Showing posts with label Selera Ramadhan bersama Minyak Masak Cap Kapal Terbang. Show all posts
Showing posts with label Selera Ramadhan bersama Minyak Masak Cap Kapal Terbang. Show all posts

Saturday, 31 October 2009

Nasi Ayam Madu yg berjaya...

Akhirnya, tatkala malam yang sangat indah dan cahaya bulan menembusi awan-awan, terdengar ketik-ketik bunyi papan kekunci ditekan. "Wat the heck, apsal ak tulis cam novel cintan melayu ni?", kata Amirul sang blogger, tatkala dia menghentakkan kepala ke dinding seperti sudah hilang akal.

Maka tujuan dia berblog malam ini ada dua. Pertama, dia hendak stay up supaya tidak terlepas bas ke Nottingham pada jam 4.45 pagi. Kenapa begitu dini hari sekali bas itu? Biarlah itu menjadi persoalan retorik buat sementara ini. Kedua, dia hendak berlagak tanpa segan silu atas kejayaan beliau menyediakan nasi ayam madu yang sangat menyelerakan, atas penilaian beliau sendiri. Mengingatkn rakan2 serumahnya yang "hanya tolak batu dan kayu", seperti kata-kata anak muda zaman sekarang, beliau tidak mengambil inisiatif menanyakan mereka. Hanya periuk kosong menjadi saksi bisu.
Gambar 1: Kuali Tefal kepunyaan rakan serumahku. Gambar ihsan Tefal. "woi Tefal ak promote utk ko ni, bg la voucher utk ak beli periuk baru!", kata Amirul.

"Oh, aku tidak harus kedekut ilmu, aku harus berkongsi ilmu ini. Lebih-lebih lagi resipi ini bukan resipiku." kata Amirul. Maka ketikan papan kekunci semakin laju. Sebelum ini beliau hanya mnghabiskn masa melayari laman sesawang Facebook yang terlalu popular di kalangan remaja dan stalker-stalker.

Tanpa melengahkan masa, jari-jemari beliau mula menaip.

(Nota: resipi ni mengambil kira yg korg da ade basic memasak tahap x bunuh org dgn masakan korg. Jgn tanye boleh x basuh beras pakai Hydrochloric Acid 5M, perlu atau x nk kupas bawang atau camne nk turn on periuk nasi)

Nasi Ayam Madu Perantau

Bahan-bahan:

Stok Ayam
1. Ayam
2. Serai
3. Halia

Ayam Madu
1. Ayam
2. Kicap
3. Sos Tiram
4. Madu

Nasi Ayam
1. Nasi
2. Stok Ayam (lihat di atas)
3. Garam
4. Serbuk Kunyit

Sup
1. Stok Ayam (lihat di atas)
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Garam

Sayuran
1. Kobis
2. Timun
3. Tomato
4. Daun Salad

Cara-cara:

Stok Ayam:
1. Rebus ayam bersama halia dan serai. Anggarkn air supaya cukup utk dibuat memasak nasi dan utk sup. Gunakan api sederhana kecil.


2. Rebus sehingga ayam masak. Keluarkn ayam untuk diperap.

Ayam Madu
1. Perap ayam dengan kicap, sos tiram dan madu. Ketepikan selama sekurang-kurangnye 15 minit sebelum dimasak. (sementara menunggu boleh masak nasi & sup dulu)
2. Goreng ayam secara deep fry atau bakar dlm oven selama 30-45 minit dgn suhu 220-250 darjah celcius.

Nasi Ayam
1. Campur beras dengan stok ayam td. Ambil perhatian bahawa stok ayam bukanlah air semata-mata dan lebih pekat, maka anda mungkin memerlukan lebih stok berbanding air yg digunakan semasa memasak nasi biasa. (saya gunakan nisbah 2:1 utk stok:nasi)
2. Tambah secubit kunyit sebagai pewarna dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Masak nasi dengan Rice Cooker


Sup
1. Tumis bawang merah dan putih yg ditumbuk halus.
2. Selepas naik bau, masukkan stok ayam.
3. Letakkan garam secukup rasa.
4. Tambah air untuk tentukan kepekatan sup ikut kesukaan anda.
5. Masak sehingga mendidih
6. Hias dengan bawamg sup, bawang putih dan bawang goreng.


Menghidang
1. Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam, kicap, sos dan sayuran yang telah dipotong.
2. Tepuk bahu anda sambil berkata "tahniah2". Ambil masa untuk mengambil gambar supaya boleh tunjuk dekat mak (dan bakal mak mertua).
3. Basuh tangan, baca Bismillah/Grace before meal/ ittadakimasu/ etc2 dan makan.
4. BASUH PINGGAN. Oh, itu sgt penting. Jangan buang terus cam mat salleh kat flat lama ak dlu.

Penghargaan kepada Nurul Fadila Bt Amad Bistomam, tuan punya resipi.
Kepada yang belum pernah cuba, selamat mencuba. Kepada yg da pro, jangan kutuk belakang kalo ak ade wat silap. Meh cter kat comment, bagitau part mane yg bleh improve. X baik kedekut ilmu, Tuhan marah.

Oh, jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Masih ada 3 jam untuk Amirul berjaga. Lagu DBSK - White Lies ini memang tidak membantu. "Zzzz...", Amirul berkata sambil kepalanya lentuk ke atas kekunci Z di atas komputer ribanya.

Wednesday, 18 March 2009

Selera Ramadhan bersama Minyak Masak Cap Kapal Terbang- episod 1

Yaaa tuan2 dan puan2. kite bertemu lg dlm rancangan Selera Ramadhan yg ditaja oleh Minyak Masak Cap Kapal Terbang! Pilihan tok wan saya sejak tahun 1935.


Hari ini kita akan menyediakan sebuah juadah yg x asing lagi di kalangan rakyat seluruh dunia. Haa jgn xtau cik jah. Kita org laki ni kene blaja masakan2 cani, kang kalo org rumah pening2, senang kite boleh bg die makan. Haa, masakan hari ini x lain x bukan...

PARACETAMOL

Haa, juadah ni ade pelbagai name lain. Panadol la, Uphamol 650 la, acetaminophen, dan bermacam2 lg lah cik jah. Sesuai dimakan sbg pencuci mulut selepas makan malam. Masakan ni snang je cik jah. X perlu skill memasak tinggi2. Kita lihat dulu bahan2nye ye.

Bahan2:
2.2 gram 4-aminophenol

20 cm
3 air suling
2.5ml acetic anhydride

Sedikit air panas


Haa, senang je bahan2nye tu. Boleh didapati di kedai runcit Pak Kudin kat simpang 4 nk masuk ke Kg. Gajah Menyelam. Kita lihat cara penyediaannya-

1. Campurkn serbuk 4-aminophenol dan air suling dalam kelalang kon 100cm3. Biarkn die terampai kat atas air.

2. Tambahkan acetic anhydride ke dalam kelalang kon tadi perlahan2. Jgn laju2 cik jah. Meletop kang. Abis x lawa muka kang kaler itam.

3. Kacaukan bahan2 kte tadi sehingga sebati.

4. Panaskn di atas steam bath (org kg sy panggil) dalam 10 minit atau sehingga semua bahan2 larut ye. Bila dah siap anda akan nmpak bahan2 kita akan jadi macam kaler kuning2 jernih gtu. Jgn minum, x siap lagi.



5. Bila bahan2 kte da larut, kte sejukkan dalam bekas berisi ais. Peti ais pon ok cik jah. Biarkn dalam 10-20 minit, shingga nmpak ade kristal2 kat dlm bahan kte td.

6. Bila da siap disejukkan, kita tapis bahan2 td pakai kelalang dan corong turas Buchner. Ha, ni alat masak simple yg mesti ada di dapur. Martha Stewart ngan Rachael Ray yg rekomen kat sy masa sy melawat diorg 3 minggu lpas. Ni la rupe die...


Pasang radas... eh, alat2 masakn kte spt rajah... eh, gambar di atas. tu getah oren tu sambung ke vakum. kalau xde, vakum lantai pon boleh digunakan sgb ganti. (Gambar buchner ini adalah ihsan www.chem.yorku.ca. X smpat tgkp sndiri.) Turas smpai la kering spt gmbar di bwh.

7. Tuangkan sedikit air panas masa kite menuras. Biar bersih hasil turasan kte. Jgn byk sgt, x baik mmbazir.

8. Haa ble dah siap, kte keluarkn serbuk putih tu dan tuangkn ke atas piring kaca.

9. Masukkan adunan kita td ke dalam oven pada suhu 60 darjah celcius selama 30 minit. Jgn lame2 cik jah. Rentung kang I x tau...

10. Ha, inilah masakan kte yg sudah siap. Hidangkan panas2. Sesuai dimakan beramai2 bersama keluarga dan sahabat handai. Dgn bahan2 td, boleh la dapat dalam 1.6274g paracetamol. Cukup nk wat 3 biji panadol.


(Nama lab partner sy di-blurkn atas permintaan beliau. Biase la anak dara sunti gtu. Malu2 kucing. Auuuw! Jgn maraaa~)

Haa, tuan2 dan puan2. Snang kn resipi kte ni. Haa, ape lg, berasap la dapur cik jah lpas ni. Baiklah, kte bertemu lg pd episod akan dtg. Baiiiii~~~