Wednesday 17 February 2010

Apek, kasi naik sama itu tanglung merah!

Mengambil tajuk daripada sebuah drama cina terkemuka, kita mulakan lagi sesi berblog hari ini.

14 Februari 2010. Permulaan tahun harimau dan valentine's day. Tapi sebab aku pria kesepian, aku tak sambut valentine's day (walaupun dalam hati teringin). Dan sebab agensi cari jodoh belum bagi respon memberangsangkan, aku ambil keputusan pergi tengok sambutan tahun baru cina dekat bandar Manchester.


Gambar 1: Poster event tersebut. Abaikan aura-aura kesemangatan yang dipancarkan mamat shaolin atas tu.

Tapi atas sebab-sebab tertentu aku datang agak lewat. Dalam pukul 3 petang baru sampai. Terlepas tarian naga. Sob sob sob.

Tapi demi blog ini ku gagahi jua perjuanganku. Sampai-sampai tempat kejadian, apa yang ada adalah sebaris gerai jual chinese food (yang kalau halal da lame ak beli) dan satu stage tempat buat persembahan. Mungkin di situlah agaknya shaolin martial arts tu. Tapi bila aku, apsal budak kecik yang berkungfu atas stage tu. Child labour?


Gambar 2: Gerbang ChinaTown Manchester. Ala yang macam kat Chow Kit tu. Cuma dekat sini tak ada swindler.

Gambar 3: Ni la stage yang digembar gemburkan tu. Apsal orang putih lagi ramai dari chinese?

Tapi sebab bilangan orang agak melampau di tempat yang banyak bangunan, nak tengok performance pun kene panjat pagar. Aku ingat nak buat camtu, tapi sebab aku sorang-sorang dan tengah pakai long coat, aku abaikan niat suci murni tersebut.

Gambar 4: Tapi ada yang meneruskan niat suci murni tersebut.

Harapan aku nak usha leng lui juga kesampaian. Ade beberapa di sana. Tapi tak boleh ar tangkap gambar. Nanti orang kate aku stalker.
Malam sikit, ada fireworks. Ah inilah yang ku tunggu-tunggu. Yay~



Alto: Rise Above



Maka itulah sedikit sebanyak sambutan Tahun Baru Cina di Manchester. Sekarang aku nak sambung tengok laman web cari jodoh untuk cari leng lui supaya aku boleh blog pasal valentine's pula tahun depan. Chow.

2 ulasan-ulasan tabloid:

hatim a.r on 18 February 2010 at 01:01 said...

mana show shaolin kungfu???nak tengok yg tu huhu..meriah pulak china town ni kan.kedai bukak ke tutup tu?

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 18 February 2010 at 02:31 said...

abg shaolin tgh gunting rambut. over meriah koy nk jalan pn ssh. T-T kedai bukak. bisnes beb. lgpn ramai yg makan besar time tu.

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*