Friday 13 November 2009

Saya x suka ini : benda2 di dunia yg sepatutnya tidak ada

Since ak still separa emo, tis time ak nk listkn lak benda2 yg mmg ak cukup x gemar. Inspirasi diperoleh drpd blog saudara jauh bau2 bacang sy encik Husni yg kini berada di London Utara, kata beliau. Blk kang claim teh tarik kat ak.

Disclaimer lg: List ini tidak exhaustive dan mungkin diupdate bila2 mase. Saya sedar saya juga kadang2 tidak terlepas drpd perkara2 yg saya benci ni. Sama2lah kte berubah.


1. SEXISM
Definisi : Ah, ak letak awal2 sekali dlm list ak kali ni sbb mmg ak ade dendam kesumat dgn fahaman ini. Gynocentrism, androcentrism, u name it. Golongan ni tanpa segan silu mencari publisiti yg lebih murahan drpd swimming pool shot dlm majalah Mangga dgn discriminate jantina yg berbeza dgn mereka. Dan yg anti-discriminatory group ni plak (feminist & masculist), mmbuat kesilapan yg sama dgn mmbalas tuba dgn tuba, mnjadikan masalah x settle2. Golongan ini wujud kerana pelbagai sebab, daripada mangsa diskriminasi, jenayah atau putus cinta.

Gambar 1 : Org yg tgh seminar tbe2 nk terkucil xyah kuar. Kat ctu gak bleh.

Kenapa saya benci : Manusia dicipta berbeza jantina utk saling melengkapi. So bile satu jantina membenci jantina yg lain, faham2 la ape jd. Ak faham, mayb org2 ni penah ade sejarah buruk dgn jantina lg satu. Mayb diorg mangsa penganiayaan sexist yg lain. Tp generalization bukanlah idea yg bijak bernas. Jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga. (chewah).

Lg masyuk ble golongan yg supposedly anti-sexist, secara x sedar (atau buat2 x sedar) mmbalas perbuatan sexism dgn sexism semula. Ahh, pastu mintak gender equality. Padahal apa yg dicari adalah gender superiority. Baik feminist baik masculist, due2 sepesen.

Oh2, dan sebenarnye saye plg x ske dgn golongan yg jd sexist sbb putus cinta. Serius ak rase golongan ini masih berada di mentaliti seorg yg masih mumaiyiz dan blom mncapai akil baligh. Hanya kerana anda putus cinta, toksah la nk kate sume laki/pompuan tak guna. Kalo mak bapak anda dgr, kecik ati diorg. Kalo da ex anda mmg haprak, jgn la igt sume org mcm ex anda. Dan kalo asyik2 anda dapat pasangan2 yg haprak, mungkin anda ptt muhasabah diri.

Penyelesaian:
-Tangkap sume org yg mmbawa pengaruh Sexism di bawah ISA.
-Jgn sekali2 generalize sume org.
-Sntiasa ingati ibu bapa anda.


2. RACISM

Definisi: Golongan yg bajet kaum diorg la paling cool kat dunia, kaum lain sume die pandang sebelah mata. Juga ak x ske adalah golongan yg kutuk2 negara, walaupn satu kaum. (cth: Malaysia dan Indonesia)

Gambar 2: Telur juga tidak terkecuali

Kenapa saya benci: Apa sebab anda utk mengdiscriminate sesuatu bangsa? Ni lagi satu masalah generalization. Kalo sorg drpd bangsa Z ditangkap mencuri, abes satu bangsa X kene cerca. Lebih2 lg bile bangsa Z tu minoriti.
Kepada yg da selesa jd majoriti, sedar la yg ble2 mase Tuhan boleh bayar cash kat dunia ni kat korg. Ak sndiri, duduk kat negara org, mmg sedikit sbyk terasa pandangan slack sbb ak minoriti. It sucks. So kpd bangsa2 bersatu sekalian...

Penyelesaian:
-Berhenti menggunakan perkataan2 panggilan yg kurang sedap. Indon, bangla, etc2. Serius benda ni mmg bleh wat gaduh kalo diorg dgr. Ak sndiri, half blood indonesian (tbe2 terasa cam Half Blood Prince, eceyh), tersinggung ble org sebut Indon depan ak. Sbb ak rase diorg kutuk mak ak, diorg kutuk separuh drpd ak.
-Hormati bangsa lain, majoriti dan minoriti. Tau hak2 dan tanggungjawab masing2. Government, set it straight, pastu jgn gaduh2 dah. Jgn sbb politik, bangsa2 nk gaduh. Jgn camni wo, kang cane ak nk layan mamak? Cane ak nk layan kopitiam?
-ISA anyone?


3. SOFTWARE WAJIB YANG X FREE
Definisi: Software2 yg you cant live without: OS, antivirus, Office, etc yg mengecaj sesuatu jumlah utk produk mereka.

Gambar 3: Agak2 Jackie Chan ada masalah ni x?

Kenapa saya benci: Sbg seorg student, duit mmg terhad. Mana nk makan lg, mana nk bayar bil lg, mana nk beli trenchcoat Topman lg. So ble software2 yg wajib ade ni berbayar, mane nk cekau duit? Cth: Kaspersky Internet Security 2009, 1 user, 1 thn : £39.99 a.k.a RM240. Tu baru antivirus. Sy yakin anda xleh wat lab report pakai antivirus shj.
Yg ak x faham, kenapa software2 lain boleh lak wat free? Cthnye Winamp, Firefox, Yahoo Messenger, Open Office, Avast!, AVG. Tp performance-wise, mmg xleh lawan yg berbayar.

So basically kte kene perabis duit beli benda utk belajar. Kalo buku ade SPBT (skim pinjaman buku teks), nape xde skim pinjaman software?
Dan kpd yg da bekerja, kenapa kte kene bayar utk bekerja. Kita spttnye dibayar. Ini tidak adil! (ketuk lengan kerusi).

Penyelesaian:
-Wat la foundation cam software2 free ni. Kang kalo virus merebak satu dunia, korg gak yg kalut nk handle. Da la byk penternak virus kat muka bumi ni, smpai kalo ade anugerah Penternak Berjaya mmg ssh nk bg. Yg simpan duit bermillion2 tu, jgn la dok simpan wat pekasam dlm bank atau wat beli limo 5-6 biji. Ape kate korg donate utk pmbangunan software.
-Subsidi di pihak universiti kene ade utk student2 install software2 yg diorg kene pakai utk belajar. Kate nk bg generasi celik IT, xkn nk bg license antivirus pn kemuih? Xkn Matlab ngan MS Office pn nk suh student beli sndri?

6 ulasan-ulasan tabloid:

hatim a.r on 14 November 2009 at 00:03 said...

mak kau dengan bunga citra lestari sama hot okayy!indon ke melayu ke sama je tapi sebab segelintir buat taik abes semua kena cop.and and aku memang benci gila org sexist.mcm dh takde bende lain nak diperjuangkn

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 14 November 2009 at 01:14 said...

pergh, bangga mak ak kat umah. =) i know, start pasal ganyang msia tu ak da rase cam wth diorg ni???
yeah, ayuhlah kte jauhkn dri dr sexist. lagu anita sarawak tu xpe kot?

Anonymous said...

hahaha lagu anita serawak tu dulu kena ban kejap sbb bahasa rojak.tah pape.kalo nk bahasa baku dengar sajak ah apehal lagu pop nk lirik rtm

-hatim(malas nk sign in)

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 15 November 2009 at 12:29 said...

wo, tu ak br tau. biase ar censorship kat msia. rojak x lepas. ayat2 kasar ngan scene gay lepas je. (-_-')

Husni Zaini on 22 November 2009 at 01:11 said...

keh keh keh...
gua baru ingat nak tag kawan-kawan bila dah settle..
sekali lu advance pulak...

Amirul Afiq Mohd Zainuri on 22 November 2009 at 01:49 said...

tag pe bro?

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan selepas nada *BEEP*... *BEEP*