Tuesday, 20 October 2009

Bilik anak bujang jomblo

Arini kepala ak agak blur. Ye sebenarnye setiap hari pn blur. Tp arini lebih sket. Time kelas td ak tbe2 terpikir ape jd kalo ade UFO dtg kidnap lecturer ak. Mungkin kelas akan tamat lebih awal.

Semua ini berlaku sbb hujan yg mengejut di kota manchester telah membekukan otak ak seperti daging lembu dari New Zealand yg boleh didapati di pasaraya Giant (peneraju harga terendah) yg terdekat dgn anda. Mula2 ak igt nk tulis blog ak pakai pen dan kertas, sperti yg terlihat di video di bawah:


What do you mean it's not awesome?

Dan bile ak sedar blogspot adalah sebuah servis online, ak mula kembali waras.

Oh btw y'all, arini ak nk cter pasal bilik ak. Yang ak da rasmikan dlm sebulan lepas. Ha, ni pendedahan khas ni. Even mak ak pn x tgk lg ha. Korg digalakkan berasa kagum. Tahniah2.

Umah ak yg ade 5 bilik tdo tp cume ade 4 penghuni ni merupakan hasil penat lelah ktorg berempat mencari separa mati semasa 1st year. Setelah pelbagai kontroversi suam2 kuku ala Sharifah Aini mngutuk Siti Nurhaliza yg kami lalui, akhirnye dpt jugak kami tmpat utk berteduh drpd cuaca Manchester yg nyaman dan sepoi2 bahasa... lah sgt.


Gambar 1: Tangga ke Kerajaan Langit Ayah Pin

Selangkah masuk ke rumah ktorg, 22 Rusholme Place, anda akan nmpk tangga yg tidaklah setinggi tangga Batu Caves, namun cukup hebat utk wat ak tpakse exercise pagi2. (Lantai bawah adalah keras walaupn disaluti karpet, so berguling adalah tidak dinasihatkan). Tingkat bawah menempatkn 2 bilik tdo, dapur dan ruang tamu.

Gambar 2: Pintu bilik yg yg agak boring utk taste I. Mungkin kayu yg lbh sesuai adalah kulit kayu manis.

Pintu di gambar 2 mmpunyai lapisan fireproof yg boleh tahan selama 30 minit. So ak smpat la bukak facebook, minum teh dan print nota utk esok sblom ak terjun keluar tingkap. Namun jika x boleh keluar atas sbb2 trtentu, ak ade 30 minit utk bertaubat. Pintu ini juga berfungsi sbg dumbell kerana beratnya yg cukup utk mnyeksa biceps dan triceps ak.

Gambar 3: Katil DOUBLE, Pintu Suka Hati , laci yg ade Mesin Cahaya Masa dan radiator utk nuclear powerplant yg dicuri drpd sisa2 di Chernobyl.

Maafkn pemilihan warna yg sgt bosan. Diingatkn ini adalah rumah sewa. Sebarang kerja mengecat adalah dilarang. Lgpn ok wat putih, drpd die letak belang2 jingga dgn hijau beserta tompok2 pink? Ak bkn nak wat nursery. Oh, dan katil double tersebut adalah penjenayah utama yg mnyebabkn ak TERlepas beberapa sesi kelas Drug Toxicity pd pkol 9 pg. Duvet 10.5 tog itu bagaikan Batu Belah Batu Bertangkup tatkala ak tgh kempunan nk cuti.


Gambar 4, dan 5: Meja study (yg tidak digunakan utk study) dan rak buku (utk mmperagakan buku supaya pengunjung dpt false impression yg blogger adalah seorg yg rajin)

Demi mmberikan nuansa serba romantis dan sentimental, ak tgkp gamba 4 dan 5 hanya disinari lampu GRÖNÖ yg dibeli khas dr Ikea Manchester. Kpd mamat/minah swedish yg design benda tu, ak kirim salam syg. Meja yg disusun atur utk mnghadap tingkap ini mmbantu ak utk mengelamun dan mengusha minah salleh kat blakang umah. Blonde tu beb. Ak tau korg tgh amek teropong dan binokular. Ye saya sdg bercakap dgn anda.


Gambar 6: Lampu GRÖNÖ. £4.99 hanya di Ikea. Sesuai dipasang utk melayan syahdu dan mnyilaukan mata.

Oh, kerana saya seorang yg sayangkan alam sekitar dan slalu trharu ketika mendengar lagu Michael Jackson - Heal The World, sy telah mnyahut seruan Greenpeace utk menanam pokok di dalam bilik saya. Oleh kerana di sini tiada pokok durian mahupun pokok buah naga, sy mmilih utk menanam bunga2 dan kaktus sahaja. So kre ade la sumber oksigen tatkala ak tgh dok bilik. Jika bapa saya, pesara Jabatan Pertanian tgk, tentu beliau berasa amat bangga seraya berkata "Dah besar anak bapak".


Gambar 7: Kaktus2 yg comel. Kotak coklat diletakkan di blkg utk mnghalang kanak2 kecil.

Gambar 8 dan 9: Pokok bunga Kalanchoe blossfeldiana (sila terbelit lidah) dan ros merah (yg ak gunakan utk wat sirap ros)

Akhir sekali, bilik mane yg tiada hiburan? Demi memenuhi nafsu muda mudi yg inginkn Rentak Muzik Terkini yg Lebih Hangat Daripada Biasa, laptop yg telah menemani kesunyian hidupku tatkala 1st year mnjadi centre of attraction di bilik I.

Gambar 10: Asus G1sn, main culprit ak malas nk keluar bilik. Oh, Altec Lansing VS4221 dan Buffalo 1 TeraByte tu, jgn nk wat muke innocent. (sila klik gambar trsebut utk mlihat wallpaper yg dipilih khas utk post kali ini)

Terima kasih kpd pintu yg diberitahu di atas, sy dapat melalak dan menari lagu 4U2C tanpa mnganggu housemate. Sy berckp ttg video ini. (Credits kpd Saudara Hatim yg mnjumpainya)


So ape pndapat anda? Cozy x bilik I? Walaupn tidak mndapat sentuhan Eric Leong mahupn krew Deko Idaman, bilik ni mmg berjaya mmbuatkn ak xleh kuar slain utk makan, mandi dan pegi kelas.

OK, da malam. Berjumpa lg di post akan dtg. Maaflah Joe. Mlm ni Fiona sibuk, Fiona kena belajar.

p/s: Slamat mngkomen. Oh, dan pintu putih itu bukan pintu bilik, kerana pintu bilik berwarna coklat. I told u, itu Pintu Suka Hati. Jgn melawan ckp org tua.

Tuesday, 13 October 2009

Aidilfitri seorang perantau. (Edisi ketinggalan zaman)

Maka aku yg pemalas nk update blog ni bermula la lagi skali mengarut. Haiyo, nk blogging pn malas, ni pn saje nk cari alasan xnk study arini.

So sambil melangsaikan hutang bil air dgn United Utilities, mari ak story sket sbyk pasal cane ak sambut raya kat cni. Sbb raya sebulan, so tanpa segan silu ak bukak topik yg berhabuk smpai tahap kene sapu pakai bulu ayam atau org kampung saya panggil feather duster.



Raya kat tmpat muka bumi Manchester ni pelik sket. Tak macam kat Malaysia. Semangat ttp ade, walaupn xde la smpai nk wat meriam buluh (dan hilang 3-4 jari dlm proses), tukar langsir dan sofa dan perabot (pastu smpai syawal tahun depan blom tentu abes bayar) dan buat kuih raya macam nk bg makan seluruh negara anggota NAM. Da name student. Tp yg bestnye ble ade yg rajin nk wat open house. Kadang2 student wat. Tp lg masyuk ble postgrad student yg da ade anak bini (atau anak suami) wat. Aku? Tukang makan la. Kat umah pn seumur hidup x penah wat open house.

Gambar 1: Suasana di sebuah open house di daerah Old Trafford (bkn dalam stadium, alex ferguson sambut xmas, bkn raya).

Gambar 2: Suasana di sebuah open house di sebuah rumah student di Rusholme. Sweet and simple gtu. Cheewah.

So dgn pengangkutan yg terhad dan kebergantungan kpd ajakan senior, dpt la gak ak gi 3 open house kat Old Trafford dan 2 kat Rusholme (kpd penghuni umah 28 Rusholme Plc, korg masak mmg sdap). Dan x dilupa, MCOT (sebuah perbadanan pelajar2 melayu kat manchester) pon ada wat open house.

Gambar 3: Open House Mcot. Sume tgh lapar dan x sabar nk tunggu makan

Gambar 4: Ni la namanye makan smpai mak mertua lalu sebelah pn x prasan

Gambar 5: Pelajar2 Manchester yg hadir ke jamuan Mcot hari tu. Ramai lg Malaysian kat cni, ni baru sbahagian kecik. Aiyoh, ni pn da cukup nk wat riot kat tgh bandar.

Gambar 3, 4 dan 5 adalah ihsan ikhlas saudara Dzul Najmi Sirozi. Lawati flickr beliau di http://www.flickr.com/photos/betul2_bosan/

Ini la adat org melayu smbut raya. Baju cantik2, makan sdap2, berjumpa2 sesama sahabat handai (dan bg yg bertuah, saudara mara). Tp bagaimana org Manchester sndri mnyambut aidilfitri?

Start 2nd year ni ak dok area Rusholme. Sebuah daerah kecil dlm Manchester yg femes dgn gelaran Curry Mile. Cni majority pnduduk adalah South Asian. (Belah2 pakistan, india, etc). So cni mmg ramai muslim.

Time raya kat KL jalan lengang kan? Time raya kat Rusholme sbaliknye. Traffic jam setiap malam selama 3 mlm berturut2. Diorg ni ske berarak time raya. Yg stakat berarak tu ok lg. Yg sewa kereta mahal2 (lamborghini, etc), telan arak, buat bising pakai trompet dan buat benda2 bahaya ni yg wat ak rase nk bantai sekor2. Tp sbb diorg lg besar dr ak, so ak batalkn la niat separa suci murni tersebut. Nasib baik ada polis jage kat cni. Dalam selang 100 meter akan ade 2 org jd pak pacak. X pasal2 diorg pn kene tgk anak bulan gak sbb nk plan ble nk wat patrol.

Gambar 6,7 dan 8: Kesibukan kota raya Rusholme pada malam raya ke-3. Mat salleh berpakaian spt polis itu tidak lain tidak bukan adalah polis.


Ha, utk menambahkn pening kepala kami rakyat2 malaysia, di park berdekatan juga ada Funfair smpena raya. Ha, jgn tergezut. Igt kat taman perumahan korg je ade funfair? Cni ade gak u~

Gambar 9: Poster funfair di Whitworth Park. Sila ambil perhatian pada frasa "HAPPY EID FESTIVAL" dan tarikh funfair tersebut beroperasi. (hari2 terakhir Ramadhan dan minggu pertama Syawal)

Gambar 10: Sgt meriah kan sinaran neon ini?

Gambar 11: Blogger mengambil gambar di tgh2 funfair. Ye ar, kecik2 dlu mak x bg pegi.

So ape pndapat anda ttg funfair tersebut? Ia menambahkn aura2 kemeriahan syawal yg agak twisted. Tp ak x naik satu ride pn. Satu ride £0.99 (mengikut tukaran smasa, RM5.40). Ape ko igt mak ak Queen Elizabeth ke?

So settle la kisah raya di Manchester. Pelik, menarik dan tak terlalu terikat dgn budaya melayu. Ada hikmah la gak beraya kat negara orang. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin kalo ade tersilap dan terkasar bahasa atau sape2 yg trsinggung dgn post2 sblom ni dan yg akan dtg. Kosong2 ye~

p/s: sape2 nk masukkn duit raya, sila transfer ke akaun Lloyds TSB, number account: 23998860, sort code: 30-95-42. Terima kasih.


Tuesday, 15 September 2009

Ramadhan@Manchester

Gambar 0: Gambar hiasan semata2

(AMARAN KEMENTERIAN KESIHATAN: Adalah tidak digalakkan membaca post ini ketika berpuasa. Mengandungi gambar2 dan teks yg mungkin menyebabkn perut anda berkeroncong. Sila tunggu waktu berbuka.)

Aloha, bertemu lg kte dlm blog yg akhirnye ade post baru ni. Demi menyambut aku yg baru smpai Manchester ni, ayuhlah kte merapu (atau dlm kes korg, bace ak merapu). Hari ni ak nk cter pasal Ramadhan kat Manchester, smpena rakyat Malaysia da mula teringat kampung halaman sbb nk beraya.

Sesampai nye ak kat Manchester pada tanggal 4 September 2009. ak terus sambung ibadah puasa yg ak da lalui dlm seminggu kat Malaysia. Da smpai cni, kene la beringat sket nk makan. Tp rezeki Tuhan ade kat mane2. Smpai cni pn perut ak sendat gak.

So meh la ak cter sket katne ak berbuka pose, atau pak arab panggil iftar (aiseh, ni je la arab yg tau. Ye ar, dlu kecik2 suh gi skolah agama malas). Kerana diri ini seorang student yg tidaklah kaya dan sgtlah kedekut, ak berbuka je la kat masjid. Sambil makan free, sambil bg org pahala sedekah jariah. Ha, kan baik ak tu?

Kalo ade org kate, alaaa makan free kat masjid, ape la sgt yg die bg. Salah besar la beb. Masjid yg ak pegi (Manchester Central Mosque, Victoria Park. Sebuah masjid Pakistan.) serve nasi beriani/bukhara. Ikut hari, ade yg siap bg kari kambing skali. Dan juga pakora (jemput2 org india). Mmg mantop ar. Sedap giler kot. Sehingga menjilat sudu you~


Gambar 1: Portion yg ak tibai pada suatu maghrib yg indah di Manchester Central Mosque. Nasi, pakora, kari, susu strawberi. Kalo beli ni mau smpai £3-£4.

Gambar 2: Pemandangan orang tgh lapo menunggu azan. Gambar ditangkap secara undercover utk mengelakkan org igt ak x penah tgk makanan.

Masjid Pakistan ini memang byk bajet. Sekali jamu ratus2 org. Diorg ni sedekah jariah mmg bagus. Kutipan time solat jumaat je da £5100++ (mengikut tukaran semasa, rm30,000++). Nk dapat cani kat Malaysia? Suh politician2 dan Dato'2 tu bayar zakat dlu.

Banyak pahala diorg ni. Semoga Tuhan balas amalan korg. =)

So makan punye makan, terawih jangan lupe. Mcm kat msia la, ade masjid wat 8, ade masjid wat 20. Ak? 8 je la kot...


Gambar 3: Pemandangan dewan solat, Manchester Central Mosque. Juga ditangkap secara undercover utk mengelakkan org igt ak x penah tgk masjid.

Something yg menarik pasal masjid2 org south asian ni. Diorg wat 20 rakaat, dan diorg habiskn 1 juzuk dlm satu malam. So utk mengelakkan org sakit kaki berdiri, imam akan bace dgn kelajuan yg mungkin mmbuatkn imam2 kat Malaysia terpegun. Sgt laju, tp tajwid ntah ke mana. Oh, dan mereka juga adalah hafiz. Yg menariknye, ade org boleh catch up dan btolkn kalo2 imam tu tersilap bacaan, walaupn dgn kelajuan yg disebutkn td. Ade org kate, sebuah lg masjid berdekatan, Masjid org Somalia, bace dgn tartil dan tertib.

Igtkn kat cni xde bazaar ramadhan. Haish ade gak rupenye. Ha, meh kte story skali. Bazaar ni dikelolakn oleh postgrad2 dan family2 yg dok kat Cheetham Hill, tmpat org melayu berkeluarga berkumpul kat Manchester. Dlm 10-15 minit drive dr universiti.

Gambar 4: Auntie, bg karipap 20, seri muka 43, lopes 78/7, wajik 132.46...

Gambar 5: Kuah asing ye bang.
Gambar 6: Pemandangan dlm bazaar. Ramai wo.Gambar 7: Roti Jala £1, Nasi ayam £2. Jangan convert jd ringgit. Please jgn. Please3 jgn.

Bagi yg rindu masakan malaysia, sini la tmpat melepas rindu. Tp sbb pakai bahan sini, rase die x sesedap mane. Harga yg *koff* agak *koff* mahal *koff* juga menghadkan nafsu makan kami.

Berikut adalah benda yg ak beli. Aku wat sahur je.

Gambar 8: Mi bandung. Oh, silap. Spaghetti Bandung.
Gambar 9: Pasembor.

Makan punye makan, perut sudah kenyang, hati sudah senang. Post sudah siap. Ak chow dlu. Berjumpa lg dlm post berikutnye. Adios~

Tuesday, 26 May 2009

Baile Átha Cliath : Dublin

Aloooooohaaa~
Mungkin ade rakyat2 yg berkata, "mane blogger ni? nk wat blog ke xnk, malas btol nk update!" sowie ler rakan2, exam meh. kalo result ak dean's list boleh la blog sehari 3-4 kali. ni nk pass pn merangkak2, terpaksa la study cam separa waras. nasib baik ade separa lg. kalo x ak x tulis blog ni dlm bahasa melayu, tp mungkin dalam bahasa Irish. Tp ntah nape ak wat gak blog dlm kepeningan study physical pharmacy ni. Ketegaq btoi.

Cakap pasal bahasa Irish, meh ak cter pasal trip ak x berapa lama (la sgt) dulu. Ke kota dublin, Ireland.
Gambar 1 : Seorang rakyat Dublin yg disumpah mnjadi batu oleh ibunya. Adik2, jgn melawan ckp ibubapa...

Apa ada pada dublin? Errm, ak sendiri tatau nk ckp ape. Bak kate tour guide ak, kalo nk pergi europe, Dublin adalah one of the most unlikely choice. Tp ak bkn kisah sgt pn, ak dtg nk jumpe sahabat handai sekaligus mmbazirkn masa winter break ak (yg kemudian mmbawa kpd zaman kejatuhan akademik 1st sem ak).

Ak dok cni seminggu, tp duit ak x abes byk. Sbb ape, berbelanja di sini bkn lah sesuatu yg disarankn oleh KPDNHEP. Harga barang melampau nyer mahal. Long coat yg dlm £60 kat UK, jd €100 kat sini. Da la time ak pegi, euro ngan pound da hampir same. So sbb ak ni kedekut (sila rujuk post2 di bawah berkaitan sabun basuh), ak pn x beli ape2 selain souvenir due tige keping (tshirt hard rock cafe, fridge magnet dan sebuah "bekas" utk mengisi "produk" terbaik di Dublin) dan tambang naik bas. Penginapan dan makan minum? Berparasit kat umah member ar. Kate ziarah... So kalo ak nk masuk destinasi bajet mmg seswai sgt ah. 8TV xnk rekruit ak ke?

Gambar 2 : Hard Rock Cafe Dublin, tmpat ak beli baju HRC 1st ak.

So kte tgk la sket sbyk benda yg ade kat cni. Pertama, tiang gergasi nih.
Gambar 3 : Spire of Dublin, An Túr Solais


Wikipedia kate benda ni utk mencantikkan bandar diorg. Member ak kate ni tiang telefon terbesar. Ak rase ni digunakan utk menyula gergasi lagenda Irish yg pernah memusnahkn bandar Dublin suatu ketika dulu. Mane satu btol? Kte fikir2kn... Tp ape2 pn, infrastruktur ni tinggi 120m. Mmg penarik kilat dan petir la kalo wat kat msia. So Dato Seri Najib, jika anda sdg mmbace blog ni, jgn panggil arkitek suh wat blueprint utk bina benda ni kat tgh2 KL. Ok?

Kedua, Liffey River...

Gambar 4 : Liffey River. Kalau la sg. Klang bersih camni...

Liffey River terletak di tgh2 bandar Dublin. Perhatikn, tidak ada sebarang bendasing yg tidak diingini di sungai ini, walaupn kaki botol (dan kaki, dan botol) bersepah kat serata europe. Ade cruise biasenye kat sungai ni, tp hari tu ak pegi xde. Mayb sbb winter, mayb sbb cuaca x brape elok. Xpe ah, sungai mane2 ade kn.

Ketiga, Temple Bar.
Gambar 5 : Temple Bar, Barra an Teampaill. Tempat muda mudi bercanda ria

Temple bar ni adelah tmpat yg Dr. Allison, lecturer Microbio ak kat Manchester reccommend suh pi tgk (diingatkn, beliau berumur lingkungan 50-60 thn). Ye, sila fokus pada perkataan BAR dan bukan temple (tiada tmpat sembahyang mana2 agama di sini). Kerana ini tmpat di mana bar2 dan club2 dikumpulkn di Dublin. Tmpat plg bez utk Saturday nite fever kat cni.

Keempat, universiti2 yg digilai lepasan2 SPM yg nk wat Medic...

Gambar 6 : University College Dublin (UCD)

Gambar 7: Trinity College, Dublin (TCD)

Gambar 8 : Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI)

Kenapa kerajaan Ireland sumbat sume univ2 kaw2 kat satu bandar? Hanya Tuhan saja yg tahu. Padahal besar lg tanah di bawah pemerintahan Mary McAleese tu. Oh tidak terlihat di sini adalah University College Cork dan National University of Ireland, Galway (yg tidak di Dublin, ttp di Cork dan Galway, d'uh...). X smpat gi sane. Xde khidmat kereta kuda mahupun lanca utk ke sana. Namun universiti2 ini adalah tersohor x igt di kalangan student2 medic. Kalo blk msia mmg jd hot stuff ar student cni. Ramai nk wat menantu.

Ni blom cter pasal Powerscourt. Nnt2 la ak cter. Kang da cter sume, ape lg ak nk tulis. Ok wa chow dlu. zzz...

Wednesday, 1 April 2009

Otaku-ism : of moe, tsundere and harem

Hula hup! Since blog ni hanyalah tmpat sang blogger utk melalut x tentu psl, maka hari ini mari kita selongkar benda yg da merasuk dlm kepala beliau sejak dahulu dan semakin kronik di manchester oleh kerana connection yg masyuk. Itulah die... Anime.
Kpd sesiapa yg x paham maksud otaku, moe, tsundere dan harem, sila rujuk wikipedia. Pjg ak nk cter, terutamanya moe.

So, anime? Yezza, setiap org ade minat masing2. So ni la slh satu minat aku. Biase kdg2 minat ak ni ade mata2 yg pndang serong. Lek2 sudeyh kan? Asalkn kte tau batas syara' dan moral, layan je la. Btol x? Watpe mau kutuk2 meh? Ni bukan parti politik mau fitnah2/kutuk2/bidas2 org len.

Sejak ak dtg cni, tahap fanatik ak mmg meningkat dgn eksponen. Setiap lunch dan dinner ak mesti ade satu episod ak layan. Mmg masyuk. So mari kte tgk anime yg ak layan spanjang ak dok manchester. Yg kat Malaysia x kre la.


Anime2 yg "la ko baru nk tgk ke? Lame siot"

1. Full Metal Alchemist (tu pn x abes lg, sbb xde source sejak da dpt license)
2. Midori no Hibi
3. Gundam Seed Stargazer


Anime2 yg x ramai org tau/tgk

1. Clannad
2. Kanon 2006
3. Mahou Shoujo Lyrical Nanoha
4. Mahou Shoujo Lyrical Nanoha A's
5. Mahou Shoujo Lyrical Nanoha Strikers
6. Fate/Stay Night
7. Ichigo 100%
8. Lucky Star
9. Shingetsutan Tsukihime
10. Strike Witches


Anime2 yg baru (atau relatively baru)


1. Gundam 00 2nd season

2. Toradora

3. Asu no Yoichi

4. Clannad After Story

5. To Aru Majutsu no Index



Anime yg ak drop

1. D.C. Da Capo
2. Sky Girls
3. Code Geass
4. Minami ke Okawari


Maka itulah list yg boleh dikira hambar di kalangan para otaku yg lg advanced dr ak. But still, list ni sdg mmbesar sihat dan kuat, lbh2 lg dgn kerakusan ak mengdownload. Wakaka. Salah satu sbb ak wat post ni adalah utk mncari member2 se-otaku yg lain. Sape2 yg follow anime2 tersebut, atau ade anime bez utk di rekemen, silakan comment post nih. Looking forward to it!