubah, niat kasi betul. Cinta boleh jadi mangkin, tapi end point tetap kepada Yang Maha Penyayang. =)


7.Pasangan "Lovey-dovey"

geudaewa bareul machoomyu gudo
noye doo soneul jamgo
ni ogae egi dae oh malhago shipo
“gomawo saranghae haengbokman jolgeyo”
kissing you oh my love

(We walk while matching our feet,
holding our hands
I want to lean on your shoulder and tell you.
"Thank you I Love You I will only give you happiness"
Kissing you oh my love
)
SNSD - Kissing You

Ah, cinta itu indah. Setengah pasangan merasakan bahawa ia terlalu indah dan ia patut dikongsi dengan semua orang. Diulang, semua orang. SEMUA ORANG.

Pasangan Lovey-dovey adalah pasangan yang tanpa segan silu menunjukkan rasa cinta kepada masing-masing di khalayak ramai. Contoh:

Fb account

Nama: Miss Seman/ JoyahLoveSeman (nama asal Joyah binti Ngah)

Status: Saya rindu Seman! Sayang Seman! Muacks X1000! XOXO

Profile pic: Gambar laga pipi dekat shopping complex

Post yang dihantar ke wall Seman: Sweet baby da mamam? I rindu u la~ Jangan nakal2~ Muacks X1000 XOXO

Reply oleh Seman: Dah mamam dah. Bubbly bear da mamam blom? Eleh bubbly bear lagi nakal tawww~ Muacks X1000 XOXO

(ok mula terasa loya. harus berhenti segera)

Ok, gua tak kesah kalo benda ni dlm email/sms peribadi yang cume pasangan tu boleh baca. Korang nak buat esei 1000 perkataan dengan perkataan meloyakan pun gua tak kisah. Tapi bila dia da masuk benda-benda public macam FB, status YM, twitter, Myspace, Friendster, atau di khalayak ramai, please please please jangan nakal, i mean, please please please control yourself.

Sindrom ni juga berlaku bila bf/gf tu ialah trophy bf/gf, iaitu pasangan yang memang hot stuff di kalangan orang ramai. Saja nak berlagak. "Weh aku dapat dia, ko tak dapat! Wakakakakaka gelak jahat"


8.Pasangan Backup and Restore

"Terlalu Sadis Caramu
Menjadikan Diriku

Pelampiasan Cintamu

Agar Dia Kembali Padamu

Tanpa Perduli Sakitnya Aku"

Afgan - Sadis


Gambar 2: well, at least it is "fondly"...


Merajuk kat pakwe anda yang tak ingat hari jadi hamster anda? Marah sebab dia berdua-duaan dengan anak saudara perempuan dia yang berumur 5 tahun? Benci dia sebab dia order Coca Cola sedangkan anda nak Pepsi?

Have no fear, backup is here!

Pasangan backup ialah "kekasih gelap", versi yang lebih mellow. Medium utama untuk melepaskan geram/sedih terhadap pasangan utama, backup akan menjadi punching bag, tayar spare atau bidan terjun untuk situasi-situasi berkaitan hati, perasaan dan jiwengs-jiwengs.

Si backup pula dengan gembira menyangka bahawa bila dia dijadikan tempat mengadu, itu maknanya beliau disayangi. Mula la harapan tinggi menggunung macam Gunung Semanggol, Perak.

But of course, berbalik kepada peribahasa melayu "Sudah dapat si gading bertuah, tanduk tak berguna lagi". Backup memang akan dibuang ke tepi bila-bila masa. Tapi kerana cinta dan harapan dia tetap setia.... Tough luck for ya, mate.



Jalan-jalan Cari Pasal (Edisi Easter 2010, Part 1): Birmingham Cadbury World

Bila universiti bagi cuti 3 minggu kat tengah-tengah semester dengan harapan budak-budak akan membawa buku pulang untuk menelaah pelajaran, adalah diyakini ia tidak akan terjadi. Belum sempat lecturer nak memberikan kata-kata perangsang, lecture hall da separuh kosong. Ah well, let's join the crowd.

Maka dalam satu perancangan yang tidak mengambil kira kemampuan fizikal diri sendiri, saya bersama Geng Pengembaraan memulakan perjalanan ke Birmingham dari Manchester dengan train. Tidak ini bukan keretapi Senandung Malam KTM, sekejap je perjalanan.

Sampai di Birmingham, sesi kesesatan bermula. Oleh kerana sense of direction saya seperti kompas di dalam lombong bijih besi, saya serahkan tugas ini kepada rakan-rakan yang bertauliah.


Gambar 1: Sesi membaca peta secara berjamaah.


Selepas meletakkan bagasi di hotel yg didiami, Geng Pengembaraan meneruskan perjalanan ke Cadbury World, Bournville. Naik train dalam 2-3 stesen gitu. Bournville station memang di-touch up oleh cadbury, sampai stesen tu da jadi kaler purple. Sekali tengok dah macam kampus induk UiTM. Ok, I'm a purple fan but this is a bit too much.


Gambar 2: Bournville Station


Cadbury World ni basically kilang+museum coklat. Masuk-masuk die da bagi coklat. Weh terus terasa tiket masuk £10 tak mahal. Tapi bila sedar coklat yang diberi tu paling-paling mahal pun tak sampai £1, baru sedar sudah diperdayakan seperti kanak-kanak tadika. Siot you cadbury!

Tapi masuk dalam memang best. Cara dia present memang boleh membuatkan mat rempit hafal tahun bila cadbury ditubuhkan. Nasib baik diri sendiri masih dalam kawalan, jika tidak mungkin kedengaran announcement kanak-kanak sesat.


Gambar 3: Siap ada benda-benda interaktif bagai. Sebentar, mana muka aku?


Tapi part paling masyuk ialah bila dia bagi candy/popcorn/biskut + coklat. Coklat tu serius likat. Walaupun dia bagi satu cawan kecil sahaja. Time tu juga mula rangka plan untuk menyelinap masuk untuk 2nd round. Gagal pula.


Gambar 4: Akak yang bagi coklat tu. Plan kedua untuk mengayat akak ni untuk bagi 2nd round juga gagal.

Gambar 5: I'm talking about this, y'all!


Ok, balik bilik hotel terus sugar high.... Not. Sampai hotel terus pitam kerana letih. Esok flight pagi!


Gambar 6: Berposing ala-ala S Club 7/ Hi-5 sebelum pulang

Wednesday 24 March 2010

"School is cool" bukan sekadar slogan mencegah gejala ponteng



AMARAN: SEDIKIT EMO. JIKA TIDAK TAHAN SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH SAHAJA DAN TERUS KE LAMAN WEB YANG LEBIH BERFAEDAH.








YOU HAVE BEEN WARNED, JIKA ANDA MEMBACA POST INI LALU BERKATA WATDEHEK JANGAN SALAHKAN SAYA



Tahun kedua ijazah sarjana muda farmasi. Sounds good? Yeah right. Kalau doraemon wujud di dunia saya akan gunakan semua duit simpanan semata-mata untuk beli kuih dorayaki untuk merasuah beliau. Dan salah satu yang saya mahu ialah mesin cahaya masa.

Zaman sekolah itu bagus. Sampai kadang-kadang saya tak faham kenapa budak-budak sekolah tak sabar-sabar nak membesar. Kecil-kecil dah pegi kahwin lari dekat negara orang. Kecil-kecil dah barai. Kecil-kecil dah bakar duit pastu hisap. Mereka budget habis cool lah hidup begitu.

Tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya. Sama ada media tahap Razak Mohaideen dan filem-filem yang sengaja letak unsur-unsur panas untuk kontroversi murahan. Atau mak bapak kayu yang kahwin reti, minyak Sensaoil dan Kopi Super Power reti, tapi jaga anak fail. Tu belum kira mak bapak yang melalak cam konsert black metal depan anak-anak. Kalau kahwin tapi tak reti jaga anak apa beza dengan barai dan buang anak dekat tepi sungai kan?

Berbalik kepada topik asal, hidup di sekolah memang indah. Terutama kalau anda fokus dalam belajar. Berikut ialah benda yang tidak wujud waktu sekolah dahulu (your experience may vary)

1. Cintan


Gambar 1: Tidak, bukan yang ini

Yes, tiada jiwang-jiwang waktu di sekolah, terutama sekolah rendah. Dan oleh kerana saya seorang geek bawak buku teks waktu rehat sambil lap hingus, sekolah menengah juga tiada unsur ini dalam hidup saya. Paling jiwang pun usha awek AJK surau sekolah. Juga tidak perlu risau dengan kredit handphone atau internet connection sebab tiada siapa untuk dihubungi sambil senyum seorang diri macam ada masalah dengan cerebral cortex.

Dulu kecil-kecil saya ada notorious reputation untuk menghilangkan semangat mana-mana wanita yang cuba tegur. Mungkin kerana aura geek yang pekat mahupun sekadar kekurangan kebolehan beramah mesra. Sampai ada orang pernah label takut/anti budak perempuan. Nasib baik tidak dilabel gay. Kalau tidak mungkin saya sudah berada di paparan khas Edisi Siasat atau naik turun court di Buletin Utama.


Cintan memang suwey bila masuk part emo-emo. Time tu semua tak kena. Minum air pun rasa macam minum racun rumpai. Eloklah masa belajar sekolah dahulu tiada cintan-cintan. Jika tidak mungkin karangan autobiografi saya bukan bertajuk "Aku sebatang pensil", tetapi bertajuk "Aku sepotong hati yang lara"


2. Hiburan Berlebihan

Gambar 2: Bila google image search "hiburan", ini gambar pertama saya dapat. Sila bertaubat segera.

Hiburan itu penting. Jika anda tidak pernah berhibur anda boleh jumpa saya, saya nak menyukat kadar ketidak-stabilan otak anda. Jika sesuai saya nak guna sebagai bom untuk meletupkan sebuah negara Zionis.

Tapi waktu sekolah, hiburan terhad kepada TV, komik dan radio. Dan sedikit komputer. (sedikit lah sangat). Mak bapak saya jaga hiburan saya. Sebarang console tidak dibenarkan. Komputer saya waktu tu pun pakai monitor CRT yang lagi besar dari kepala saya. Sebentar, saya masih menggunakan monitor CRT di rumah.

Dulu kalau kawan sekelas bawak gameboy ke kelas, memang waktu habis kelas sahaja gameboy tu akan dapat dia main sendiri. Dia set seorang boleh main 2 round je. Sebab saya semangat, saya buat deal, main 3 round, tapi saya sponsor battery. Kecil-kecil lagi sudah menunjukkan skill urus niaga yang baik, mungkin saya labih sesuai ambil ijazah business.

Komik juga. Pinjam meminjam itu normal. Kalau yang pinjam tu pulang balik saya sangat gembira. Bila yang pinjam itu tak pulang atau buat kotor, saya berdoa pada Tuhan semoga esok dia terlupa bawak buku teks dan kena rotan.

Tapi sekarang hiburan dah maju. Game, facebook. internet. Buka komputer terus tak boleh tinggal sampai waktu tidur. Masa study dah hampir tiada. Kalaulah family berada di sini mungkin saya dah lama deactivate facebook. Tapi mereka di rumah, dan untuk menghilangkan rasa sunyi YM dan FB tetap menjadi pojaan. Call me anak manja or whatever. At least aku sayang family aku.

Game. Satu lagi tak faham. Dulu ingat lagi time cuti sebelum SPM bukan study tapi main final fantasy 8. Besok paper sempat lagi main Yugioh Trading Card. Tapi SPM score gak 10A. Sekarang baru main game sikit da fail 3 paper. Now you feel me?

Dengan media hiburan yang semakin tak bersih hari demi hari, saya rindu hari-hari saya bergembira mendengar kisah sang kancil.

3. Tanggungjawab Hidup


Sekolah tak payah fikir tentang tanggungjawab hidup. Budak-budak sekarang, kalau lepas
sekolah setakat menari shuffle atau main terup sambil minum teh tarik tak payah la nak berlagak dewasa. Cuba buat budget bulanan, bayar bil telefon, gas, elektrik, air, handphone; telefon tuan rumah buat aduan water heater rosak, cuci tandas, basuh baju, sidai baju masa cuaca dekat luar 0 darjah celcius dan matahari macam segan-segan nak keluar, seterika baju, beli barang dapur, masak untuk tengahari dan malam, ketuk bawang pakai lesung, defrost ayam, basuh pinggan, vakum bilik dan lain-lain. Atau dengan kata lain buat semua benda tanpa mengadu atau mintak tolong dekat ibu dan bapa, baru saya angkat tangan tabik dekat anda.

Dulu benda-benda ni tak payah fikir. "Study je, ibu handle", kata ibu dengan wajah manis.

Freedom is overrated, you see.



Sunday 14 March 2010

Saint Patrick's Day Parade 2010 @ Manchester


Tsk, lagi 2 minggu nak cuti easter. Tapi semangat nak enjoy dah datang lagi awal. Niat asal dalam hati nak main Dynasty Warriors 6 sampai patah jari telunjuk (main dekat PC je tiada duit beli console). Entah semena-mena teringat dulu pernah terlihat ada poster Manchester Irish Festival dekat bandar. Kerana agak hairan sebab dulu-dulu belajar subjek Kajian Tempatan, Manchester berada di England dan bukan Ireland, try la google kejap tengok. Tiba-tiba terlihat ini:-

"St Patricks Day Parade Sunday 14th March 2010

The Parade Route

Following the Mass in Gaelic at 10am at Irish World Heritage Centre the St. Patrick’s Day Parade leaves Queens Road at 11.30am.

The route takes the parade into Manchester City Centre along Cheetham Hill Road, Corporation Street, Cross Street, John Dalton Street, Lloyd Street and arriving at Albert Square at 1pm.

The parade arrives back at the Irish World Heritage Centre at 2.30pm"

The Irish Festival Parade Route

sumber: http://www.manchesteririshfestival.co.uk/parade

Untuk memberikan jaminan kepada diri sendiri bahawasanya saya masih mempunyai life, sang blogger bertekad untuk pergi ke parade tersebut. Semangat terus tidur awal pada supaya boleh bangun awal untuk mendengar kercipan burung pagi dan pergi ke lokasi dengan lebih awal. Lepas bangun subuh, tengok jam, awal lagi. Masih sempat tidur beberapa jam.

Akhirnya bangun lewat juga.

Tapi tidaklah terlalu lewat, sempat mandi, berus gigi dengan penuh berhemah (sebab malam tu mimpi gigi tercabut. Watdehek?) dan bersarapan ala kadar (padahal telan nasi sepinggan). Pukul 12 naik bas ke Albert Square. Tengok-tengok parade belum sampai. Fuh lega. Dalam hati dah terfikir kalau tak sempat tengok parade mungkin singgah Chinatown beli kangkung sahaja.

Dalam 12.45 begitu parade sampai. Ok mula-mula nampak 2 orang polis wanita berkuda. Mula-mula expectation tidaklah tinggi, mungkin ada la band satu dan beberapa kenderaan berhias dan kanak-kanak sekolah.


The Ladies and The Horses
Gambar 1: Have I told you girls in uniform look hot?


Ok, gua da underestimate parade ni. Tengok-tengok dekat belakang wanita berkuda ni ada dalam 4-5 group band, berpuluh-puluh trak/traktor ladang/motor besar/lori dan beratus-ratus kanak-kanak sekolah dan mak bapak kanak-kanak sekolah. Sekali tengok dah macam perarakan hari Merdeka, cuma malam sebelumnya tiada konsert ala-ala Jom Heboh. Rasanya dari hujung ke hujung parade tu ambil masa 45 minit jugalah. Serius masa tu I tekan shutter camera sambil senyum sorang-sorang. Mungkin kalau ada orang nampak mungkin dia akan ingat saya ada pengalaman kerja sebagai stalker.

Gambar 2: I ingat cuma Scottish pakai Kilt dan main Bagpipe


Gambar 3: Tidak, saya bukan stalker. Percayalah.


Gambar 4: Beberapa kilometer dari sini, seorang peladang sedang berfikir bagaimana hendak menuai gandum tanpa traktornya. Dan pada waktu itu coklat pun mencurah-curah ke ladang gandum... dan POOF!, jadilah Koko Krunch!


Gambar 5: Nanti bila I dah tua I nak keluar begini dengan isteri I lah. =)


Selain parade ada juga market di Albert Square.
Lihatlah bagaimana konsumerisme menjajah minda masyarakat. Adalah jual barang-barang Irish. Ada juga satu tempat jual jeruk-jeruk Mediterranean. Kalau jual keropok sira mungkin beliau akan dapat seorang pelanggan setia.


Gambar 6: Nasib baik tidak halal, jika tidak saya juga akan menjadi mangsa konsumerisme.


Sunday 28 February 2010

Nico Nico Douga Ryuuseigun : Otaku eardrum breaking song

Dah lama tak buat post yang hanya memenuhi setengah demografi penduduk bumi sahaja. Dalam post hari ini aku nak cerita pasal lagu yang berpusing-pusing dekat playlist aku walaupun da kurang menceburi bidang ke-otaku-an.

AMARAN: Tidak digalakkan untuk bukan penggemar musik dance, otaku subculture, pesakit sawan dan yang merasakan 14 minit dalam hidup mereka lebih sesuai dihabiskan dengan menelaah di kutubkhanah





So apa benda aku bagi korang dengar ni? Lagu ni medley untuk 46 lagu-lagu opening anime, lagu-lagu tema game, lagu-lagu fan-made dan apa-apa lagilah yang berkait dengan otaku subculture. Dan tidak terhad kepada bahasa jepun. (ada lagu Finnish dan Swedish).
Try dengar dan recognize lagu apa. Kalau korang boleh kenal at least 15 lagu dlm medley ni dan korang tidak berada di jepun, I suggest you go out and get some life. List lagu ada kat bawah. Nombor lagu ada dekat bahagian atas video

00 - "Nico Nico Douga time signal jingle"

01 - "Star Rise" - Bamboo Blade (Anime), OP

02 - "Ne-ni-ge de Risetto" - Lucky Star (Anime), Tsukasa Character Song

03 - "Hana Maru Sensation" - Kodomo no Jikan (Anime), ED

04 - "Caramelldansen" (Lagu Swedish, banyak hasilkan fan made video dengan dance move tu) Parody

05 - "Kirby's Gourmet Race" Kirby Super Star (Game) BGM

06 - "Nowhere" - MADLAX (Anime) Insert Song

07 - "Cheetahmen" - Cheetah Men (Game) BGM

08 - "levan Polkka" (Lagu Finnish, Kalau tak pernah dengar lagu ni jangan mengaku fanatik Bleach) Parody

09 - "Bararaika" Kirarin Revolution (Anime), Kuro Miso technique (Manga), IDOLM@STER (Game) Parody

10 - "Danjo" (tak dapat dikenalpasti)

11 -"Montagues and Capulets" - Romeo & Juliet Instrumental

12 - "I'm Lovin' It" (Big Mac, anyone?)

13 - "The Lost Wolf Suite" - Rurouni Kenshin (Anime) Instrumental

14 - "Kuria made ha nemuranai" (trans: I can't sleep until I clear the level!) Mega Man (Game) Fan Made

15 - "Asu eno Houkou" - Muv-Luv Alternative (Game) OP

16 - "Can't Beat Airman" Mega Man (Game) Fan Made

17 - "Melt" - Hatsune Miku (Original Vocaloid song for Hatsune Miku)

18 - "Dango Daikazoku" - Clannad (Anime) ED (A very good anime, tengoklah jika anda mahu menangis sebesen dan gelak sampai pecah perut)

19 - "Windscene" - Chrono Trigger (Game) BGM

20 - "Yuki, Muon, Madobe Nite" - The Melancholy of Haruhi Suzumiya (Anime) Nagato Yuki Character Song

21 - "You" - Higurashi no Naku koro ni (Game) Theme

22 - "Marisa Stole the Precious Thing" IOSYS Remix - Touhou Project (Game) BGM Remix

23 - "U.N. Owen Was Her?" - Touhou Project (Game) BGM

24 - "Oyome ni Shinasai" IOSYS Remix - Touhou Project (Game) BGM Remix

25 - "Okkusenman Wily's stage1" - MEGAMAN 2 (Game) BGM, Fan Made Lyric

26 - Shakugan no Shana (Anime) OP

27 - "Hare Hare Yukai" -The Melancholy of Haruhi Suzumiya (Anime) ED

28 - "God Knows" - The Melancholy of Haruhi Suzumiya (Anime) Insert Song

29 - "JOINT" - Shakugan no Shana 2 (Anime) OP

30 - "Kaidoku Funou" - Code Geass Lelouch of The Rebellion (Anime) OP

31 - "The happy escapism song" - Saka-ROW (Tak dapat dikenalpasti)

32 - "Perfect star, Perfect Style" - IdolM@ster (Game) Video

33 - "Kanbu de Tomatte sugu Tokeru" IOSYS - Touhou / Imperishable Night (Game) BGM

34 - "Help me, ERINNNNN!!" IOSYS - Touhou / Imperishable Night (Game) BGM

35 - "History of the Moon" - Touhou / Imperishable Night (Game) BGM

36 - "Little Busters" - Little Busters (Game) OP

37 - "1000% Sparking!" Negima!? (Anime) OP

38 - "Makka na Chikai" - Busou Renkin (Anime) OP

39 - "Yuuki VS Iji" - The Prince of Tennis Musical (Anime) Musical

40 - "Agent Goes at Midnight" - IdolM@aster (Game) Video

41 - "Native Faith" - Touhou Project (Game) BGM

42 - "True to my Heart" Nursery Rhyme (Game) OP

43 - "Kero 9 destiny" Touhou (Game) BGM

44 - "Yatta!" (Try search kat youtube. YOU WILL REGRET XD)

45 - "Miku Miku ni Shite Ageru" - (Original Vocaloid song for Hatsune Miku)

46 - "Let's Go! Onmyouji" - Shin Gouketuji Ichizoku (Game) Theme

(Ambik nafas jap... Letih research)


Lagu ni berasal dari site Nico Nico Douga, sebuah site ala-ala youtube berbahasa jepun.

Satu lagi yang best ialah lagu ni dibuat dengan singing synthesizer application software, Vocaloid (keluaran Yamaha Corp.). Maknanya kau taip ape ko nak dia nyanyi, set tone dan pitch. Aku pernah try software ni, serius kompleks. Tapi kalau betul pandai pakai nak buat lagu Sejahtera Malaysia pun boleh.

5 orang Vocaloid. Atas, dari kiri (Hatsune Miku, Meiko, Kaito). Bawah dari kiri (Kagamine Len, Kagamine Rin). The japanese are so fun. They have anime character for everything.

Monday 22 February 2010

Pasangan Remaja Bercinta Dalam Pelbagai Ragam dan Aneka

Pernah bercinta? Sedang bercinta? Sedang ingin bercinta? Siapa sahaja anda, melainkan anda membiak melalui belahan dedua ataupun pertunasan, tentu ada keingingan bercinta. Hari ini kita melihat pelbagai ragam pasangan remaja bercinta yang pernah dilihat di dunia realiti.

Asexual Hardcore Porn


1. Pasangan Berpandangan Jauh

"Love and marriage, love and marriage

Go together like the horse and carriage

Dad was told by mother

You can't have one, you can't have none, you can't have one without the other"

Frank Sinatra - Love and Marriage

Ah, pasangan ini bercinta, dan objektif mereka adalah untuk mencapai jinjang pelamin. Tapi
bukan cinta memang sepatutnya membawa kepada kahwin ke?. Ye, betul, tetapi apa yang membezakan mereka ialah mereka berusaha ke arah itu. Berkenalan dan berbaik-baik dengan bakal keluarga mentua, turut serta dalam keluarga mereka dalam pelbagai urusan daripada menolong bakal adik ipar mengisi borang daftar Matrikulasi sehinggalah teman bakal nenek mertua beli jamu Sariayu Martha Tilaar. Juga tidak kekok menziarahi rumah walaupun setakat untuk berbual-bual tentang prosiding perbicaraan Anwar Ibrahim.

Kriteria Lelaki: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai suami. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga perempuan. Imej adalah sangat penting. Tak boleh letak gambar hisap shisha dekat FB, melainkan bersama bapa mertua.

Kriteria Perempuan: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai isteri. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga lelaki. Imej adalah sangat penting. Gambar FB dipenuhi dengan gambar masakan, pegang baby dan mengait.

Kriteria Tambahan: Keluarga kedua-dua belah pihak yang terbuka. Sesetengah keluarga tak suka ada orang lain dalam keluarga mereka. Sesetengah pula tak suka kecil-kecil dah gatal nak menikah.



2. Pasangan CUDIPT

"bangkit semangat keazaman
memburu cita dan impian

biar terpaksa merahsiakan hubungan
"
UNIC - C.U.D.I.P.T

Pasangan ini mungkin subset kepada "Pasangan Berpandangan Jauh"di atas. Pasangan ini adalah dua orang yang sama berpengaruh, sama berjawatan, sama berkarisma dan sama bersopan santun (atau mungkin, sama kontrol). Contoh, Presiden dengan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Sesetengah tengok diorang jeles sampai rasa nak gigit selipar. Sesetengah tengok diorang rasa meluat sampai rasa nak baling selipar.

Biasanya cinta diorang ni bukan dihebohkan diorang sendiri. Lebih kepada: "Eh, Senah. Kau tau Naib Pres kita tu si Melah tu, selalu betul dengan Presiden kita si Ujang tu. Diorang ada apa-apa ke?". Bagi mereka, cinta belakang-belakang sudah. Depan orang, profesionalisme kena jaga.

Juga selalu berlaku dengan gosip sebagai mangkin utama. Dulu sekolah rendah, ketua kelas tulis nama budak lelaki bising dekat papan hitam, penolong tulis nama budak perempuan bising. Itu dah kira habis romantik dah tu. Terus gosip.

Kriteria Lelaki: Kebiasaannya adalah Presiden MPP atau sebarang badan-badan yang berdaulat di situ. Presiden kelab-kelab yg chill tak kira, sebab isu utama di sini adalah sifat berhemah. Popular, skema, berkarisma dan baik dengan golongan atasan.

Kritera Perempuan: Tidak terhad kepada ahli jawatankuasa atasan sahaja. Setiausaha/bendahari dah boleh memenuhi kriteria ini. Kalau presiden juga, biasanya pasangan lelaki adalah presiden kepada badan lain yang sama berkuasa/berkuasa di tempat lain. Biasalah ego lelaki. Lagipun biasanya lelaki-lelaki yang tidak berjawatan tak berani nak ayat diorang ni. Ayu, popular, skema, berkarisma, idaman lelaki-lelaki nerd dan mangsa santau awek-awek yang lebih rough.

Kriteria Tambahan: AJK-AJK bawahan yang memang sangat supportive atau buat-buat tak nampak. Institusi pendidikan yang ada jawatankuasa-jawatankuasa yang berpengaruh. Kalau jawatankuasa kerja setakat tentukan jadual cuci tandas dorm tak kira la.



3.Pasangan Teman Tapi Mesra

"Aku punya teman
Teman sepermainan

Dimana ada dia selalu ada aku
"
Ratu - Teman Tapi Mesra

"Lafaz cintan-cintan? Uwek geli. Dating? Kitorang keluar jalan-jalan je la. Boyfriend? Die best friend I la...", kata Minah (bukan nama sebenar) kepada wartawan lokasi.

Pasangan yang dah berkepit macam belangkas yang digam UHU dan dipatri bersama dengan seperti timah di litar elektronik. Tapi bukan bercinta. Eh? Pasangan teman tapi mesra ialah pasangan yang dah macam couple, tapi tak mahu bercinta, masih belum melafazkan cinta atau memang tak pernah terfikir tentang bercinta.

Biasanya berlaku sesama best friend berlainan jantina (unless they're, you know, not straight). Juga fenomena biasa berlaku pada pasangan yang dah breakup, sudah berbaik semula macam dulu tapi tak mahu bercinta semula kerana "tak mahu luka lama berdarah kembali".

Membawa masalah agak besar jika salah seorang sudahpun mempunyai pasangan rasmi. Bayangkan girlfriend anda dating dengan anda sekali sebulan dekat times square, tetapi "best friend lelaki" dia "dating" dengan dia 2-3 kali sehari, dekat rumah dia. Haru beb, haru...

Juga bermasalah jika sebelah pihak memendam rasa. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, jadi tepuklah dahi



4.Pasangan Terlampau

"Jumpa dia Isnin

Bawa dia minum hari Selasa
Kita berzina hari Rabu
dan hari Khamis Jumaat Sabtu
tapi kita lepak hari Ahad"

Karim Daud - 7 Hari

"Jemari Tejo mulai piknik dari wajah sampai lutut Surti
Tanpa sadar sarung mereka pun jadi alas

Mirip demo memasak Tejo mulai berakting di depan Surti
Masang (masang) alat (alat) kontrasepsi"
Jamrud - Surti dan Tejo

Ok, sesetengah orang agak gagal membezakan seks dan cinta. Maka inilah hasilnya. Oh tidak, jangan sangka mereka tidak bercinta. Mereka sayang satu sama lain. "Cuma gua je boleh *censored* dia. Kalo lu nak cari pasal, try la kacau dia."

Pasangan ini tanpa segan silu memuaskan nafsu serakah tanpa hubungan pernikahan yang sah. Tipu la kalau korang tak pernah dengar. Time hari kantin sekolah menengah member aku pernah ternampak couple bercium kat celah-celah blok kelas. Time form 4 penah dengar senior kena tangkap khalwat kat tandas dewan. Pastu dengar ada Kolej Matrikulasi (dirahsiakan) terlampau terlepas kat internet.

Dan mereka jugalah bahan utama untuk video-video yang memang banyak di internet. Time handphone boleh rakam video. Tak percaya search la 3gp (dan sebarang keyword berbahasa melayu) di internet. Atau baca saja post ini. Juga penyumbang utama kepada gejala buang bayi.

Kriteria Lelaki: Nafsu macam orang yang makan pil kuda macam makan nasi. Bermulut manis macam Saccharin. Pandai memanipulasi.

Kriteria Perempuan: sama ada-
a) sama macam lelaki di atas. Mengalami pheromone poisoning.
b) mudah termakan ayat manis lelaki. submissive. Sanggup tak pakai underwear pada valentines day untuk membuktikan cinta. LOLWUT?



5.Pasangan PJJ

"Please please please
Kamu jangan nakal

Ku pergi sebentar

Bukan untuk curang

Please please please

Kamu jangan nakal

Nanti aku datang

Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu"
Aliff Satar - Jangan Nakal


Everyone together now: AAWWWWWWWWWWW...

Pasangan PJJ (pengajian jarak jauh) atau dalam bahasa kampung saya Long Distance Relationship adalah pasangan yang dipisahkan dengan jarak beratus-ratus atau beribu-ribu kilometer. Biasa disebabkan oleh belajar di tempat lain-lain. Lebih ummph kalau oversea.

Boleh menjadi sangat sweet kerana ini bukti kesetiaan yang mendalam. Juga boleh menjadi sumber keretakan rumahtangga sebab dah terlalu lama tak berjumpa dan kehadiran orang lain. Di sana menanti di sini menunggu?

Part paling heatwarming dalam hubungan ini ialah bila berjumpa semula selepas lama terpisah. Boleh buat hollywood love story atau drama korea. Siap sedia tisu sekotak dan popcorn jika anda berada di tempat kejadian.

Kriteria:
1. Kesetiaan yang tinggi. Anda kena setia dengan orang yang anda jumpa mungkin 2-3 kali sahaja setahun.
2. Internet yang bukan selaju siput yang sedang berjalan-jalan di taman. Untuk Skype, YM, dan apa sahaja cara berhubung di internet.
3. Kadar panggilan IDD yang rendah. Atau sebarang servis third party yang menjadikan bil telefon rendah. Jika sama-sama dalam negara, 8pax, Friends and Family dan Activ10 (juga Supersavers untuk yang dah mula makan maggi) banyak membantu.

Nah, he won't bite.