Saturday 28 November 2009

Sayangi komputer anda : Tips penjagaan PC/Laptop part 1 : Oh ia telah hang!

PC atau laptop anda sudah hang? Rasa hard disk anda corrupt? Atau anda lebih suka campak ia masuk kolam drpd bertahan melihat ia stuck? Nanti dahulu. Ada beberapa langkah yg mudah serta tidak menelan satu sen pun untuk memastikan PC/laptop anda berfungsi seperti yang anda harapkan semula.


Gambar 1: "Awat hang hang? (pun not intended) Assignment kena antaq sok woi!"

Post pertama kali ini akan mendalami apa yg perlu anda lakukan bila komputer anda da start hang/stuck mcm si Tanggang kene sumpah jd batu.

(kpd pengguna iMac/Macbook, gua xleh tlg. kalo korg da berani beli apple maknenye korg da ade computer proficiency yg boleh dibanggakan)

1. Soft Reboot

- Tekan kekunci Ctrl, diikuti Alt dan Delete (tanpa melepaskn kekunci sebelumnya).

- pilih "Start Task Manager"

- anda berada di tab "Applications", skarang pilih tab "Processes" di atas

- cari "explorer.exe" di list yg tertera


Gambar 2: Anda berada di sini? Tahniah, u got it right.

- Nmpak button kecik "End Process" kat ujung bawah kanan tu? Tekan jangan tak tekan.
- Die akan keluar window nk konpemkn tindakan anda. Jgn cuak, konpemkn sahaja.
- Zas~ tibe2 kat bawah tu ilang. OK, jgn panik. Die mmg gtu.
- Berbalik ke task manager td, tekan File kat hujung atas kanan, pilih "New Task (Run...)"

- Dekat box putih tu, type "explorer.exe" (tanpa tanda ")

- tekan OK
- Settle. (Masih stuck? ok sabar2...)

Ape kejadah ak suh ko wat ni (kpd yg berminat nk tau) : Biasanye antara benda yg wat hang adalah tak lain x bukan adalah interface windows sendiri. Explorer.exe (bukan internet explorer) adalah interface windows yg korg guna time bkk folder, rename file tu sume. So ape yg soft reboot wat adalah terminate explorer.exe yg tgh hang, dan restart blk.


2. End Task versi 1 (bila application tertentu yang hang)

- Tekan kekunci Ctrl, diikuti Alt dan Delete (tanpa melepaskn kekunci sebelumnya).
- Skarang kte pakai tab "Applications"
lak. Cari dan tekan program mane yg bertulis "Not Responding"
- Tekan "End Task" kat bawah tu.
- Dia akan tanye utk confirmkan, maka confirmkanlah tanpa segan silu

Gambar 3: Bulat kecik bulat kecik bulat besar~ (lagu anak beruang, kalau tatau sila google)

- Bukak blk application yg anda tutup tu. (Warning: anda mungkin akan kehilangan benda yg blom save. Well, drpd hang terus smpai sok pagi...)

Ape kejadah ak suh ko wat ni (kpd yg berminat nk tau): Application yg degil ble xnk tutup walaupn anda da tekan button pangkah tu 124 kali berturut2, akan dpt dipadam dgn cara ini. Ada lg satu cara yg lebih efektif, iaitu...

4. End Task versi 2 (bila end task versi 1 tidak berkesan)
- Tekan kekunci Ctrl, diikuti Alt dan Delete (tanpa melepaskn kekunci sebelumnya).
- kat tab "Applications"
, cari dan right click program mane yg bertulis "Not Responding"
- Pilih "Go to Process"
- Anda akan automatik dihantar ke tab "processes", cuma kali ini dia terus akan highlight process yg berkait dgn application yg hang td tu. (jangan ngade2 tekan process lain)
- Seperti di atas, tekan "End Process" dan confirmkn.
- Bukak blk application yg anda tutup tu.

Ape kejadah ak suh ko wat ni (kpd yg berminat nk tau): Ni surefire way utk tutup application yg degil, spt detergen Dynamo menghapuskan kesan degil.

Langkah2 di atas adalah alternatif kepada langkah plg drastik, reset komputer. Reset adalah langkah yg tidak sihat kerana hard disk anda boleh corrupt. So, sayangi komputer anda. Sebarang pertanyaan boleh post kat comment. =) selamat mencuba.

Wednesday 25 November 2009

Kisah Otaku Terlampau

Sbg seorang otaku, adalah normal utk mnyukai watak dlm anime. Yela, kalo korg boleh dgr org2 gersang mengeluarkn suara2 kurang sopan ketika tayangan New Moon, kenapa tidak normal pula? Sesetengah yg extra freak mungkin menganggap manusia2 dunia realiti tidak dapat menandingi manusia2 2D. Tp kisah di bawah memerlukan bantuan rehabilitasi ala2 Amy Winehouse dan Britney Spears :



On Sunday, a man named Sal9000 married the love of his life. Her name is Nene Anegasaki, and she lives inside of a Nintendo DS video game called Love Plus. The wedding took place during a Make: Japan meet-up held at the Tokyo Institute of Technology. In attendance were a live audience, an MC, the bride's virtual video game girlfriend — who made a speech — and a real human priest.

The event was livecast on Nico Nico Douga, a popular video sharing web site that I wrote about in Wired Magazine back in 2008. (Watch this clip of hot shot Wired folks making total fools of themselves on Nico Nico Douga.)

Nico Nico Douga is home to thousands of video projects by anonymous users — mashups of original art, pop music, anime, and web memes that only an insider to Japanese web geek culture can completely decipher. Sal9000 is an active member of the Nico Nico Douga community, so it was important to him that his offbeat wedding ceremony was broadcast on the site. The footage seen here of Sal and Nene tying the knot between real and virtual is a highly imaginative, multimedia project orchestrated by a guy determined to officiate his devotion to his video game, and to pay homage to the otaku subculture that nurtures this type of creativity. Enjoy!

Source : http://www.boingboing.net/2009/11/24/footage-from-the-fir.html

Oh sgt sweet kan mereka ini? Siap priest bagai. Senang diorg ni. Xyah berebut nk blk kg mane time raye. Kpd Sal9000, semoga anda berbahagia hingga ke anak cucu, assuming you can have one.

Saturday 21 November 2009

Que sera sera : cita-cita zaman cilik

Seminggu tidak berblog, post harus diteruskn utk menunjukkan ak istiqamah dalam perjuangan seorg blogger x bertauliah. Oleh kerana kekurangan benda2 menarik, topik hari ini diteruskn masih berada di luar tahap pemikiran manusia normal.

Sempena UPSR yg dah kuar result, PMR yg da abes dan SPM yg tgh berlangsung dgn lancar. (tanpa kes budak2 bakar kelas). Mari kita bercerita ttg cita2 kte zaman kte kecik2 dlu.

Bukak blk report card time darjah 1 atau tadika, then try bace blk. Sy x igt di mana sy letakkan report card dan baju gamis time kat TASKI (Taman ASuhan Kanak-kanak Islam) Darul Muhajirin dlu. See, kecik2 lg I da dpt pndedahan agama yg mantap. Malang selepas itu hedonisme dan sekularisme menyimpangkan iman di dada. Jika tidak mungkin sy sdang menulis blog ini dari Universiti Al-Azhar.

Gambar 1 : Kalo ak dok Al-Azhar agak2 ak jd cam mamat ni x?

Ok dah jumpe report card anda? Mari kte tgk ade x cita2 korg dlm list ni.


1. Tentera
Bg golongan kanak2 lelaki, apa yg lbh macho drpd abg tough bawak backpack 7-8 kilo sambil bawak rifle dan menembak org jahat? So x kre sama ada anda pnah melihat secara langsung atau tidak, tentera mmg mmberi inspirasi yg sgt besar. Malang sistem pendidikan kte x macam kat Sparta dlm cter 300. So cita2 ni mula terkubur ble anak2 kecil mula bantai cikedis dan tidak mnjaga fitness sejak kecil. Besides, jarang kte nk jumpe ibu2 yg encourage anak die jd tentera. Jgn salahkn mereka, mereka sygkan anda. Bagi yg teguh dgn hasrat mereka, anda boleh melihat mereka di dalam Kadet Tentera. Tp kerana x banyak sekolah yg mempunyai kadet ini, sekali lg menjadikan makin ramai bdak sekolah lebih gemar isap rokok kat dlm tandas drpd join kadet2 lain yg bg mereka kelihatan pansy.
Namun begitu bg yg tidak menjadi askar, mereka masih mampu menunjukkan skill mereka dlm Counter Strike. Kalo nk dgr bdak2 darjah 3 mencarut lg kerap drpd Eminem, lawati cyber cafe berdekatan anda.
Gambar 2: Menjadi askar di alam maya lebih relaxing. Ini buktinya.


2. Polis
Saudara rapat tentera dari segi kemachoan, cita2 ni lbh unisex kerana kanak2 kecil perempuan juga ramai ingin menjadi polis. Perbuatan mengacukan pistol kepada perompak drpd jarak 100 meter sambil menjerit "Jangan bergerak!" tentu mnjadi idaman. Kelihatan lebih family-friendly, ibu bapa juga tidak keberatan mmbenarkan anak mereka menyertai polis. Juga mmbantu dari segi lebih banyak sekolah mmpunyai kadet polis.
Tp sekali lagi profesion ini memerlukan fizikal yg teguh. Kanak2 juga mula tidak berminat menjadi polis kerana main mercun, beli dvd pirate, merempit (dgn basikal) dan pelbagai jenayah kecil-kecilan lbh menarik minat mereka.

Gambar 3 : Adik2 kalau jd polis, boleh ada misai semart macam saya.


3. Doktor

Cita2 yg paling diredhai ibubapa seluruh dunia. Peluang kerja banyak, gaji 5 angka, dan dipandang tinggi masyarakat. Kanak2 yg terlintas dlm benak hati mereka utk menjadi doktor sejak usia kecil akan mndapat sokongan padu drpd pelbagai pihak. Sering trdengar di kad2 harijadi : "(nama anak) belajar rajin2, besar2 boleh jadi doktor". Lebih mmbantu apabila kerjaya doktor amat dihebah2kn di dlm rancangan2 spt Grey's Anatomy dan Ampang Medikal.
Namun begitu tidak semua boleh menjadi doktor. Punca utama adalah level education yg tinggi dan persaingan yg sengit. Nak amek degree Medic lpas matrikulasi? Dapatkn 4 flat. Bukan 3.99.

Setengah anak2 kecil juga merasakan doktor terlalu intimidating sbg cadangan cita2 lalu memilih kerjaya yg berkaitan dan x lari jauh. Mungkin anda tahu siapa yg saya maksudkn.

Gambar 4: Pekerjaan doktor juga memudahkan ibu2 mencari bakal menantu. Simpan handphone anda, nnt lpas abes bace blog ni bleh call number tu ye.


4. Ahli Sukan
Anda kanak2 aktif bersukan? Ahli sukan adalah idea yg baik utk anda. Sukan juga merupakan inspirasi positif utk anak2 mencari hala tuju masa depan. Lelaki kebanyakannya ingin menjadi pemain bola sepak, perempuan mungkin badminton atau olahraga. Sebilangan kecil yg teguh dgn niat di hati mmg akan jd atlet kat sekolah. Kre kalo hari sukan tu drpd melontar peluru smpai la 4 X 400 meter, asyik2 muke die je naik podium. Sekolah Sukan Bukit Jalil bg mereka bagaikn menara gading.
Agak malang apabila kerjaya ini jarang mendapat restu ayah bonda kerana imbuhan yg x konsisten dan mutu sukan negara yg masih belum dikira mmbanggakan. Tp sy x salahkn atlet dan pengurusan shj. Sbb sape gak yg bakar kerusi time Kelantan lawan N9 dlu?

Gambar 5 : Guni beghah kawe ado turbo!!!


5. Cikgu
Siapakah yg menjadi idola anak2 kecil slepas ibubapa mereka? Ya, guru tadika/sekolah rendah (yg cun). Sbg profesion yg sgt rapat dgn mereka, tidak hairan ianya dijadikan matlamat kanak2 kecil. Kerjaya cikgu mendapat sambutan baik drpd ibubapa kerana family-friendly dan reasonable drpd segi peluang melanjutkan pelajaran dan peluang kerja. Agak sedih ada juga ibubapa yg mata duitan memandang serong pilihan anak2 ini dan menyuruh mereka menukar cita2.
Gambar 6 : Kalo cikgu darjah 6 ak cun cani, ak x kesah repeat UPSR ak.


6. Superhero
Uh oh, jika anak anda ada cita2 ini, mungkin anda patut guide die ke jalan yg benar. Tidak dinafikan, terbang di udara, memancarkan laser drpd mata dan mengangkat treler balak dgn satu jari kelihatan cool. Tp cita2 ini lebih sesuai digelar angan2 mat jenin shj. Tiada sebarang institusi akademik mahupun kem latihan dpt mmbantu anda. Menunggu untuk digigit oleh labah2 radioaktif juga bukan idea yg baik.
Jika anda melihat ini tertulis di report card anda, mungkin anda sedang gelak berguling2 skarang.
Tp superhero tidak semestinya berjuang menentang kegelapan. Video di bawah menunjukkan alternatif yg baik dan menguntungkan.



Sama ada cita2 anda skarang dan dahulu sama atau tidak, selamat berjuang kpd anda. Semoga anda menjadi modal insan yg bermanfaat kepada masyarakat. Biarlah anda mnjadi pengusaha tempe, yg penting rezeki anda halal. Anda lbh baik daripada ex-menteri besar yg mngaku makan tempe utk kelihatan muda pastu telan duit rakyat utk bina umah lg besar drpd Istana Alam Shah.

Saturday 14 November 2009

Metrosexuality: Oh saya rase sgt vain hari ini

Siaran kali ini ditaja oleh Cermin Mata cap Cikgu Rokiah dan Suaminya. Sila nikmati iklan radio di bawah.


Ok hari ni tamau emo2 dah. Selepas hibernate selama beberapa jam di bwh duvet yg empuk, hari ni merupakan hari yg indah. Ok2 ayuh kte teruskan dgn post seterusnya.

Bgn2 pagi ak tgk cermin, oh stubble sudah byk. Sudah tidak seperti Won Bin dan Kim Bum. Ini tidak boleh jadi. Harus shave segera. Arini kte cter pasal camne vanity da merasuk dlm hidup ak yg sblom ni couldnt care less.

Gambar 1: Abang Vega, maskot vanity sejak 1991. Jangan tanye kenapa die pakai topeng tu time lawan.

Setiap hari pastikan facial wash digunakan before shave. Kenapa? Lg snang nk shave sbb facial hair lg lembut. (Kpd lelaki yg xtau, take note). Sbg org yg terpaksa shave at least once every 2 days, Gillete Mach 3 ak tu da jd mcm jari tgn ke-11 ak. Dan seingat ak, hadiah ke-2 mahal yg bapak ak bg b4 ak fly semula pas summer adalah 2 box Gillete Mach 3 replacement blades = 16 blades. Saya sayang ayah saya.

Gambar 2: From daddy with love. Aww

Shave kene hati2. Shaving foam itu wajib. Silap shave, org akan igt ade org kelar leher ko ngan pisau malam smalam. Anda x mahu mmberikan imej gangster kpd (bakal) mak mertua anda bukan? Lgpn pedih dowh. Sudah shave? Pastikan ade moisturizer/after shave. Anda x mahu mnggaru2 leher anda di hadapan awek. Nnt die igt ko geli kat die. Naya nk pujuk.

Oh, smalam stay up tgk movie/wat assignment? Black circles? Pastikan ada cream utk hilangkn black circle. Saya gunakan Loreal Men Expert Hydra Energetic Eye. Kerana dirimu begitu berharga.

Bgn pagi, bad hair day? Oh itu bukan idea yg baik. Jika sudah lewat utk sesuatu, serkup topi sahaja. Tapi jika tidak, mulakan rutin harian dgn hair iron. Rambut mesti mau lurus. Nak rebonding kat Toni & Guy duit xdak, lgpn blom cukup panjang. Selagi rambut Jaejoong DBSK blom dicapai, slagi tu ak tamau potong.

Dah lurus, xkn nk biar flat? Mousse mesti digunakan. Volume rambut yg terbaik perlu dicapai. Dgn angin Manchester yg sepoi2 bahasa, mmg snang rambut yg susah2 susun tbe2 jd cam Bob Marley. Tp xpe, demi kepuasan diri ku gagahkn jua. Ade amoi cun kat dlm lecture hall ak, mane bley serabai.

Ble rambut da ade volume dan shape, fringe rambut lak kene jage. Oh ini memerlukan bantuan Gatsby Moving Rubber. Takuya Kimura mmberikan penjelasan lanjut.



Sebiji2 hujung rambut kene shape. Woh, ini kerja yg sukar dan makan masa. Sambil susun rambut boleh la mintak kawan tolong suapkan bekfes. Pastikan rakan anda bukan lelaki kerana ianya mmbuatkan anda kelihatan gay.

Oh sebelum semua ini, syampu dan perapi hendaklah digunakn 2-3 kali setiap minggu. Lebih2 lg kat negara kering dan anda jarang dpt makan ikan (fish oil mmbantu kelembutan rambut). Kalo x pakai conditioner, mmg mmber ko bleh amek rmbut ko wat sental periuk.

Rambut dah settle, muka da settle. Body lak. Mulakan rutin harian dgn pumping 100 kali (eceyh, mcm larat), pastikan body shape x lari. Anda ada spjg hidup utk mnjadi boroi selepas kawin, so time ni kte jaga badan. Exercise mau jaga beb. Jalan ke kelas merupakan idea yg baik. Diet juga kene jaga. Tp jgn smpai x makan lak. Tu menyeksa diri namenye.

Body sudah mantap? Ok dressing kene tgk lak. Baju Kiko dan Kiki Lala itu boleh pas kat adik2 ko. Skarang suda zaman bergaya. Personal faveret? Topman. Sbb tu satu2nye yg ade saiz utk ak. (sedar diri ak ni comel). Jacket yg matching jgn dilupa. Kat cni la nk lepas gian pakai jaket. Kat msia pakai jaket, org akan kate ko ade masalah mental, sedangkan masalah anda yg sebenarnye adalah dehydration.

Pastikan juga body odour bukan sesuatu yg ingin ditunjukkan. Deodoran itu wajib. Sbg lelaki yg xde sebarang fatwa yg melarang penggunaan wangian (pompuan jgn jeles~), rembat la perfume beberapa botol. Kalo wangi kat dlm saf, kang jemaah sbelah gak yg hepi. Btol x? Asal jgn kuat sgt sudah. Jika ramai awek pengsan di sekeliling anda, itu tandanya anda drop dead gorgeous. Jika SEMUA org pengsan di sekeliling anda, itu maknanye anda overdose perfume.
Gambar 3 : Itulah yg kita cari. Take note awek kat blakang tu x pengsan. Mungkin sexual orientation die lain.

Kasut ni ssh sket. Kasut yg bergaya konpem sakit kaki kalo jalan jauh. So ladies jgn igt heels je yg sakit. Kalo ade event indoor, kasut Vans itu mantap. Kalo byk outdoor, Nike, Adidas atau Reebok boleh dijadikan pilihan. Formal? Kasut hitam yg dipolish tahap bersinar adalah digalakkan. Jika cukup dipolish, ia juga boleh berfungsi sbg cermin utk snang membetulkn tie yg senget. Stokin juga jgn dilupa. Kalo xnk kaki melecet la.

All set, ready to go. Jika anda masih tidak berpuas hati, mungkin anda boleh belajar bahasa korea. Untuk mmbantu anda, saya sertakan video klip ini. Selamat belajar.



p/s: jgn wat camni tiap hari. nnt anda x pegi kelas/kerja. Even Kris Dayanti pn x suntik botox tiap hari.

Friday 13 November 2009

Saya x suka ini : benda2 di dunia yg sepatutnya tidak ada

Since ak still separa emo, tis time ak nk listkn lak benda2 yg mmg ak cukup x gemar. Inspirasi diperoleh drpd blog saudara jauh bau2 bacang sy encik Husni yg kini berada di London Utara, kata beliau. Blk kang claim teh tarik kat ak.

Disclaimer lg: List ini tidak exhaustive dan mungkin diupdate bila2 mase. Saya sedar saya juga kadang2 tidak terlepas drpd perkara2 yg saya benci ni. Sama2lah kte berubah.


1. SEXISM
Definisi : Ah, ak letak awal2 sekali dlm list ak kali ni sbb mmg ak ade dendam kesumat dgn fahaman ini. Gynocentrism, androcentrism, u name it. Golongan ni tanpa segan silu mencari publisiti yg lebih murahan drpd swimming pool shot dlm majalah Mangga dgn discriminate jantina yg berbeza dgn mereka. Dan yg anti-discriminatory group ni plak (feminist & masculist), mmbuat kesilapan yg sama dgn mmbalas tuba dgn tuba, mnjadikan masalah x settle2. Golongan ini wujud kerana pelbagai sebab, daripada mangsa diskriminasi, jenayah atau putus cinta.

Gambar 1 : Org yg tgh seminar tbe2 nk terkucil xyah kuar. Kat ctu gak bleh.

Kenapa saya benci : Manusia dicipta berbeza jantina utk saling melengkapi. So bile satu jantina membenci jantina yg lain, faham2 la ape jd. Ak faham, mayb org2 ni penah ade sejarah buruk dgn jantina lg satu. Mayb diorg mangsa penganiayaan sexist yg lain. Tp generalization bukanlah idea yg bijak bernas. Jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga. (chewah).

Lg masyuk ble golongan yg supposedly anti-sexist, secara x sedar (atau buat2 x sedar) mmbalas perbuatan sexism dgn sexism semula. Ahh, pastu mintak gender equality. Padahal apa yg dicari adalah gender superiority. Baik feminist baik masculist, due2 sepesen.

Oh2, dan sebenarnye saye plg x ske dgn golongan yg jd sexist sbb putus cinta. Serius ak rase golongan ini masih berada di mentaliti seorg yg masih mumaiyiz dan blom mncapai akil baligh. Hanya kerana anda putus cinta, toksah la nk kate sume laki/pompuan tak guna. Kalo mak bapak anda dgr, kecik ati diorg. Kalo da ex anda mmg haprak, jgn la igt sume org mcm ex anda. Dan kalo asyik2 anda dapat pasangan2 yg haprak, mungkin anda ptt muhasabah diri.

Penyelesaian:
-Tangkap sume org yg mmbawa pengaruh Sexism di bawah ISA.
-Jgn sekali2 generalize sume org.
-Sntiasa ingati ibu bapa anda.


2. RACISM

Definisi: Golongan yg bajet kaum diorg la paling cool kat dunia, kaum lain sume die pandang sebelah mata. Juga ak x ske adalah golongan yg kutuk2 negara, walaupn satu kaum. (cth: Malaysia dan Indonesia)

Gambar 2: Telur juga tidak terkecuali

Kenapa saya benci: Apa sebab anda utk mengdiscriminate sesuatu bangsa? Ni lagi satu masalah generalization. Kalo sorg drpd bangsa Z ditangkap mencuri, abes satu bangsa X kene cerca. Lebih2 lg bile bangsa Z tu minoriti.
Kepada yg da selesa jd majoriti, sedar la yg ble2 mase Tuhan boleh bayar cash kat dunia ni kat korg. Ak sndiri, duduk kat negara org, mmg sedikit sbyk terasa pandangan slack sbb ak minoriti. It sucks. So kpd bangsa2 bersatu sekalian...

Penyelesaian:
-Berhenti menggunakan perkataan2 panggilan yg kurang sedap. Indon, bangla, etc2. Serius benda ni mmg bleh wat gaduh kalo diorg dgr. Ak sndiri, half blood indonesian (tbe2 terasa cam Half Blood Prince, eceyh), tersinggung ble org sebut Indon depan ak. Sbb ak rase diorg kutuk mak ak, diorg kutuk separuh drpd ak.
-Hormati bangsa lain, majoriti dan minoriti. Tau hak2 dan tanggungjawab masing2. Government, set it straight, pastu jgn gaduh2 dah. Jgn sbb politik, bangsa2 nk gaduh. Jgn camni wo, kang cane ak nk layan mamak? Cane ak nk layan kopitiam?
-ISA anyone?


3. SOFTWARE WAJIB YANG X FREE
Definisi: Software2 yg you cant live without: OS, antivirus, Office, etc yg mengecaj sesuatu jumlah utk produk mereka.

Gambar 3: Agak2 Jackie Chan ada masalah ni x?

Kenapa saya benci: Sbg seorg student, duit mmg terhad. Mana nk makan lg, mana nk bayar bil lg, mana nk beli trenchcoat Topman lg. So ble software2 yg wajib ade ni berbayar, mane nk cekau duit? Cth: Kaspersky Internet Security 2009, 1 user, 1 thn : £39.99 a.k.a RM240. Tu baru antivirus. Sy yakin anda xleh wat lab report pakai antivirus shj.
Yg ak x faham, kenapa software2 lain boleh lak wat free? Cthnye Winamp, Firefox, Yahoo Messenger, Open Office, Avast!, AVG. Tp performance-wise, mmg xleh lawan yg berbayar.

So basically kte kene perabis duit beli benda utk belajar. Kalo buku ade SPBT (skim pinjaman buku teks), nape xde skim pinjaman software?
Dan kpd yg da bekerja, kenapa kte kene bayar utk bekerja. Kita spttnye dibayar. Ini tidak adil! (ketuk lengan kerusi).

Penyelesaian:
-Wat la foundation cam software2 free ni. Kang kalo virus merebak satu dunia, korg gak yg kalut nk handle. Da la byk penternak virus kat muka bumi ni, smpai kalo ade anugerah Penternak Berjaya mmg ssh nk bg. Yg simpan duit bermillion2 tu, jgn la dok simpan wat pekasam dlm bank atau wat beli limo 5-6 biji. Ape kate korg donate utk pmbangunan software.
-Subsidi di pihak universiti kene ade utk student2 install software2 yg diorg kene pakai utk belajar. Kate nk bg generasi celik IT, xkn nk bg license antivirus pn kemuih? Xkn Matlab ngan MS Office pn nk suh student beli sndri?

Talk is cheap : Koleksi quote2 yg x masuk akal

Ari ni ak nk stop jap wat travel journal dan buku resipi, ak nk merapu sket. So kalo anda bukan org yg ske dgr org emo merapu, sila skip ke post yg lepas2.

Free MySpace Comment Glitter Graphics, HTML Codes, Layouts, Cursors, Backgrounds, Contact Menus, Generators & More! - ohmyspace.com
Gambar hiasan: Mood ak smalam. Dan mungkin hari ini juga.

Ok, kpd yg masih di sini, diucapkan slamat dtg. Arini ak nk cter beberapa quote yg bg ak amat ridiculous, tp masih digunakan secara meluas tanpa segan silu. Bergantung kpd betapa serius tahap kemengarutan itu, anda mungkin rase nk cili mulut org yg pertama guna ayat tu.

Disclaimer: Kalo quote2 ni adalah motto hidup korg atau org kesayangan anda, jgn rase tersinggung. Ape yg ak tulis adalah pendapat peribadi. Nk bidas, bidas la, bkn ak nk dgr pn.

1. Cinta itu buta / Love is Blind
Pengguna: Kasanova, karya2 romantis, org angau dan jiwang ferum oksida
Sebab: Kalo cinta itu buta, anda boleh kaut sape2 jd bf/gf anda. Termasuk la mat ganja, mat rempit, bohsia, dan sampah2 masyarakat yg lain. Ok, even kalo 'buta' yg dimaksudkan adalah buta luaran skali pon, even org yg cacat penglihatan pn nk pasangan yg sedap dipandang, sbb kalo x die sndri segan nk jalan bersama kalo pasangan die ade mata majmuk dan rambut kaler cam maskot serbuk pencuci Daia atau kaki cam Ronald McDonald.

2. Biar putih tulang jgn putih mata
Pengguna: Coach sukan, pemimpin negara, ketua tentera dan lagu kumpulan Dinamik (btw, ak ske lagu ni)
Sebab: Simple. Live to fight for another day. Jika anda masih hidup, anda ade peluang utk mencuba dan terus mencuba. Mnggunakan ayat ini seolah2 menunjukkan anda x yakin yg anda boleh improve. Dan org2 ini mmg layak berputih tulang. So ayat ini hanya sesuai utk peluang TERAKHIR sahaja.

3. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri
Pengguna: Hakim dan peguam syariah, kaunselor rumahtangga, penceramah bebas
Sebab: Spptnye berbunyi "Sedangkan suami isteri lg bergaduh, inikan pula tergigit lidah". Ak rase bilangan kali ak tgk suami isteri bergaduh baling pinggan, hempas pintu, jerit nk keluar anak tekak lg selalu drpd ak tergigit lidah ak. Smpai kadang2 ak da x yakin dgn institusi rumah tangga. So please, kalo ye pn nk bertekak, jgn la wat depan anak2. Kesian diorg, diorg sayang korg berdua lbh dr diorg syg diri sendiri. So bile gaduh, xkn la die nk pilih side? Cuba fahami perasaan diorg.
Dan stesen televisyen berkaitan, tlg la jgn jadikan scene2 gaduh laki bini tu satu kewajban dalam drama korg. Serius ak rase nk hempas tv. Nasib baik tv tu berat.

4. Tak perlu sebab untuk mencintai seseorang
Pengguna: Kasanova, karya2 romantis, org angau dan jiwang ferum oksida
Sebab: Orang yang percaya dengan statement ni, ade 3 kemungkinan. Pertama, die x pernah bercinta (ignorance is a bliss?). Kedua, die x pernah kene reject/ reject org seumur hidup. Ketiga, die obses, die da x nmpk org lain da. Tipu la kalo ko kate ko ske seseorg tanpa sebab. Mesti org tu ada body cam Megan Fox, rambut cam Rain, boleh tadarus sedap mcm Allahyarham Ustaz Asri, kaya cam Donald Trump, pandai masak cam Jamie Oliver atau baik mcm mak/bapak ko.

5. Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan
Pengguna: Suami2 dan ibubapa x bertanggungjawab
Sebab: Pernah kena tinggal? Pernah kena tangan? Ko ske x? Yg ko pegi wat kat org len tu apsal? Ak tangan kang baru tau.

6. Silence is Golden / Diam adalah pintar
Pengguna: Poster2 motivasi, guru2 sekolah rendah
Sebab : Bila ko da cukup besar utk mengerti hidup di dunia, berdiam diri menunjukkan anda tak tahu atau tak mahu ambil tahu. Itu bukan bermakna anda pintar ataupn bodoh. Cakap, tp berpada2 la bercakap. Think before u speak, kalo x kata2 anda mungkin akan menjadi salah satu bahan ak hari ni.

Monday 9 November 2009

Dalam byk2 bunga, bunga ape yg Hot?

Jawapan kpd teka teki kat title: bunga api dan Bunga Citra Lestari

Tapi arini ak nk cter pasal yg 1st tu, bunga api. 5 November 2009, seluruh UK mnyambut Guy Fawkes Night atau nama lain, Bonfire Night.

Mengikut definisi kamus kegemaran ramai, wikipedia :
"Guy Fawkes Night is an annual celebration on the evening of 5 November. It marks the downfall of the Gunpowder Plot of 5 November 1605, in which a number of Catholic conspirators, including Guy Fawkes, attempted to destroy the Houses of Parliament, in London, United Kingdom."

Gambar 1: Mendiang Guy Fawkes. Apsal kolar baju die cam alas meja mak ak kat umah?

Sape2 yg penah tgk V for Vendetta, korg akan faham ape yg dikarutkan oleh wikipedia itu. Bg yg blom, dapatkn vcd dan dvd di kedai2 video atau pasar malam berdekatan dgn anda.

So demi mnyambut hari yg serba mulia dan indah ini, rakyat tempatan mngambil inisiatif mmasang bunga api secara besar2an. Daripada bunga api cinonet smpai la tahap yg korg biase tgk time New Year tu. Org sume kuar malam2 nk pegi tgk kat taman2 atau tmpat2 lain yg serba luas. X kira la bdak kecik ke, anak dara ke. Mmg kalo ibu bapa prihatin tgk mmg mereka akan menepuk dahi mereka.

So sbg anak teruna yg xde kaitan dgn masalah di atas, ak dgn serba hepinye pi jalan2 tgk skali. Bas crowded, jalan jem cam cter Armageddon, sume pakat kuar. Nasib baik dekat je, ak pn bantai jalan ngan memember ak walaupn lecak abes sbb ujan beberapa hari lpas.


Gambar 2 dan 3: Lokasi : Platt Fields Park, Mabfield Road, Manchester, M14 6LW


Sampai2 kat Platt Field, Manchester, kelihatan lautan manusia kat sebuah funfair. Crowd mmg xyah ckp la, ssh gle nk jalan. Mcm PC Fair / Pesta Buku kat KL. Ak bersyukur xde tulang yg patah time tu. Tp ape ak dpt tgk? Priceless.




Gambar 4, 5, 6, : Bola2 api...

Ak akhiri post hari ini dgn lagu yg mnjadi kegilaan ramai (dan juga mmbuat org gila)

"Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar"

p/s: sayangilah industri muzik tempatan. (cough)


Friday 6 November 2009

Hikayat Petualangan Robin Hood

Igt x dlm post psl nasi ayam tu, ak cter pasal ak kene berjaga nk naik bas pegi nottingham pkol 4.45 pagi (yg akhirnya, atas sbb2 trtentu, ditangguh ke 6 pg. Tahniah bus driver UK). Actually hari tu ada Nottingham Games, acara sukan utk student2 malaysia di seluruh UK dan Ireland. So bas tu ade pemain, penyokong, pencari makanan (ade Malaysia Food Fair) dan pelancong/pelencong. Sbg dua yg terakhir tu, ak pn pegi Nottingham.


Gambar 1: Logo Majlis Perbandaran Nottingham

Nottingham, sebuah bandar dlm 2 jam perjalanan bas drpd Manchester, merupakan sebuah bandar yg agak chill dr segi pemodenan kalo nk compare ngan manchester. Ak x smpat nk usha sgt bahagian city die, sbb dlm pale ak, city die lbh kurang je ngan city2 lain. Lain la kalo ade landmark2 yg special. So dgn masa yg agak terhad, ak trus straight gerak gi Nottingham Castle, istana yg byk berkait dgn cter Robin Hood dlu2.


Gambar 2: Pemandangan Bandar Nottingham. Mcm biase, trem tgh2 alam. Kalo wat cani kat Jalan TAR konpem jam teruk.

Castle tu mmg dekat ngan bandar, jalan 5 minit smpai. Mngingatkan ak kpd A Famosa. Cume bezanye, castle tu tourist attraction. Org beratur nak masuk tgk. A Famosa lak hanya tenggelam ditelan Dataran Pahlawan. Ali Rustam, anda mmg hebat mnjaga bandar anda. Ntah cane bleh dapat pengiktirafan UNESCO pn ak tatau.

Gambar 3: Nottingham Castle. Jgn kate ak x reti tgkp gamba, mmg ni je plg baek bleh nmpk. Try search kat google image kalo x caye.

Gambar 4: Art Gallery dlm Nottingham Castle tu. Serius 4 org kat dpan tu cam tgh plan nk belasah aku.

Gambar 5: Dedaunan luruh. Superb.

Gambar 6: Statue Robin Hood, si perompak yg disayangi ramai. Kalo la die ade time ni, konpem die rompak org kaya pastu bg kat ak.

Untuk £2 (harga student), ak dpt la mngusha muzium dan castle die. Ak actually bkan kaki muzium, so ak tgk2 gamba je la dgn minda separa blank. But still, worth it. Still xleh lawan muzium kat london yg besau gedabak dan free.

Ak x trase ade byk bnda nk cter, since ak pegi pn kejap je. Huhu. Sile2 la dtg yer.

Tuesday 3 November 2009

Cam org x penah nmpak menteri - Lunch with Datuk Shabery Cheek

Hari ni tanpa segan silu ak skip kelas physiology Dr Berk lg skali. Mungkin beliau xkan ngaku ak anak murid da lg pasni. JPA tentu sedar yg ade sorg penerima biasiswa ni x mnjalankn tugas demi negara tercinta, sbb tu duit x masuk2 lg. Saya sedar dri.

Gambar 1: Logo JPA yg mnjadi pojaan hatiku.


Bercakap psl tanggungjawab kpd negara, aritu KUSMA (Kelab UMNO Salford dan Manchester) mnyambut kedatangan Datuk Shabery Cheek. Menteri Belia dan Sukan, juz in case korg buta politik cam ak. Oleh kerana event ni adalah terbuka dan ade ruang utk tetamu lg, ak yg xde ape2 kaitan pn turut lah serta. Apabila anda seorg pelajar oversea, lbh2 lg yg bukan anak sultan/tan sri/ dato' K, setiap peluang makan free hendaklah dimanfaatkn sepenuhnye.

Event yg berlangsung dgn serba sederhana di Britannia-Sachas Hotel, Manchester pada 1/10/09 ni didatangi oleh org2 besau. Shahidan Kassim pn ade dtg. Trlepas peluang baik utk merasa diri ini profesional. Siot btol, time ak jd AJK (a.k.a org suruhan) kat INTEC dlu, siap gaduh ngan drebar bas sbb schedule lari, xdak sorg pn menteri nk dtg. Kat cni ak low profile, xnk keje da, diorg datang lak. Ini tidak adil! (pukul meja).

Gambar 2: Time diorg berjalan masuk ke dlm dewan. Berasa bangga kerana berjaya tag along.

Gambar 3: Beliau hanya menggunakan 10% drpd chakra/reiatsu/mana/qi/tenaga dalaman/ etc beliau berbanding ketika debat ngan Anwar Ibrahim dlu.


Seperti segala majlis rasmi di mana2 skali pn, x kre la negara kapitalis, komunis bahkan Kerajaan Langit sekalipn, tidak terlepas drpd ucapan. Nasib baik ucapan YB Datuk bkn cam lecture ak kat cni. Ucapan beliau tidak mmbuat ak tdo. Tahniah, itu kejayaan yg amat besar.
Namun begitu, ble da ade part2 yg da xde kaitan ngan ak, rase lapar mula memuncak. Dgn air coke dan sirap dpan mata sbg penyelamat smentara, ktorg struggle utk wat muka macho dan menahan lapar pada masa yg sama.

Gambar 4: Muka2 lapar menanti waktu buffet dimulakan.


Bila waktu makan tbe, segala macho tolak tepi. Jaket mahal tinggal kat meja. Member tegur wat x dgr. Kejar terus meja buffet. Oleh kerana sume lapar, gambar pn xde. Cameraman pn nk mkn gak kn?

Maka lauk hari itu, masakan drpd Ning Restaurant (sebuah restoran masakan melayu yg tersohor kat Manchester) menjadi santapan kami yg kejar makanan mengalahkan kanak2 kat Somalia. Bez wo, sbb mahal. Nk makan makanan ctu mmg kene tunggu JPA/kerajaan dtg. X caye tgk MENU die. Tp something aku agak pelik ialah kenapa diorg serve nasi putih. Xkn kerajaan x bg bajet kot?

All in all, bangga dapat tgk muke menteri up close. Hepi dpt melaram. Kenyang dpt makan. Priceless. Rupa2nye ade gak hikmah ak dtg jauh2 ni ek... Eh, esok ade test pharmaceutical calculations? Ape tu? Cam x pnah dgr pn...