Tuesday 3 November 2009

Cam org x penah nmpak menteri - Lunch with Datuk Shabery Cheek

Hari ni tanpa segan silu ak skip kelas physiology Dr Berk lg skali. Mungkin beliau xkan ngaku ak anak murid da lg pasni. JPA tentu sedar yg ade sorg penerima biasiswa ni x mnjalankn tugas demi negara tercinta, sbb tu duit x masuk2 lg. Saya sedar dri.

Gambar 1: Logo JPA yg mnjadi pojaan hatiku.


Bercakap psl tanggungjawab kpd negara, aritu KUSMA (Kelab UMNO Salford dan Manchester) mnyambut kedatangan Datuk Shabery Cheek. Menteri Belia dan Sukan, juz in case korg buta politik cam ak. Oleh kerana event ni adalah terbuka dan ade ruang utk tetamu lg, ak yg xde ape2 kaitan pn turut lah serta. Apabila anda seorg pelajar oversea, lbh2 lg yg bukan anak sultan/tan sri/ dato' K, setiap peluang makan free hendaklah dimanfaatkn sepenuhnye.

Event yg berlangsung dgn serba sederhana di Britannia-Sachas Hotel, Manchester pada 1/10/09 ni didatangi oleh org2 besau. Shahidan Kassim pn ade dtg. Trlepas peluang baik utk merasa diri ini profesional. Siot btol, time ak jd AJK (a.k.a org suruhan) kat INTEC dlu, siap gaduh ngan drebar bas sbb schedule lari, xdak sorg pn menteri nk dtg. Kat cni ak low profile, xnk keje da, diorg datang lak. Ini tidak adil! (pukul meja).

Gambar 2: Time diorg berjalan masuk ke dlm dewan. Berasa bangga kerana berjaya tag along.

Gambar 3: Beliau hanya menggunakan 10% drpd chakra/reiatsu/mana/qi/tenaga dalaman/ etc beliau berbanding ketika debat ngan Anwar Ibrahim dlu.


Seperti segala majlis rasmi di mana2 skali pn, x kre la negara kapitalis, komunis bahkan Kerajaan Langit sekalipn, tidak terlepas drpd ucapan. Nasib baik ucapan YB Datuk bkn cam lecture ak kat cni. Ucapan beliau tidak mmbuat ak tdo. Tahniah, itu kejayaan yg amat besar.
Namun begitu, ble da ade part2 yg da xde kaitan ngan ak, rase lapar mula memuncak. Dgn air coke dan sirap dpan mata sbg penyelamat smentara, ktorg struggle utk wat muka macho dan menahan lapar pada masa yg sama.

Gambar 4: Muka2 lapar menanti waktu buffet dimulakan.


Bila waktu makan tbe, segala macho tolak tepi. Jaket mahal tinggal kat meja. Member tegur wat x dgr. Kejar terus meja buffet. Oleh kerana sume lapar, gambar pn xde. Cameraman pn nk mkn gak kn?

Maka lauk hari itu, masakan drpd Ning Restaurant (sebuah restoran masakan melayu yg tersohor kat Manchester) menjadi santapan kami yg kejar makanan mengalahkan kanak2 kat Somalia. Bez wo, sbb mahal. Nk makan makanan ctu mmg kene tunggu JPA/kerajaan dtg. X caye tgk MENU die. Tp something aku agak pelik ialah kenapa diorg serve nasi putih. Xkn kerajaan x bg bajet kot?

All in all, bangga dapat tgk muke menteri up close. Hepi dpt melaram. Kenyang dpt makan. Priceless. Rupa2nye ade gak hikmah ak dtg jauh2 ni ek... Eh, esok ade test pharmaceutical calculations? Ape tu? Cam x pnah dgr pn...

5 ulasan-ulasan tabloid:

Anonymous said...

owh owh owh im sooo impressed with the gambar mengiringi menteri~ u look sooooo important...hahahahaha

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 3 November 2009 at 22:59 said...

Yeah, walaupn my level was actually VUP (very unimportant person) tp i da level up jd pengiring YB Datuk. Goodness, I feel the glam already.

hatim a.r on 4 November 2009 at 00:12 said...

1st time gk gambo ni kt fesbuk dzul aku mcm wuthefuck?ape amirul buat kt situ ?wakakakakakaka takpe takpe ko tetap VIP dlm hidup aku.sweet tak sweet tak??cakap sweet cepat lepastu buktikan setiakawan kau beli tiket flight utk aku pegi manchester

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 4 November 2009 at 00:18 said...

sweet ko kate? kelat ade la. ala ko berenang je la merentas Irish Sea tu. Abdul Malik Mydin da merentas English Channel. Ko la plak. Kalo berjaya jgn setakat jalan blakang menteri, makan semeja ngan Najib & datin sri RM pn bley.

Cikgu Dzul on 6 November 2009 at 02:45 said...

woit??? xde cite pesal aku sebagai camera man pun? dammm

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*