Wednesday 24 March 2010

"School is cool" bukan sekadar slogan mencegah gejala ponteng



AMARAN: SEDIKIT EMO. JIKA TIDAK TAHAN SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH SAHAJA DAN TERUS KE LAMAN WEB YANG LEBIH BERFAEDAH.








YOU HAVE BEEN WARNED, JIKA ANDA MEMBACA POST INI LALU BERKATA WATDEHEK JANGAN SALAHKAN SAYA



Tahun kedua ijazah sarjana muda farmasi. Sounds good? Yeah right. Kalau doraemon wujud di dunia saya akan gunakan semua duit simpanan semata-mata untuk beli kuih dorayaki untuk merasuah beliau. Dan salah satu yang saya mahu ialah mesin cahaya masa.

Zaman sekolah itu bagus. Sampai kadang-kadang saya tak faham kenapa budak-budak sekolah tak sabar-sabar nak membesar. Kecil-kecil dah pegi kahwin lari dekat negara orang. Kecil-kecil dah barai. Kecil-kecil dah bakar duit pastu hisap. Mereka budget habis cool lah hidup begitu.

Tak tahu nak salahkan siapa sebenarnya. Sama ada media tahap Razak Mohaideen dan filem-filem yang sengaja letak unsur-unsur panas untuk kontroversi murahan. Atau mak bapak kayu yang kahwin reti, minyak Sensaoil dan Kopi Super Power reti, tapi jaga anak fail. Tu belum kira mak bapak yang melalak cam konsert black metal depan anak-anak. Kalau kahwin tapi tak reti jaga anak apa beza dengan barai dan buang anak dekat tepi sungai kan?

Berbalik kepada topik asal, hidup di sekolah memang indah. Terutama kalau anda fokus dalam belajar. Berikut ialah benda yang tidak wujud waktu sekolah dahulu (your experience may vary)

1. Cintan


Gambar 1: Tidak, bukan yang ini

Yes, tiada jiwang-jiwang waktu di sekolah, terutama sekolah rendah. Dan oleh kerana saya seorang geek bawak buku teks waktu rehat sambil lap hingus, sekolah menengah juga tiada unsur ini dalam hidup saya. Paling jiwang pun usha awek AJK surau sekolah. Juga tidak perlu risau dengan kredit handphone atau internet connection sebab tiada siapa untuk dihubungi sambil senyum seorang diri macam ada masalah dengan cerebral cortex.

Dulu kecil-kecil saya ada notorious reputation untuk menghilangkan semangat mana-mana wanita yang cuba tegur. Mungkin kerana aura geek yang pekat mahupun sekadar kekurangan kebolehan beramah mesra. Sampai ada orang pernah label takut/anti budak perempuan. Nasib baik tidak dilabel gay. Kalau tidak mungkin saya sudah berada di paparan khas Edisi Siasat atau naik turun court di Buletin Utama.


Cintan memang suwey bila masuk part emo-emo. Time tu semua tak kena. Minum air pun rasa macam minum racun rumpai. Eloklah masa belajar sekolah dahulu tiada cintan-cintan. Jika tidak mungkin karangan autobiografi saya bukan bertajuk "Aku sebatang pensil", tetapi bertajuk "Aku sepotong hati yang lara"


2. Hiburan Berlebihan

Gambar 2: Bila google image search "hiburan", ini gambar pertama saya dapat. Sila bertaubat segera.

Hiburan itu penting. Jika anda tidak pernah berhibur anda boleh jumpa saya, saya nak menyukat kadar ketidak-stabilan otak anda. Jika sesuai saya nak guna sebagai bom untuk meletupkan sebuah negara Zionis.

Tapi waktu sekolah, hiburan terhad kepada TV, komik dan radio. Dan sedikit komputer. (sedikit lah sangat). Mak bapak saya jaga hiburan saya. Sebarang console tidak dibenarkan. Komputer saya waktu tu pun pakai monitor CRT yang lagi besar dari kepala saya. Sebentar, saya masih menggunakan monitor CRT di rumah.

Dulu kalau kawan sekelas bawak gameboy ke kelas, memang waktu habis kelas sahaja gameboy tu akan dapat dia main sendiri. Dia set seorang boleh main 2 round je. Sebab saya semangat, saya buat deal, main 3 round, tapi saya sponsor battery. Kecil-kecil lagi sudah menunjukkan skill urus niaga yang baik, mungkin saya labih sesuai ambil ijazah business.

Komik juga. Pinjam meminjam itu normal. Kalau yang pinjam tu pulang balik saya sangat gembira. Bila yang pinjam itu tak pulang atau buat kotor, saya berdoa pada Tuhan semoga esok dia terlupa bawak buku teks dan kena rotan.

Tapi sekarang hiburan dah maju. Game, facebook. internet. Buka komputer terus tak boleh tinggal sampai waktu tidur. Masa study dah hampir tiada. Kalaulah family berada di sini mungkin saya dah lama deactivate facebook. Tapi mereka di rumah, dan untuk menghilangkan rasa sunyi YM dan FB tetap menjadi pojaan. Call me anak manja or whatever. At least aku sayang family aku.

Game. Satu lagi tak faham. Dulu ingat lagi time cuti sebelum SPM bukan study tapi main final fantasy 8. Besok paper sempat lagi main Yugioh Trading Card. Tapi SPM score gak 10A. Sekarang baru main game sikit da fail 3 paper. Now you feel me?

Dengan media hiburan yang semakin tak bersih hari demi hari, saya rindu hari-hari saya bergembira mendengar kisah sang kancil.

3. Tanggungjawab Hidup


Sekolah tak payah fikir tentang tanggungjawab hidup. Budak-budak sekarang, kalau lepas
sekolah setakat menari shuffle atau main terup sambil minum teh tarik tak payah la nak berlagak dewasa. Cuba buat budget bulanan, bayar bil telefon, gas, elektrik, air, handphone; telefon tuan rumah buat aduan water heater rosak, cuci tandas, basuh baju, sidai baju masa cuaca dekat luar 0 darjah celcius dan matahari macam segan-segan nak keluar, seterika baju, beli barang dapur, masak untuk tengahari dan malam, ketuk bawang pakai lesung, defrost ayam, basuh pinggan, vakum bilik dan lain-lain. Atau dengan kata lain buat semua benda tanpa mengadu atau mintak tolong dekat ibu dan bapa, baru saya angkat tangan tabik dekat anda.

Dulu benda-benda ni tak payah fikir. "Study je, ibu handle", kata ibu dengan wajah manis.

Freedom is overrated, you see.



8 ulasan-ulasan tabloid:

nadia said...

emmm kiranya awk nie sorg pelajar yg baik ek dulu2..dok sek sntiasa bwa buku wktu rhat,x kcau bdk pompuan n hnya usha je bdk pompuan hehe,mmg ptut kena cop tkut@ anti bdk pompuan haha...mybe skrg awk bkn cm nie lg kan~~~~???

pasal bdk suka wat msalah n trjebak gan gejala ngetif 2,x leh nk salah kan ssiapa n mak bapak saja,kdg2 mak bapak bkn main kemas lg bg pndidikan yg ckup tp ank2 kdg2 x leh nk trima sb diorg lbh trpengaruh gan rkn2 diorg sndiri...

klu kita da tgur sjuta kali pon,tp x msuk juga dlm ati nk wat apa lg mlainkan rsa insaf la sndiri..2 pon klu Allah nk bg hdyah kat mereka nie =)...(sy pon pnh wat msalah gak hehe)..

p/s: vdeo sang kancil dan sang buaya 2 mmgingatkan sy pd zmn bdk2 sy dlu =)...

Anonymous said...

afiq mmg budak baik pun.dahla bijak. ;D
sekarang xtahu la.hahaha
skrg ni mcm2 sebab berlakunya gejala sosial ni..kdg2 mak bapa punya baik, perangai anak ttp cm harem~
pilih plak kawan yg slh, mmg mcm aur dgn tebing.
hee~~ a good post, afiq.


p/s=> aku pun rndu cerita sang kancil yang pintar. skrg ada lagi ke bdk2 tau kisah tu?
erh nnt k/slm kt kawan kau, hatim tu erh,
die mcm kelakar je.hahaha

*farhana*

DB12? said...

I miss my school days too!

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 25 March 2010 at 19:59 said...

nadia, haha sekarang sudah lain. tapi berharap boleh jadi macam dulu. :(
bg sy yg da selalu tgk mak bapak tahap kayu, mmg rasa punca problem mmg mak bapak. tetapi tak mahulah debat di sini dulu kecil2 cikgu bm tak pernah pilih jd wakil debat pn. :)

farhana, jgn puji begitu nnt hidung kembang, sudah tidak mancung lg.
ape kate anda comment je kat blog mamat tu. tentu beliau berasa gembira ada seorang lagi follower.

DB12?, i know, kan? tsk, jom apply masuk sekolah blk.

Anonymous said...

amirul, hidung mestila kembang kempis.baru boleh bernafas dengan baik..ape2 pun, hidung aku mancung kan..(takde kaitan)

erm..xboleh komenla blog dia..sebab tula aku pesan kat kau.hehe

*farhana*

AmalinaOmar on 27 March 2010 at 12:43 said...

waktu time sekolah aku dulu, mee cintan tak glemer. indomie glemer.

aku rasa, sebab wujudnya org mcm kau nila, terdorong wujudnya facebook. mukabuku. asal nampak muka kau, mesti ada buku. relevant? thank you :)

mily @ kak arfah said...

oit mierul...sumber2 komik dr kak arfah ko x citer pon?...ahahah...

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 13 April 2010 at 15:55 said...

@amalina omar
Tidak2. bukan saya. tapi ini:
http://static.pyzam.com/img/funnypics/5/facebook.jpg

@kak arfah
woh lupa. kak arfah la main supplier dlu. terbaek! ada lagi x collection tu?

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*