Saturday 31 October 2009

Nasi Ayam Madu yg berjaya...

Akhirnya, tatkala malam yang sangat indah dan cahaya bulan menembusi awan-awan, terdengar ketik-ketik bunyi papan kekunci ditekan. "Wat the heck, apsal ak tulis cam novel cintan melayu ni?", kata Amirul sang blogger, tatkala dia menghentakkan kepala ke dinding seperti sudah hilang akal.

Maka tujuan dia berblog malam ini ada dua. Pertama, dia hendak stay up supaya tidak terlepas bas ke Nottingham pada jam 4.45 pagi. Kenapa begitu dini hari sekali bas itu? Biarlah itu menjadi persoalan retorik buat sementara ini. Kedua, dia hendak berlagak tanpa segan silu atas kejayaan beliau menyediakan nasi ayam madu yang sangat menyelerakan, atas penilaian beliau sendiri. Mengingatkn rakan2 serumahnya yang "hanya tolak batu dan kayu", seperti kata-kata anak muda zaman sekarang, beliau tidak mengambil inisiatif menanyakan mereka. Hanya periuk kosong menjadi saksi bisu.
Gambar 1: Kuali Tefal kepunyaan rakan serumahku. Gambar ihsan Tefal. "woi Tefal ak promote utk ko ni, bg la voucher utk ak beli periuk baru!", kata Amirul.

"Oh, aku tidak harus kedekut ilmu, aku harus berkongsi ilmu ini. Lebih-lebih lagi resipi ini bukan resipiku." kata Amirul. Maka ketikan papan kekunci semakin laju. Sebelum ini beliau hanya mnghabiskn masa melayari laman sesawang Facebook yang terlalu popular di kalangan remaja dan stalker-stalker.

Tanpa melengahkan masa, jari-jemari beliau mula menaip.

(Nota: resipi ni mengambil kira yg korg da ade basic memasak tahap x bunuh org dgn masakan korg. Jgn tanye boleh x basuh beras pakai Hydrochloric Acid 5M, perlu atau x nk kupas bawang atau camne nk turn on periuk nasi)

Nasi Ayam Madu Perantau

Bahan-bahan:

Stok Ayam
1. Ayam
2. Serai
3. Halia

Ayam Madu
1. Ayam
2. Kicap
3. Sos Tiram
4. Madu

Nasi Ayam
1. Nasi
2. Stok Ayam (lihat di atas)
3. Garam
4. Serbuk Kunyit

Sup
1. Stok Ayam (lihat di atas)
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Garam

Sayuran
1. Kobis
2. Timun
3. Tomato
4. Daun Salad

Cara-cara:

Stok Ayam:
1. Rebus ayam bersama halia dan serai. Anggarkn air supaya cukup utk dibuat memasak nasi dan utk sup. Gunakan api sederhana kecil.


2. Rebus sehingga ayam masak. Keluarkn ayam untuk diperap.

Ayam Madu
1. Perap ayam dengan kicap, sos tiram dan madu. Ketepikan selama sekurang-kurangnye 15 minit sebelum dimasak. (sementara menunggu boleh masak nasi & sup dulu)
2. Goreng ayam secara deep fry atau bakar dlm oven selama 30-45 minit dgn suhu 220-250 darjah celcius.

Nasi Ayam
1. Campur beras dengan stok ayam td. Ambil perhatian bahawa stok ayam bukanlah air semata-mata dan lebih pekat, maka anda mungkin memerlukan lebih stok berbanding air yg digunakan semasa memasak nasi biasa. (saya gunakan nisbah 2:1 utk stok:nasi)
2. Tambah secubit kunyit sebagai pewarna dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Masak nasi dengan Rice Cooker


Sup
1. Tumis bawang merah dan putih yg ditumbuk halus.
2. Selepas naik bau, masukkan stok ayam.
3. Letakkan garam secukup rasa.
4. Tambah air untuk tentukan kepekatan sup ikut kesukaan anda.
5. Masak sehingga mendidih
6. Hias dengan bawamg sup, bawang putih dan bawang goreng.


Menghidang
1. Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam, kicap, sos dan sayuran yang telah dipotong.
2. Tepuk bahu anda sambil berkata "tahniah2". Ambil masa untuk mengambil gambar supaya boleh tunjuk dekat mak (dan bakal mak mertua).
3. Basuh tangan, baca Bismillah/Grace before meal/ ittadakimasu/ etc2 dan makan.
4. BASUH PINGGAN. Oh, itu sgt penting. Jangan buang terus cam mat salleh kat flat lama ak dlu.

Penghargaan kepada Nurul Fadila Bt Amad Bistomam, tuan punya resipi.
Kepada yang belum pernah cuba, selamat mencuba. Kepada yg da pro, jangan kutuk belakang kalo ak ade wat silap. Meh cter kat comment, bagitau part mane yg bleh improve. X baik kedekut ilmu, Tuhan marah.

Oh, jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Masih ada 3 jam untuk Amirul berjaga. Lagu DBSK - White Lies ini memang tidak membantu. "Zzzz...", Amirul berkata sambil kepalanya lentuk ke atas kekunci Z di atas komputer ribanya.

8 ulasan-ulasan tabloid:

hatim a.r on 31 October 2009 at 01:57 said...

tak payah ah nak bgtau masak nasik dengan rice cooker lol.takkan nk masak ngan dapur kayu pulak ko ingat ini kem pengakap ke ape

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 31 October 2009 at 02:05 said...

ko tatau beb, ak spend half a year masak nasi pakai periuk biasa sbb periuk nasi ak rosak dan ak malas beli baru. lgpn takut nenek2 kat kampung yg celik IT tp xtau pakai rice cooker bace.

Anonymous said...

er..sambal cili tu cemana lak?

teeheehee. sori la.

memang tak pro masak. tu yang kena tanya.

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 1 November 2009 at 23:35 said...

anonymous- time ak wat, juz tumis bawang putih, halia dan cili merah yg dikisar. letak garam, gula dan cuka(sket je) pastu masak smpai ilang rase pahit cili.
slamat mncuba. =)

Anonymous said...

bawang putih [a]+ halia [b] + cili merah [c] sume dikisar sekali atau kisar c sahaja dan a & b dipotong dadu kecil?

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 2 November 2009 at 12:49 said...

kisarkn sekali. kalo x sambal tu nnt jd berketul2.

Anonymous said...

hai...saya kakak kepada Nurul Fadila. Terima kasih la memberi kredit kpd adik saya tu...hehehe...

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 8 January 2011 at 23:19 said...

sama-sama! harus bangga pada adik! dia telah menyelamatkan nyawa seorang yang kempunan nasi ayam!

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*