Saturday 21 November 2009

Que sera sera : cita-cita zaman cilik

Seminggu tidak berblog, post harus diteruskn utk menunjukkan ak istiqamah dalam perjuangan seorg blogger x bertauliah. Oleh kerana kekurangan benda2 menarik, topik hari ini diteruskn masih berada di luar tahap pemikiran manusia normal.

Sempena UPSR yg dah kuar result, PMR yg da abes dan SPM yg tgh berlangsung dgn lancar. (tanpa kes budak2 bakar kelas). Mari kita bercerita ttg cita2 kte zaman kte kecik2 dlu.

Bukak blk report card time darjah 1 atau tadika, then try bace blk. Sy x igt di mana sy letakkan report card dan baju gamis time kat TASKI (Taman ASuhan Kanak-kanak Islam) Darul Muhajirin dlu. See, kecik2 lg I da dpt pndedahan agama yg mantap. Malang selepas itu hedonisme dan sekularisme menyimpangkan iman di dada. Jika tidak mungkin sy sdang menulis blog ini dari Universiti Al-Azhar.

Gambar 1 : Kalo ak dok Al-Azhar agak2 ak jd cam mamat ni x?

Ok dah jumpe report card anda? Mari kte tgk ade x cita2 korg dlm list ni.


1. Tentera
Bg golongan kanak2 lelaki, apa yg lbh macho drpd abg tough bawak backpack 7-8 kilo sambil bawak rifle dan menembak org jahat? So x kre sama ada anda pnah melihat secara langsung atau tidak, tentera mmg mmberi inspirasi yg sgt besar. Malang sistem pendidikan kte x macam kat Sparta dlm cter 300. So cita2 ni mula terkubur ble anak2 kecil mula bantai cikedis dan tidak mnjaga fitness sejak kecil. Besides, jarang kte nk jumpe ibu2 yg encourage anak die jd tentera. Jgn salahkn mereka, mereka sygkan anda. Bagi yg teguh dgn hasrat mereka, anda boleh melihat mereka di dalam Kadet Tentera. Tp kerana x banyak sekolah yg mempunyai kadet ini, sekali lg menjadikan makin ramai bdak sekolah lebih gemar isap rokok kat dlm tandas drpd join kadet2 lain yg bg mereka kelihatan pansy.
Namun begitu bg yg tidak menjadi askar, mereka masih mampu menunjukkan skill mereka dlm Counter Strike. Kalo nk dgr bdak2 darjah 3 mencarut lg kerap drpd Eminem, lawati cyber cafe berdekatan anda.
Gambar 2: Menjadi askar di alam maya lebih relaxing. Ini buktinya.


2. Polis
Saudara rapat tentera dari segi kemachoan, cita2 ni lbh unisex kerana kanak2 kecil perempuan juga ramai ingin menjadi polis. Perbuatan mengacukan pistol kepada perompak drpd jarak 100 meter sambil menjerit "Jangan bergerak!" tentu mnjadi idaman. Kelihatan lebih family-friendly, ibu bapa juga tidak keberatan mmbenarkan anak mereka menyertai polis. Juga mmbantu dari segi lebih banyak sekolah mmpunyai kadet polis.
Tp sekali lagi profesion ini memerlukan fizikal yg teguh. Kanak2 juga mula tidak berminat menjadi polis kerana main mercun, beli dvd pirate, merempit (dgn basikal) dan pelbagai jenayah kecil-kecilan lbh menarik minat mereka.

Gambar 3 : Adik2 kalau jd polis, boleh ada misai semart macam saya.


3. Doktor

Cita2 yg paling diredhai ibubapa seluruh dunia. Peluang kerja banyak, gaji 5 angka, dan dipandang tinggi masyarakat. Kanak2 yg terlintas dlm benak hati mereka utk menjadi doktor sejak usia kecil akan mndapat sokongan padu drpd pelbagai pihak. Sering trdengar di kad2 harijadi : "(nama anak) belajar rajin2, besar2 boleh jadi doktor". Lebih mmbantu apabila kerjaya doktor amat dihebah2kn di dlm rancangan2 spt Grey's Anatomy dan Ampang Medikal.
Namun begitu tidak semua boleh menjadi doktor. Punca utama adalah level education yg tinggi dan persaingan yg sengit. Nak amek degree Medic lpas matrikulasi? Dapatkn 4 flat. Bukan 3.99.

Setengah anak2 kecil juga merasakan doktor terlalu intimidating sbg cadangan cita2 lalu memilih kerjaya yg berkaitan dan x lari jauh. Mungkin anda tahu siapa yg saya maksudkn.

Gambar 4: Pekerjaan doktor juga memudahkan ibu2 mencari bakal menantu. Simpan handphone anda, nnt lpas abes bace blog ni bleh call number tu ye.


4. Ahli Sukan
Anda kanak2 aktif bersukan? Ahli sukan adalah idea yg baik utk anda. Sukan juga merupakan inspirasi positif utk anak2 mencari hala tuju masa depan. Lelaki kebanyakannya ingin menjadi pemain bola sepak, perempuan mungkin badminton atau olahraga. Sebilangan kecil yg teguh dgn niat di hati mmg akan jd atlet kat sekolah. Kre kalo hari sukan tu drpd melontar peluru smpai la 4 X 400 meter, asyik2 muke die je naik podium. Sekolah Sukan Bukit Jalil bg mereka bagaikn menara gading.
Agak malang apabila kerjaya ini jarang mendapat restu ayah bonda kerana imbuhan yg x konsisten dan mutu sukan negara yg masih belum dikira mmbanggakan. Tp sy x salahkn atlet dan pengurusan shj. Sbb sape gak yg bakar kerusi time Kelantan lawan N9 dlu?

Gambar 5 : Guni beghah kawe ado turbo!!!


5. Cikgu
Siapakah yg menjadi idola anak2 kecil slepas ibubapa mereka? Ya, guru tadika/sekolah rendah (yg cun). Sbg profesion yg sgt rapat dgn mereka, tidak hairan ianya dijadikan matlamat kanak2 kecil. Kerjaya cikgu mendapat sambutan baik drpd ibubapa kerana family-friendly dan reasonable drpd segi peluang melanjutkan pelajaran dan peluang kerja. Agak sedih ada juga ibubapa yg mata duitan memandang serong pilihan anak2 ini dan menyuruh mereka menukar cita2.
Gambar 6 : Kalo cikgu darjah 6 ak cun cani, ak x kesah repeat UPSR ak.


6. Superhero
Uh oh, jika anak anda ada cita2 ini, mungkin anda patut guide die ke jalan yg benar. Tidak dinafikan, terbang di udara, memancarkan laser drpd mata dan mengangkat treler balak dgn satu jari kelihatan cool. Tp cita2 ini lebih sesuai digelar angan2 mat jenin shj. Tiada sebarang institusi akademik mahupun kem latihan dpt mmbantu anda. Menunggu untuk digigit oleh labah2 radioaktif juga bukan idea yg baik.
Jika anda melihat ini tertulis di report card anda, mungkin anda sedang gelak berguling2 skarang.
Tp superhero tidak semestinya berjuang menentang kegelapan. Video di bawah menunjukkan alternatif yg baik dan menguntungkan.



Sama ada cita2 anda skarang dan dahulu sama atau tidak, selamat berjuang kpd anda. Semoga anda menjadi modal insan yg bermanfaat kepada masyarakat. Biarlah anda mnjadi pengusaha tempe, yg penting rezeki anda halal. Anda lbh baik daripada ex-menteri besar yg mngaku makan tempe utk kelihatan muda pastu telan duit rakyat utk bina umah lg besar drpd Istana Alam Shah.

2 ulasan-ulasan tabloid:

Anonymous said...

post yg menarik..
dulu masa aku kecik2, aku nak jadi power rangers pink, sbb aku rasa dia paling cun dpd yg kuning, dan dia salu lwn skali ngan power rangers merah.

bila masuk tadika, aku nak jadi arkitek, sbb aku rasa rumah yg aku lukis zaman2 tadika dulu jauh lebih canggih dpd rumah empat segi kwn2 aku.

pastu bila besar sikit, aku nak jd nurse,
sebab aku nak tolong doktor hensem =)

lepas spm plak, aku nak jd pakar psikiatri, sbb aku rasa aku je yg paham jiwa org kurang siuman ni n aku pandai manipulasi perasaan org, tp mak kata nnt susah nak kawen, asyik jumpa org gila je.

tapi skarang, aku akan jd dentist, cuma bercita2 nak jadi chef pulak, sbb aku rasa aku masak mmg paling sedap laaa.

haihhh,, cita-cita...
tapi aku rasa satu hari cita2 aku akan kesampaian jugak
aku akan design home sweet home sendiri, jd nurse dan konsultan kpd anak2 dan suami, jd dentist yg famous amos, dan jd chef terbaik esp utk anak-anak..

tak rasa ke pompuan lg byk mencapai cita2?

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 25 November 2009 at 22:31 said...

hehe, btol2 time kecik mmg sronok brangan jd mcm2. semoga tercapai cita2 sbg arkitek, nurse, konsultan dentist dan chef. Oh satu lg, jd superwoman? =)
kte llaki pn nk jd designer umah sndri (da smgt berangan tgk katalog ikea), konsultan dan tok imam kpd isteri dan anak2, chef cam jamie oliver, dan pengedar dadah.. *cough*, pharmacist yg berjaya.
p/s: kalo awk nk jd pink ranger, kte nk jd green ranger, sbb die plg cool.

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*