Friday 13 November 2009

Talk is cheap : Koleksi quote2 yg x masuk akal

Ari ni ak nk stop jap wat travel journal dan buku resipi, ak nk merapu sket. So kalo anda bukan org yg ske dgr org emo merapu, sila skip ke post yg lepas2.

Free MySpace Comment Glitter Graphics, HTML Codes, Layouts, Cursors, Backgrounds, Contact Menus, Generators & More! - ohmyspace.com
Gambar hiasan: Mood ak smalam. Dan mungkin hari ini juga.

Ok, kpd yg masih di sini, diucapkan slamat dtg. Arini ak nk cter beberapa quote yg bg ak amat ridiculous, tp masih digunakan secara meluas tanpa segan silu. Bergantung kpd betapa serius tahap kemengarutan itu, anda mungkin rase nk cili mulut org yg pertama guna ayat tu.

Disclaimer: Kalo quote2 ni adalah motto hidup korg atau org kesayangan anda, jgn rase tersinggung. Ape yg ak tulis adalah pendapat peribadi. Nk bidas, bidas la, bkn ak nk dgr pn.

1. Cinta itu buta / Love is Blind
Pengguna: Kasanova, karya2 romantis, org angau dan jiwang ferum oksida
Sebab: Kalo cinta itu buta, anda boleh kaut sape2 jd bf/gf anda. Termasuk la mat ganja, mat rempit, bohsia, dan sampah2 masyarakat yg lain. Ok, even kalo 'buta' yg dimaksudkan adalah buta luaran skali pon, even org yg cacat penglihatan pn nk pasangan yg sedap dipandang, sbb kalo x die sndri segan nk jalan bersama kalo pasangan die ade mata majmuk dan rambut kaler cam maskot serbuk pencuci Daia atau kaki cam Ronald McDonald.

2. Biar putih tulang jgn putih mata
Pengguna: Coach sukan, pemimpin negara, ketua tentera dan lagu kumpulan Dinamik (btw, ak ske lagu ni)
Sebab: Simple. Live to fight for another day. Jika anda masih hidup, anda ade peluang utk mencuba dan terus mencuba. Mnggunakan ayat ini seolah2 menunjukkan anda x yakin yg anda boleh improve. Dan org2 ini mmg layak berputih tulang. So ayat ini hanya sesuai utk peluang TERAKHIR sahaja.

3. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri
Pengguna: Hakim dan peguam syariah, kaunselor rumahtangga, penceramah bebas
Sebab: Spptnye berbunyi "Sedangkan suami isteri lg bergaduh, inikan pula tergigit lidah". Ak rase bilangan kali ak tgk suami isteri bergaduh baling pinggan, hempas pintu, jerit nk keluar anak tekak lg selalu drpd ak tergigit lidah ak. Smpai kadang2 ak da x yakin dgn institusi rumah tangga. So please, kalo ye pn nk bertekak, jgn la wat depan anak2. Kesian diorg, diorg sayang korg berdua lbh dr diorg syg diri sendiri. So bile gaduh, xkn la die nk pilih side? Cuba fahami perasaan diorg.
Dan stesen televisyen berkaitan, tlg la jgn jadikan scene2 gaduh laki bini tu satu kewajban dalam drama korg. Serius ak rase nk hempas tv. Nasib baik tv tu berat.

4. Tak perlu sebab untuk mencintai seseorang
Pengguna: Kasanova, karya2 romantis, org angau dan jiwang ferum oksida
Sebab: Orang yang percaya dengan statement ni, ade 3 kemungkinan. Pertama, die x pernah bercinta (ignorance is a bliss?). Kedua, die x pernah kene reject/ reject org seumur hidup. Ketiga, die obses, die da x nmpk org lain da. Tipu la kalo ko kate ko ske seseorg tanpa sebab. Mesti org tu ada body cam Megan Fox, rambut cam Rain, boleh tadarus sedap mcm Allahyarham Ustaz Asri, kaya cam Donald Trump, pandai masak cam Jamie Oliver atau baik mcm mak/bapak ko.

5. Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan
Pengguna: Suami2 dan ibubapa x bertanggungjawab
Sebab: Pernah kena tinggal? Pernah kena tangan? Ko ske x? Yg ko pegi wat kat org len tu apsal? Ak tangan kang baru tau.

6. Silence is Golden / Diam adalah pintar
Pengguna: Poster2 motivasi, guru2 sekolah rendah
Sebab : Bila ko da cukup besar utk mengerti hidup di dunia, berdiam diri menunjukkan anda tak tahu atau tak mahu ambil tahu. Itu bukan bermakna anda pintar ataupn bodoh. Cakap, tp berpada2 la bercakap. Think before u speak, kalo x kata2 anda mungkin akan menjadi salah satu bahan ak hari ni.

5 ulasan-ulasan tabloid:

hatim a.r on 13 November 2009 at 16:09 said...

silence is golden tu aku cuma prektis dalam kelas tutorial bila keje x siap haha.tapi kalo time lain ngokngekngokngek tak berenti

Anonymous said...

Hi mirul... haha... untuk pepatah 2 (biar putih tulang, jgn putih mata), benar jugak pandangan u.. here's the english saying:

Those who fight and run away,
May live to fight another day,
But those who are in battle slain,
May never live to fight again.

Cheers bro!:P

-ndwu- aka andrew

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 13 November 2009 at 20:22 said...

hatim, xpe, ngokngek pada masa dan tmpat yg btol merupakan cara hidup yg sihat.

ndwu, splendid poem. ;) cheers!

Izza said...

in my lecture hall building,each floor lepas naik tangga tu, ada quotes in conversation form:

"If you need to talk, say less"
"Ok"

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 15 November 2009 at 12:27 said...

Interesting quote izza. Yg bez sbb die wat conversation form tu. :))

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*