Tuesday 13 April 2010

Jalan-jalan Cari Pasal (Edisi Easter 2010, Part 1): Birmingham Cadbury World

Bila universiti bagi cuti 3 minggu kat tengah-tengah semester dengan harapan budak-budak akan membawa buku pulang untuk menelaah pelajaran, adalah diyakini ia tidak akan terjadi. Belum sempat lecturer nak memberikan kata-kata perangsang, lecture hall da separuh kosong. Ah well, let's join the crowd.

Maka dalam satu perancangan yang tidak mengambil kira kemampuan fizikal diri sendiri, saya bersama Geng Pengembaraan memulakan perjalanan ke Birmingham dari Manchester dengan train. Tidak ini bukan keretapi Senandung Malam KTM, sekejap je perjalanan.

Sampai di Birmingham, sesi kesesatan bermula. Oleh kerana sense of direction saya seperti kompas di dalam lombong bijih besi, saya serahkan tugas ini kepada rakan-rakan yang bertauliah.


Gambar 1: Sesi membaca peta secara berjamaah.


Selepas meletakkan bagasi di hotel yg didiami, Geng Pengembaraan meneruskan perjalanan ke Cadbury World, Bournville. Naik train dalam 2-3 stesen gitu. Bournville station memang di-touch up oleh cadbury, sampai stesen tu da jadi kaler purple. Sekali tengok dah macam kampus induk UiTM. Ok, I'm a purple fan but this is a bit too much.


Gambar 2: Bournville Station


Cadbury World ni basically kilang+museum coklat. Masuk-masuk die da bagi coklat. Weh terus terasa tiket masuk £10 tak mahal. Tapi bila sedar coklat yang diberi tu paling-paling mahal pun tak sampai £1, baru sedar sudah diperdayakan seperti kanak-kanak tadika. Siot you cadbury!

Tapi masuk dalam memang best. Cara dia present memang boleh membuatkan mat rempit hafal tahun bila cadbury ditubuhkan. Nasib baik diri sendiri masih dalam kawalan, jika tidak mungkin kedengaran announcement kanak-kanak sesat.


Gambar 3: Siap ada benda-benda interaktif bagai. Sebentar, mana muka aku?


Tapi part paling masyuk ialah bila dia bagi candy/popcorn/biskut + coklat. Coklat tu serius likat. Walaupun dia bagi satu cawan kecil sahaja. Time tu juga mula rangka plan untuk menyelinap masuk untuk 2nd round. Gagal pula.


Gambar 4: Akak yang bagi coklat tu. Plan kedua untuk mengayat akak ni untuk bagi 2nd round juga gagal.

Gambar 5: I'm talking about this, y'all!


Ok, balik bilik hotel terus sugar high.... Not. Sampai hotel terus pitam kerana letih. Esok flight pagi!


Gambar 6: Berposing ala-ala S Club 7/ Hi-5 sebelum pulang

6 ulasan-ulasan tabloid:

nadia said...

coklat cadbury yg sdp =)...

untung gak msuk2 dpt coklat cadbury yg free hehe...

p/s:santai je post kali nie (^_^)...

hatim a.r on 13 April 2010 at 19:59 said...

kalau arina ada mesti posing taknak mengalah.

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 13 April 2010 at 20:56 said...

@nadia: hehe mmg sdap, walaupn xleh makan byk sbb muak! aah santai je, pjg2 nnt org sakit mata nak baca. :)

@hatim: itu tandanya beliau sedang sihat dan sejahtera~

nadia said...

agknya org yg skt mata tu,mls baca kot hehehe...

jgn mrh sapa2 yg terasa =)...gurau je huhu...

mijaalan on 14 April 2010 at 18:46 said...

rase2 ko lpas lwtn kat tmpat 2 ada membawa kpd peningkatan berat bdn x?

amboi,mmg gaya2 ala-ala S Club 7 lah..

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 17 April 2010 at 11:10 said...

@norhamiza: tak meningkat sebab bila smpai kedai souvenir baru sedar diri sndri sengkek. sob3.

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*